Semalam keputusan SPM telah diumumkan. Bermakna telah hilang debaran di dada anak-anak yang mengambil peperiksaan ini. Keputusan memuaskan atau sebaliknya, bergantung kepada tuan punya diri. Pokok pangkalnya bermula dari usaha yang berterusan, tawakal dan redha dengan keputusan yang keluar. Sekiranya telah berusaha tetapi masih juga tidak mendapat apa yang diidamkan, mungkin ada hikmah yang tersembunyi dan perlu dicari jawapannnya.
Saya teringat anak-anak didik dari Sekolah Rendah Islam Pintar Bistari dulu dan Tadika Pintar Bistari yang baru mendapat keputusan SPM semalam. Macamana agaknya keputusan mereka. Antaranya Izzul Fakri (anak tokey Restoran Zuraimi), Aisyah Amira, Afiq anak En. Salim (SRF), Wan Saifudin (anak Dr. Wan), Syahmi, Izzati dan beberapa nama lain yang tak berapa nak ingat tapi terbayang wajah-wajah mereka.
Di bawah ini bukan keputusan SPM tapi keputusan PMR Nini tahun lepas, sehari sebelum anniversary ibu abah. Pada hari keputusan keluar, diumumkan keputusan secara keseluruhan oleh guru besar dan sijil ini yang di bawa balik kerumah. Alhamdulillah, berkat usahanya, inilah yang dia dapat.
Pada 12 Februari 2011, pelajar-pelajar cemerlang dari sekolah-sekolah menengah di Pasir Gudang dijemput menerima hadiah dalam satu program iaitu Program Juara Pendidikan Rakyat.
Di Stadium Perbadanan Pasir Gudang |
Kerana tuanpunya diri dah berada di Indonesia, sayalah menjadi wakil menerima sijil. |
Dan juga 2 keping RM50.00. Rezeki untuknya! |
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.