Showing posts with label tadika pintar bistari taman scientex 2. Show all posts
Showing posts with label tadika pintar bistari taman scientex 2. Show all posts

Tuesday, September 20, 2016

TRIP AKHIR KE PAPG

Selamat datang ke Perpustakaan Awam Pasir Gudang!!
“Perumpamaan orang yang mencari ilmu tanpa hujah adalah seperti orang yang mencari kayu bakar pada malam hari. Ia membawa seikat kayu di mana di dalamnya terdapat ular yang siap mematuknya, sedangkan dia tidak mengetahuinya,” - Imam Syafie –

11hb Ogos 2016

Hari terakhir bagi sesi lawatan ke Perpustakaan Awam Pasir Gudang. Untuk trip yang terakhir ini, dua tadika bergabung iaitu Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 2 dan Tadika Minda Pintar Bestari.

Agak berbeza dengan aktiviti yang diadakan pada hari-hari yang terdahulu, murid-murid kali ini disajikan dengan aktiviti bermain jigsaw puzzle. Murid-murid ada yang diletakkan secara berkumpulan dan ada juga yang berpasangan. Tekun nampaknya mereka cuba menyelesaikan tugasan yang diberi, lebih tekun dari membaca kelihatannya. Aktiviti permainan begini yang mudah menarik minat kanak-kanak sebaya mereka.


Marilah kita sama-sama siapkan puzzle ni!

Eh.. anak murid mana tu.. tak pakai uniform sekolah pula tu!

Kami selesa buat di atas meja ni.

Tetapi masih terdapat juga murid-murid yang lebih gemar membaca dari bermain jigsaw puzzle.

Port kegemaran semua, bawah pokok.

Selesanya dia.

Saya baca buku berkenaan strawberry ni cikgu.

Sayangnya ketika tiba waktu untuk pulang semula ke tadika hujan mula turun dengan lebatnya. Perancangan tempat pengambilan mereka terpaksa diubah. Terpaksalah anak-anak ini menapak naik ke atas Kompleks Pusat Bandar agar mudah bagi bas mengambil mereka nanti.

Hati-hati naik tangga tu.

Tersenyum puas selepas habis sesi lawatan.

Jom balik ke tadika!
Dengan ini, tamatlah  rutin harian kami selama seminggu, berulang alik ke tadika untuk sesi lawatan ke PAPG. Insyaallah tahun hadapan aktiviti ini akan diteruskan lagi. Walaupun agak penat melayan kerenah anak-anak murid ini, tetapi terubat dengan keseronokan yang terpancar pada wajah mereka.

Sebelum terlupa, esok akan ada Ujian 4 bagi murid-murid 6 tahun dan 6 Bistari. Jangan lupa buat ulangkaji ye!!

-Cikgu Norifah-

Sunday, March 20, 2016

MURID GURU SENYUM MELEREK...!

8 Mac 2016 (Selasa)

“Hari ini kakak ada bawa seorang kawan baru untuk adik-adik. Ok jom.. kita jumpa dengan kawan kakak."
“Hai kawan-kawan!! Sayalah kawan baru kawan-kawan. Nama saya Bella, saya berumur 7 tahun. Saya ada seekor binatang peliharaan. Saya ada seekor kucing. Comel tak kucing Bella ni?”

“Ok kawan-kawan, perkara yang pertama sekali Bella buat bila bangun pagi adalah gosok gigi, mandi dan kemudian bersiap sedia pergi sekolah. Ok jom, kita join Bella pergi sekolah sama-sama!”

Itu adalah diantara dialog cerita yang disampaikan oleh skuad Kodomo Lion ke murid-murid yang tekun mendengar penerangan mereka. Masing-masing duduk diam menanti cerita yang seterusnya.

Bukan setakat anak-anak murid sahaja yang seronok mendengar cerita, cikgu-cikgu pun sama turut menghayati cerita Bella ini.


Mari kita layan bersama-sama lawatan skuad Kodomo Lion ke cawangan Taman Scientex 2!

Murid tersusun rapi.. menanti cerita dari skuad Kodomo Lion

Ok!! Cerita dah mula!

Fokus mendengar celoteh kakak-kakak Kodomo Lion

Apa yang kelakar tu sehingga cikgu dan anak murid tersenyum

Alhamdulillah, sesi lawatan di TS2 berjalan dengan baik sekali. Terima kasih kepada guru-guru dan para murid kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang masa sesi lawatan diadakan.

Jom kita jengah cawangan lain pula!

~Cikgu Norifah~