Sunday, February 14, 2016

SELAMAT DATANG FEBRUARI!

Assalamualaikum dan selamat kembali ke sekolah!!

Selamat datang Februari yang indah!!

Untuk kali ini, izinkan saya untuk berkongsi satu cerita. Tempat kami, pihak pengurusan adalah di cawangan Taman Mawar. Ya, kami berkongsi bangunan dengan kelas-kelas yang ada di cawangan ini. Ini bermakna kami juga setiap hari berjumpa dan bermesra dengan murid-murid di sini.

Jika ada masa yang terluang atau ketika kami memerlukan sedikit “time off” dari menghadap komputer dan mesin fotostat, kami gunakan untuk masuk ke kelas melihat anak-anak ini belajar. Seronok melihat telatah guru-guru dan juga anak-anak didik mereka. Ada ketikanya terbit juga keinginan untuk kembali mengajar. Beruntungnya guru-guru yang masih berpeluang untuk mengajar.

Setiap hari, akan ada sahaja laporan yang disampaikan oleh anak-anak kecil ini kepada kami. Dari cerita sarapan sedap yang ibu bekalkan, sehinggalah cerita kawan yang menangis kerana rindukan adik di rumah, pasti akan sampai kepada kami di sini. Kami di sini sedia melayan murid-murid ini asalkan mereka berasa seronok dan bersemangat untuk ke sekolah.

Minggu lepas dan minggu ini, ada dua cerita yang murid sering kongsikan dengan kami, lembaran kerja mingguan yang sudah mula diedarkan sebagai latihan dan juga aktiviti renang yang sudah mula diadakan di beberapa cawangan kami.

Bila sudah melangkah masuk ke bulan Februari, bulan kedua dalam sesi persekolahan 2016, bermakna dua perkara ini akan bermula:

1-     Lembaran kerja (worksheet)
·        Lembaran kerja atau lebih sering kami sebut sebagai worksheet adalah helaian latihan yang akan kami berikan kepada anak-anak murid pada setiap hari Khamis.
·        Sekiranya pada minggu terbabit ada cuti persekolahan, maka bagi minggu tersebut tiada worksheet.
·        Latihan yang terdapat dalam worksheet adalah silibus yang telah dipelajari oleh anak-anak murid pada minggu tersebut dan minggu-minggu yang terdahulu.
·        Diharap para ibu dan bapa dapat meluangkan masa untuk membantu anak-anak anda menyiapkan latihan ini.
·        Pentingnya worksheet bagi murid-murid 6 tahun adalah sebagai sumber rujukan untuk ujian.

Worksheet pertama untuk tahun ini bagi murid 5 tahun

Worksheet 6 tahun

Worksheet 6 Bistari





Bersemangat buat latihan

Cikgu menunjuk ajar cara membuka worksheet

Cikgu menerangkan worksheet kepada murid-murid

2-     Aktiviti renang
·        Murid yang dibenarkan untuk mengikuti aktiviti ini adalah murid-murid yang ibu bapanya telah menghantar surat persetujuan yang dilampirkan bersama di dalam surat peraturan.
·        Guru tidak mengajar murid untuk berenang walaupun kami namakannya aktiviti renang, aktiviti ini lebih kepada bermain air sahaja. (ada ibu bapa yang bertanya kenapa anaknya masih tak pandai berenang walaupun ada aktiviti renang di tadika)

·        Aktiviti ini diadakan sebulan sekali mengikut jadual renang yang dinyatakan di dalam surat makluman bulanan.


Yeay!! akhirnya saat yang dinanti tiba juga!! Swimming!!

5 tahun di Taman Mawar

Minta naik awal.. tak tahan sejuk..

Guru memantau aktiviti renang

Kolam di cawangan Taman Scientex 1 ~ sekeliling berwajah baru 

Masih takut-takut lagi dengan air..


Murid-murid dari Tadika Nur Pintar Bestari mandi di kolam Tadika Inovasi Bestari
Minggu ini, aktiviti renang akan diteruskan lagi bagi cawangan-cawangan yang lain. Insyaallah kami akan kongsikan lagi gelagat-gelagat mereka di dalam kolam renang.

Dan sebelum saya terlupa, minggu ini juga akan dijalankan Ujian 1 bagi murid-murid 6 Tahun dan juga 6 Bistari pada hari Rabu (17 Feb 2016). Jangan lupa ulangkaji ye!

~Cikgu Norifah~

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.