Tuesday, December 27, 2011

WELCOME BACK

Welcome back to Mybistari. 
Menyepi bukan bererti tiada. Saya masih lagi dengan rutin harian, walaupun dalam cuti sekolah. Sekurang-kurangnya dalam waktu menyepi tu, saya telah dapat menghabiskan satu buku tebal bertajuk "Khulafa Ar-Rasyidin & Daulah Islam". Sungguh teruja saya dengan isi kandungan buku yang sarat dengan sejarah dan fakta-fakta menarik hingga dapat menghabiskan pembacaan kurang dari seminggu.  Tapi masih kalah dengan Cikgu Tamizi yang sentiasa membaca buku dengan berbagai 'aksi' bagi melawan kepenatan. Dan kadangkala saya lihat, buku yang baca dia....
Dalam waktu menyepi juga, saya penuhi dengan halaqah mingguan yang dah tentunya perlukan persediaan dengan membaca. Juga baru saja terasa lega setelah menghabiskan 'presentation' saya dengan tajuk Negara-negara industri, maju berkembang kerana menerapkan sistem pasar dan perdagangan bebas. Salah satu tajuk dari buku Mitos-mitos Palsu Ciptaan Barat karya Adnan Khan dengan tajuk aslinya "Geopolitical Myths" yang saban bulan akan dikupas dan dibahas tajuk oleh individu yang terbabit. Menarik tajuk ini kerana dari sinilah saya mengetahui apa bendanya LAISSEZ-FAIRE yakni salah satu doktrin ekonomi dalam sistem kapitalis. 
Dan akan menyusul 'presentataion' seterusnya 8 Jan ini. Saya masih belum memikirkan tajuknya tapi besar kemungkinan akan membahas tajuk Negara Moderat ~ pujian yang menipu!. Mudah-mudahan berhasil.
Sepanjang waktu menyepi, sebenarnya tadika tidak sepi malah riuh dengan suara anak-anak kerana adanya program PRA-TADIKA 2012 yang bermula 5 Dis dan berakhir 22 Dis, yang nanti akan saya ceritakan dalam entri berikutnya beserta gambar-gambar yang akan menjadi kenangan bagi anak-anak dan ibubapa yang terbabit. Dan setelah 3 minggu berinteraksi dengan kawan dan guru-guru, anak-anak ini telah bersedia untuk bersekolah pada 2 Januari nanti. 
Tadika juga tidak sunyi dengan kunjungan dari ibubapa yang datang membuat pembayaran yuran dan pengambilan keperluan berserta membuat pendaftaran tadika "last minute" buat anak mereka. Bagi tadika-tadika yang "full house" seperti Taman Kota Masai 1 & 2, serta Taman Scientex 1, maaflah kerana tidak dapat memenuhi permintaan ibubapa mendaftarkan anak ke Tadika Pintar Bistari. Insyaallah, tadika lain yang berdekatan juga tiada apa kurangnya, mungkin boleh mencuba di sana. 
Sepanjang waktu menyepi tu, kat rumah pun memang sepi sebenarnya kerana ketiadaan anak-anak kerana balik kampung di Gancong, Pekan. Kami macam 'newly-wed couple'.Walaupun dah 22 tahun berkahwin, tapi makin lama makin intim. Jangan jealous!

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.