Assalamualaikum,
Aktiviti Renang
Aktiviti Renang
Seperti
yang saya janjikan pada post yang terdahulu, saya akan kongsikan lagi gelagat
murid-murid ketika aktiviti renang dijalankan. Berbanding dengan foto-foto
minggu lepas, untuk kali ini murid-murid kelihatan lebih yakin dan teruja dengan
aktiviti ini.
Bagi
cawangan yang tiada kolam renang, mereka akan berkongsi kolam dengan cawangan
yang terdekat, contohnya, Tadika Nur Pintar Bestari akan ke Tadika Inovasi
Bestari dan Tadika Taman Scientex 2 akan ke Tadika Minda Pintar Bestari. Kami
akan dahulukan cawangan yang tiada kolam untuk menjalankan aktiviti renang ini.
Jadi apabila van yang membawa murid-murid dari cawangan lain sampai ke tadika mereka, mereka juga teruja melihat rakan-rakan turun dari van dan menuju ke kolam renang. Lagilah bila rakan-rakan sudah berada di dalam kolam, suara ketawa dan keseronokkan bermain air membuatkan mereka yang sedang belajar di dalam kelas tak senang duduk, panjang sahaja leher mahu memantau keadaan di luar. Dalam hati mungkin berkata, “Tunggu minggu depan ye.. saya nak buat kuak lentang dalam kolam.”

Untuk kali
ini, saya kongsikan gelagat-gelagat murid dari cawangan Tadika Minda Pintar
Bestari, TPB Kota Masai 1 dan juga Tadika Inovasi Bestari.
Tadika Minda Pintar Besari
Hati-hati.. masih takut takut masuk ke dalam kolam |
Bila dah bersama kawan, hilang rasa takut |
Tengok tu, dah ada yang berani selam! |
Ok, dah siap mandi.. bersiap untuk belajar semula |
TPB Kota Masai 1
Murid-murid Taman Kota Masai 1 |
Wajah-wajah ceria |
Tadika Inovasi Bestari
Giliran kami pula bermain air! |
Bersihkan diri selepas bermain air |
Keseronokkan yang dapat dirasai sekali sebulan |
Tak lama lagi akan masuk bulan Mac, ibu bapa, bila sudah dapat surat makluman nanti jangan lupa baca dan catatkan tarikh aktiviti renang yang seterusnya!
~Cikgu Norifah~
~Cikgu Norifah~
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.