Masjid Quba sekarang |
Inilah masjid yang pertama sekali didirikan di Madinah oleh Rasulullah saw setelah berhijrah ke sana. Allah swt telah menyebutkan tentang masjid ini dalam Al-Quran surah At Taubah: 108
Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)
Ketika Nabi saw berhijrah ke Madinah, setiap sahabat menginginkan Rasulullah saw tinggal di rumah mereka. Beliau menangani masalah ini dengan melepaskan tali untanya, dan membiarkannya mencari tempat berhenti. Akhirnya unta itu berhenti di tempat unta milik Sahal dan Suhail, dua anak yatim Amru bin 'Auf. Beliau kemudian membeli tanah itu dan di atasnya didirikan masjid. Sementara di sekitarnya dibangun petak-petak rumah beliau dan keluarganya. Baginda membangunkan masjid dan rumah bukan untuk menyakiti orang. Bentuknya sangat sederhana, tidak memerlukan biaya yang banyak dan tidak memerlukan kerja besar. Masjidnya berupa halaman luas yang 4 sisi temboknya dibangun dari batu merah dan tanah liat. Sebahagian atapnya dari pelepah kurma dan bahagian yang lain dibiarkan terbuka. Salah satu serambinya dikhususkan untuk tempat bermukimnya kaum fakir yang tidak memiliki tempat tinggal. Di waktu malam, masjidnya tidak diberi cahaya lampu kecuali pada waktu shalat 'Isya. Penerangnya diambil dari jerami yang dibakar di tengah-tengah masjid. (Dipetik dari buku Ad Daulah Al Islamiyyah : Taqiyuddin An-Nabhani, ms, 60 ~ 61)
Masjid Quba juga menjadi pusat perhatian kaum muslimin dan para penguasa. Diriwayatkan bahawa Saidina Umar telah memperbaharuinya, begitu juga Saidina Uthman telah meluaskannya dan memundurkan mihrabnya ke arah selatan. Begitu juga Saidina Umar bin Abdul Aziz ketika dia menjabat sebagai gabenur Madinah (87 ~ 89H), ia mengukirnya, memperluaskannya dari sisi bahagian utara, lalu membuat menara untuk adzan yang pertama kali. Setelah itu pembaharuan demi pembaharuan terus terjadi, hingga tiba pada masa Sultan Mahmud II (1245H) dan masa pemerintahan putranya Abdul Majid.
Pada tahun 1388H, Raja Faizal bin Abdul Aziz memerintahkan agar masjid ini diroboh dan dibangunkan semula dengan model bangunan moden dan indah serta meluaskan sisi utara. Pada 1405, Raja Fahd memerintahkan lagi agar diperluaskan sehingga keluasan keseluruhan mencapai 13,500 meter persegi. Masjid ini memiliki 56 kubah kecil dan 6 kubah besar, serta 4 menara adzan. Bahagian tengahnya yang terbuka ditutup dengan terpal yang bergerak secara elektrik. Masjid Quba ini dapat menampung lebih kurang 20,000 jemaah shalat (petikan dari buku Sejarah Madinah Al-Munawarah, ms 108 ~ 111)
Antara menara adzan yang kelihatan |
Masjid berwarna putih berlatarbelakangkan langit yang membiru |
Dan sudah tentu terdapat ramai peniaga-peniaga yang sentiasa memujuk jemaah membeli kurma basah dan tasbih mutiara. Dan bermulalah agenda shopping-shopping jemaah ini.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.