Isnin lepas, anak-anak telah diberikan borang ini dan Rabu lepas telah dikutip semula. Dan sekarang ini kami dalam proses untuk memasukkan data sebelum dihantar ke Kementerian awal minggu depan. Tahun ini syaratnya lebih ketat kerana ibubapa yang memohon perlu untuk menyertakan penyata gaji @ borang J bersama-sama borang. Ada rasionalnya dibuat syarat begitu jika dibandingkan dengan tahun lepas.
Dari pemerhatian yang dibuat oleh kementerian tahun lepas sewaktu penyerahan bantuan secara keseluruhannya di semua tempat, ada yang sebenarnya tidak layak menerima bantuan tetapi menerima dan ada yang sebenarnya layak menerima tetapi tidak menerima. Jadi untuk tahun ini, bagi mengelakkkan kejadian yang sama berulang, maka syaratnya diperketatkan. Walaupun begitu, masih ada yang mempertikaikannya. Bila dikenakan syarat sebegini, permohonan bantuan pada tahun ini berkurangan. Jumlah sebenar permohonan masih belum saya perolehi tapi ada juga yang menghantar borang tidak mengikut syarat yang diberikan. Antaranya, tiada cop majikan, jumlah pendapatan kasar dimasukkan sebagai jumlah pendapatan bersih dan ada yang memberikan kenyataan palsu, isteri bekerja tetapi dinyakan tidak bekerja. Anyhow, borang akan tetap diproses dan bergantung kepada pembuat keputusan yang bukannya saya.
Mana tahu, untung sabut timbul.....
berdosa ambil hak orang lain...fikir2kanlah...
ReplyDelete