Bismillahirrahmanirrahim..
Masih lagi
kita di dalam bulan Februari. Antara bulan yang ditunggu-tunggu oleh warga
Pasir Gudang khasnya. Kenapa? Kerana pada setiap tahun di bulan ini
dilangsungkan Festival Layang-Layang Sedunia. Langit Pasir Gudang akan meriah
dipenuhi dengan layang-layang pelbagai corak dan bentuk. Alhamdulillah, tahun ini dengan tema EXPLORE AND COLOUR TRADITION.
Bagi kami,
selain dari keseronokkan membawa anak-anak murid ke tapak festival, kami juga
teruja apabila setiap tahun akan dijemput untuk menghantar wakil ke
Pertandingan Mewarna sempena Festival Layang-Layang Sedunia.
Alhamdulillah,
setakat ini masih lagi beruntung kerana anak-anak tadika kami tidak pernah
pulang dengan tangan kosong dari pertandingan. Kali ini kami menghantar wakil
seramai 36 peserta, 4 murid dari setiap cawangan. Berdebar juga kerana
penyertaan tadika dari sekitar Pasir Gudang kali ini lebih ramai dari tahun
yang sebelumnya.
Kali ini,
saya ditugaskan untuk mengambil dan menjaga peserta dari Tadika Nur Pintar
Bestari dan juga Tadika Pintar Bistari Taman Mawar. Seawal pagi bila sampai ke
Tadika Nur Pintar Bestari murid-murid sudah sedia menunggu di halaman tadika,
tak sabar mungkin. Sepanjang perjalanan ke Tapak Festival Layang-Layang tak
henti-henti mulut mereka bercerita tentang kemeriahan festival tahun lepas,
berharap agar tahun ini ibu bapa dapat membawa mereka ke sana lagi. Ini kira
saya dah sampaikan harapan mereka ya, ibu.. ayah..
Apabila
sampai di Bukit Layang-Layang keterujaan jelas terpancar sepanjang perjalanan
mendaki ke kawasan pertandingan mewarna, teruja dengan persekitaran yang baru
dan cantik.
Sayangnya,
tempat pertandingan agak kurang sesuai, para peserta sangat terdedah dengan
terik sinar matahari, panas dan kurang selesa. Senang cerita, mood mewarna dari
100% ke 70%.
“Rimas dan
melekitlah badan saya cikgu..” komen murid.
Jadinya
bukan sahaja kami yang mengipas murid-murid kami, perkara yang sama juga
dilakukan oleh guru-guru tadika lain untuk anak murid mereka. Ibu bapa yang
sedia ada disana juga turut membantu mengipas dan cuba untuk menghalang terik
matahari dari mengganggu konsentrasi peserta mewarna. Terima kasih ya ibu ayah.
Walaupun begitu,
Alhamdulillah, pertandingan dapat dijalankan dengan lancar. Untuk tahun ini,
nasib kurang menyebelahi pihak kami, tiada top 3 atau top 5 , cuma saguhati
tempat ke 15 dari Nurin Maisarah Binti Muhammad Zakir, murid cawangan Tadika
Nur Pintar Bestari. Tahniah Nurin!
Jom kita layan foto rentetan perjalanan peserta mewarna kali ini!
|
Pendaftaran peserta telah dibuat beberapa hari sebelum pertandingan |
|
Kami dah sampai di Bukit Layang-Layang!! (Wakil dari TNPB dan TM) |
|
Sebelum berhempas pulas mewarna, kita makan dulu!! |
|
Wakil dari tadika Taman Scientex |
|
Bismillah... kita tulis nama dan nombor giliran dulu |
|
Murid-murid dah mula berpeluh.. cikgu-cikgu mula mengipas |
|
Alamak, dah sampai part yang paling sukar,, nak warna langit |
|
Telitinya mewarna |
|
Menggunakan payung untuk mengelakkan terik matahari |
|
Saya selesa macam ni cikgu! |
|
Nasib ada payung.. |
|
Yang tiada payung, ibu tolong lindung panas agar anak selesa.
Yang gelap tu sebab bayang-bayang ibu.. kasih ibu sepanjang masa :) |
|
Ok, kami dah siap mewarna!Ini hadiah penyertaan |
|
Jom sedia untuk balik! |
|
Alhamdulillah, selamat sampai tadika |
|
Panas tapi seronok! |
|
Mewakili murid yang sudah dihantar pulang.. saguhati no 15 |
Pada masa yang sama, hari ini adalah giliran murid-murid dari cawangan Tadika Nur Pintar Bestari, Tadika Inovasi Bestari dan TPB Taman Mawar untuk membuat lawatan ke tapak Festival Layang-Layang Sedunia. Agak terkilan kerana pada paginya tiada layang-layang yang naik dan bagi sesi petang, hujan turun selebat-selebatnya. Itulah, kita hanya mampu merancang, segalanya ketentuan Allah.
Cerita berkenaan lawatan layang-layang akan saya kongsikan pada posting yang lain.
Nak tengok lagi gambar Pertandingan Mewarna?
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.