Thursday, October 27, 2011

MACAM-MACAM RASA

Berbaris-baris senarai username di lamanweb tadika semenjak awal pagi tadi. Debaran ibubapa untuk melihat keputusan anak-masing-masing telah tercapai. Macam-macam rasa ada. Sudah pastilah seronok bila melihat kedudukan anak di ranking yang terbaik. Tidak kurang ada yang kecewa kerana keputusan anak tidak memberangsangkan. Peperiksaan di tadika bukanlah segah seperti UPSR, PMR ataupun SPM. Penilaian bukan hanya kepada markah-markah di dalam kertas peperiksaan. Penilaian kami sebenarnya berterusan sepanjang tahun, samada K1 mahupun K2. 
Kita imbas kembali anak-anak K1 sewaktu memasuki alam tadika Januari lepas. Mungkin sudah ada yang ke tadika sewaktu berumur 4 tahun, tidaklah begitu susah untuk menyesuaikan diri. Bagi yang belum, cikgu-cikgu di tadika adalah ibu mereka. Mereka perlu belajar bergaul sesama rakan, berkongsi peralatan, bekerjasama dan saling bertimbangrasa. Dan ini merupakan satu tahap pembelajaran yang tidak mungkin anak-anak ini akan dapat sekiranya hanya berada di rumah. Matlamat kami, selepas 2 bulan, anak-anak sudah boleh menulis nama sendiri, walaupun tidak secantik mana tulisannya tapi dari rekod kami, YA MEREKA BOLEH. 
5 bulan diberikan agar anak-anak ini dapat membaca dengan pantauan rekod bacaan dan  ternyata, MEREKA JUGA BOLEH.
Gambar yang diambil sewaktu Pep. Sem 2 baru-baru ini
Pendidikan seni K2

Mewarna memerlukan tona warna yang sesuai
Peranan ibubapa dan ahli keluarga di rumah tidak dinafikan dalam anak-anak ini melalui fasa awal pembelajaran. Saya tabik kepada ibu-ibu yang menjalankan 2 tugas sekaligus. Sebagai ibu rumahtangga, dan pada masa yang sama bertugas di luar rumah. Masih juga mampu untuk mempastikan pembelajaran anak-anak ke tahap yang diinginkan. Kaum bapa juga punya peranan yang besar dalam proses pembelajaran anak-anak ini, bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Ibu tak sempat, ayah ambil alih.
Kami guru-guru tadika hanya sebagai pencetus, hanya sebagai pembimbing. Kami guru tadika tidak dipandang tinggi, kerjaya sebagai guru tadika merupakan senarai yang terakhir sekali dalan senarai kerja yang diminati. Sebab itulah ada segelintir, saya ulangi, segelintir dari ibubapa yang dengan sesuka hari menuding jari menyalahkan kami sekiranya anak tidak pandai ke tahap yang diharapkan. Mereka merasakan RM110 @ RM130 @RM150 sudah cukup besar bagi mereka menyerahkan segala tugasan pendidik dari a ~ z.
Maaf, saya teremosi sedikit, MACAM-MACAM RASA ada hari ini. SERONOK bila anak-anak pandai, beyond my expectation,  KECEWA bila tidak dapat menjadikan anak pandai seperti yang diimpikan oleh ibubapa yang membayar yuran sejumlah itu, SEDIH kerana tidak lama-lagi anak-anak ini, terutamanya K2 akan meninggalkan kami ke alam persekolahan sekolah rendah. BANGGA kerana anak-anak hasil didikan Pintar Bistari terkehadapan dan dapat bersaing ke peringkat yang lebih tinggi. Masa telah membuktikannya....
Namun begitu, hakikatnya, kami hanya cikgu-cikgu tadika, masih banyak kelemahan dan banyak lagi yang perlu kami pelajari. Semoga pengalaman bertahun-tahun bersama-sama anak-anak ini memberikan kami lebih RASA dalam menempuh kehidupan ini.   

2 comments:

  1. Salam Puan, tersentuh saya membaca entri puan kali ini. Sesungguhnya puan seikhlas hati saya selaku ibu dan juga guru... saya sangat menghargai dan memandang tinggi jasa guru tadika. Pada saya bermulanya kejayaan seorang murid adalah di tadika. Di tadika mereka mula mengenal huruf, membaca, menulis, mengira dan menyediakan diri sebelum ke alam persekolahan sebenar. Bertuah sangat kami guru2 di sekolah rendah bila menerima murid2 tahun 1 yg dah bijak membaca, menulis dan mengira. Kejayaan guru2 tadika telah memudahkan kami di sek ren. Seharusnya kami berterima kasih banyak2 pada guru2 tadika. Mmg kadang2 expectation ibubapa terlalu tinggi krn menyangka wang yg dikeluarkan harus setimpal dgn hasil, tp mereka lupa kejayaan anak2 bukan hanya usaha guru malah ibubapa juga kena mainkan peranan.

    sbg ibu, saya sangat gembira dgn peningkatan pembelajaran anak saya di K1. Melihat dia sudah menguasai pembelajaran di tadika membuatkan saya sangat bersyukur dan berterimakasih pd guru2 yg mengajarnya di 5 Bistari 2.
    Tahniah utk puan dan suami krn telah berjaya mewujudkan tadika Pintar Bistari yg begitu sistematik dan hebat!
    Maaf pjg berjela pulak komen saya ni..hehe...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih cikgu kerana memahami.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.