Bermula Sabtu lepas sehingga Ahad ini, anak-anak bercuti pertengahan semester 1. Banyak rancangan yang telah dirancang sepanjang cuti ini untuk anak-anak bagi mengelakkan keboringan. Kalau tak pun, mungkin dihantar ke kampung menemani atuk nenek yang mungkinnya tinggal berdua sahaja ketika ini, bila masing-masing anak-anak besar panjang, berkeluarga dan berkarier sendiri. Atau mungkin aje anak-anak dihantar ke perpustakaan bagi menggalakkan mereka membaca dan memanafaatkan bahan bacaan di perpustakaan. Atau mungkin aje ibubapa bawa anak-anak makan angin @ cuti-cuti Malaysia kerana banyak tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia ini. Yang penting pulusnya saja..
Atau mungkin ada yang membawa anak-anak ke luar negara bercuti. Yelah, sekarang ni nak naik kapalterbang dah semakin mudah dan murah dengan Air Asia, bila saja ada promosi tiket, ditempah awal dan kadang-kadang melawat keluar negara lebih murah dibandingkan dengan melancong di dalam negeri sendiri. Sebagai contoh, Sabtu lepas kami berempat ke Jakarta. Pergi menaiki MAS dengan tambang RM234 seorang dan balik ke KL dengan Air Asia yang tambangnya cuma RM77 seorang sahaja. Murahkan! Tapi yang penting perlu ditempah awal.
Sejak kelmarin (Rabu) guru-guru dah memulakan aktiviti di Taman Mawar dengan aktiviti kemuncak tahunan iaitu Qiamullai yang akan dibuat pada hari Jumaat malam Sabtu nanti Sepanjang 4 hari berkampung, banyak aktiviti telah dijadualkan dan pemantapan dari segi teknik pengajaran dan pembelajaran banyak didedahkan kepada para guru, terutamanya kepada guru baru. Beginilah cara pihak pengurusan TPB/TIB lakukan agar kualiti pembelajaran dapat dikekalkan walaupun guru silih berganti.
Hari Khamis sebelum bercuti, murid-murid yang memesan set creative sticker telah mendapat set masing-masing. Rasa-rasanya kalau dah dibuat aktiviti tu, dah siap pun ya. Namun ada yang terkilan bila tidak memesan awal, stok dah kehabisan. Sebenarnya saya memang ada melebihkan tempahan kerana kebiasaannya ada yang memesan selepas itu tapi bila diagih-agihkan ke cawangan, masih tidak mencukupi. Sekejap aje dah habis.
Namun begitu, banyak lagi aktiviti lain yang boleh diberikan kepada anak-anak ini. Yang penting ibu abah perlu kreatif mencari samada di kedai-kedai buku ataupun internet. Selamat bereksplorasi!
Di bawah ini sebahagian gambar sewaktu di Jakarta Sabtu ~ Isnin lepas. Kami sempat ke Taman Safari Indonesia. Sungguh menyeronokkan buat anak-anak!
Di bawah ini sebahagian gambar sewaktu di Jakarta Sabtu ~ Isnin lepas. Kami sempat ke Taman Safari Indonesia. Sungguh menyeronokkan buat anak-anak!
Seorang adik manis tampil untuk membuat persembahan bersama burung helang! |
Nah! seekor burung helang hinggap di tangan adik manis! |
Taman Safari Indonesia ~ lets have fun! |
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.