Wednesday, February 24, 2016

EXPLORE AND COLOUR TRADITION

Bismillahirrahmanirrahim.. Masih lagi kita di dalam bulan Februari. Antara bulan yang ditunggu-tunggu oleh warga Pasir Gudang khasnya. Kenapa? Kerana pada setiap tahun di bulan ini dilangsungkan Festival Layang-Layang Sedunia. Langit Pasir Gudang akan meriah dipenuhi dengan layang-layang pelbagai corak dan bentuk. Alhamdulillah, tahun ini dengan tema EXPLORE AND COLOUR TRADITION.  Bagi kami, selain dari keseronokkan membawa anak-anak...

Monday, February 22, 2016

AKTIVITI RENANG 2016

Assalamualaikum, Aktiviti Renang Seperti yang saya janjikan pada post yang terdahulu, saya akan kongsikan lagi gelagat murid-murid ketika aktiviti renang dijalankan. Berbanding dengan foto-foto minggu lepas, untuk kali ini murid-murid kelihatan lebih yakin dan teruja dengan aktiviti ini. Bagi cawangan yang tiada kolam renang, mereka akan berkongsi kolam dengan cawangan yang terdekat, contohnya, Tadika Nur Pintar Bestari akan ke Tadika Inovasi Bestari...

UJIAN 1 MURID K2 2016

Assalamualaikum.. Seperkara lagi yang berlaku pada minggu ini adalah Ujian 1 bagi murid 6 tahun dan juga 6 Bistari. Ujian yang bukan sahaja mendebarkan pihak ibu bapa, tetapi kami juga terasa tempiasnya. Risau memikirkan dapat tak murid-murid jawab soalan yang kami sediakan? Terlalu susahkan soalan yang pertama kali ini?  Rata-rata maklumbalas yang kami dapat dari pihak guru yang memantau ujian di kelas, murid-murid boleh menjawab soalan yang kami sediakan dan terdapat juga murid yang memerlukan lebih pantauan dari guru. Maklumlah, ujian...

PEMERIKSAAN GIGI DI TADIKA NUR PINTAR BESTARI

Assalamualaikum, PEMERIKSAAN GIGI Pada minggu lepas (Khamis / 18hb Februari 2016), Tadika Nur Pintar Bestari telah menerima kunjungan dari Klinik Pergigian Masai dalam rangka taklimat dan pemeriksaan gigi murid-murid.  Mereka telah ditunjukkan cara yang betul untuk memberus gigi dan cara-cara penjagaan gigi. Murid-murid teruja dan tak kurang juga yang takut untuk diperiksa oleh jururawat pergigian, gigi ada yang rosak dan rongak. Apa-apa pun,...

Sunday, February 14, 2016

SELAMAT DATANG FEBRUARI!

Assalamualaikum dan selamat kembali ke sekolah!! Selamat datang Februari yang indah!! Untuk kali ini, izinkan saya untuk berkongsi satu cerita. Tempat kami, pihak pengurusan adalah di cawangan Taman Mawar. Ya, kami berkongsi bangunan dengan kelas-kelas yang ada di cawangan ini. Ini bermakna kami juga setiap hari berjumpa dan bermesra dengan murid-murid di sini. Jika ada masa yang terluang atau ketika kami memerlukan sedikit “time off”...