Thursday, March 1, 2012

LAYANG-LAYANG MERAJUK

 16 & 17 Februari 2012

2 hari ini, kami membawa anak-anak K2 ke tapak Pesta Layang-Layang Dunia 2012. Sepanjang minggu ini, cuaca tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini, hampir setiap hari cuaca mendung dan berhujan. Saya berkesempatan menjenguk anak-anak yang berlawatan pada hari Jumaat tapi bila sampai di tapak pesta tengahari tersebut, mereka masih belum lagi sampai. Menghampakan, layang-layang tidak naik kerana tiada angin.
Kebiasaannya, layang-layang ini terbang megah di udara tapi kali ini...... Layang-layang merajuk rupanya...




Sementara menunggu anak-anak ini sampai, saya sempat meninjau tapak pesta.  
Pelbagai bentuk dan rupa layang-layang dari luar negara yang dipamerkan.

Juga layang-layang tempatan

Layang-layang dari Indonesia

Layang-layang dari negeri matahari terbit


Antara gerai yang menjual pelbagai jenis layang-layang

Tidak ketinggalan gerai menjual cenderamata.
Dan akhirnya, anak-anak ini telah sampai....

Dari cawangan Taman Rinting

Dari Tadika Inovasi Bestari

Dengan pelbagai bentuk topi bagi menahan panas

Hampa...layang-layang merajuk

Anak-anak dari Taman Mawar baru sampai.

Kena bilang dulu, bimbang ada yang tertinggal dalam bas

Bersemangat nak tengok layang-layang
Saya tidak dapat menunggu hingga akhir lawatan tapi menurut cikgu-cikgu pengiring, anak-anak ini terhibur juga dengan persembahan layang-layang yang ditunjukkan oleh peserta-peserta luar negara. Dalam perjalanan pulang, inilah pemandangan yang dapat dilihat.


Dah tentunya Angry Bird menjadi pilihan


Pilih, jangan tak pilih

Mak ayah hanya perlu siapkan duit saja...

PERTANDINGAN MEWARNA PESTA LAYANG-LAYANG 2012

Salji di luar semakin melebat turunnya dan kawasan sekeliling sudah semakin memutih. Suhu di luar bilik hotel mungkin di bawah 0 darjah celcius. Semuanya telah diulit mimpi. Hanya saya yang masih mengetik netbook ini. Waktu tempatan menunjukkan pukul 10.50 malam. Masih lagi 29 Feb. 2012. Walhal di Malaysia, jam menunjukkan pukul 4.50 pagi. Di mana saya sebenarnya?

Di Cappodocia, Turkey
Sebenarnya kami sekarang berada di Turkiye / Turkey dalam rangka lawatan selama 10H/8M di sini. Kebetulan, siang tadi aturcara lawatan tidak terlalu memenatkan, jadi malam ini saya berkesempatan untuk memenuhi janji saya untuk bercerita tentang aktiviti-aktiviti di tadika. Walaupun cerita-ceritanya agak lewat, tapi tetap menjadi kenangan, apatah lagi buat anak-anak yang menyertainya. Ikutilah cerita di bawah. 

15 Februari 2012


Seperti biasa, pertandingan mewarna diadakan sempena Festival Layang-layang Dunia di Pasir Gudang. Tahun ini, kami menghantar wakil seramai 5 orang dari setiap cawangan. Bermakna 40 orang semuanya yang bersemangat untuk mewarna. Pertandingan mewarna diadakan pada hari Rabu pada minggu tersebut dan sambutan dari tadika-tadika lain juga tidak kurang meriahnya. Jom lihat gambar anak-anak kita di pertandingan tersebut.
Penuh satu bilik dengan wakil-wakil dari TPB dan TIB

Wakil-wakil dari tadika lain juga tidak kurang ramainya

Inilah gambar yang perlu mereka warnai. Nampak simple tapi memerlukan kreativiti.

Half way...

Dalam bilik telah black-out, terpaksa berpindah ke luar.

Antara guru-guru pengiring.
Dek kerana terdapat masalah dalam pemberian hadiah pertandingan, anak-anak ini dihantar balik ke tadika dahulu bagi mengelakkan mereka terlalu lama menunggu.Walaupun demikian, masing-masing seronok kerana dapat juga hadiah penyertaan. Dan yang penting, pendedahan dalam pertandingan.


Tidak menghampakan, wakil TPB dari cawangan Taman Kota Masai 2 dan Taman Scientex (1) menerima hadiah kemenangan. 



Syabas diucapkan kepada semua!

Thursday, February 23, 2012

UJIAN 1

Hari ini anak-anak K2 di semua cawangan mengambil ujian pertama bagi tahun 2012. Soalan senang-senang aje. Mak ayah tak usahlah bimbang kalau tak buat ulangkaji kat rumah. Kalau buat ulangkaji, lagi bagus.
Kat tadika sebenarnya cikgu-cikgu sememangnya ada buat ulangkaji. Dari pengalaman lepas, biasanya keputusan ujian 1 taklah memberangsangkan. Mungkin anak-anak tak terbiasa. Cikgu cuma boleh guide saja, selebihnya anak-anak yang lakukan. Anak-anak yang tak hadir hari ini kerana deman @ sakit, dibolehkan mengambil ujian ini keesokan hari tetapi dengan syarat, perlu ada surat MC dari doktor. Kalau tak ada, kami akan memberikan kertas ini sebagai latihan biasa saja tanpa. Doakan anak-anak kita dapat melakukan yang terbaik. 

Inilah gambaran kertas soalan yang diberikan kepada anak-anak.

Untuk kelas Bistari
 
Untuk kelas normal di TPB dan TIB
Keputusan akan dapat dilihat di SPS E-waris. Cara-cara untuk melihat keputusan telah dicatatkan dalan surat makluman Mac yang akan diedarkan esok. Sila rujuk dan sekiranya ada permasalahan berkaitan, sila hubungi Pn. Shawariah (07-2517670).

Tuesday, February 21, 2012

NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK (TAMAN SCIENTEX 2 SAHAJA)

Kepada semua ibubapa / penjaga Cawangan Taman Scientex (2). 

Pihak kami baru saja mendapat surat tentang notis gangguan tersebut jam 10.45 pagi tadi, walhal tarikh surat pekelilingnya adalah 28.12.2011. Kelam kabut saya dibuatnya untuk menyediakan surat pemberitahuan tentang cuti ini kepada ibubapa.
Untuk sesi petang, tiada masalah. Surat dapat diedarkan. Untuk sesi pagi, memang tak sempat nak mengedarkan surat ini. Insyaallah, kami akan SMS dan sebagai alternatif lain, di bawah ini saya sertakan surat tersebut. 
Minta dapat diwar-warkan kepada kawan-kawan yang anaknya bersekolah di Taman Scientex (2). 
Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.




TADIKA PINTAR BISTARI
Cawangan  Taman Scientex 2 (SRJ/2764 )
58, Jalan Serindit 9, Taman Scientex, 81700, Pasir Gudang, Johor. 
Tel :  019-7350 900
Tarikh   : 21 Februari 2012
 
Kepada :                                                                                                          
Ibubapa /Penjaga/Pengendali pengangkutan                                                                  
Cawangan Taman Scientex 2     

Tuan / Puan

PER : CUTI PERSEKOLAHAN

Adalah ingin dimaklumkan, tadika akan dicutikan bagi semua sesi pada 22 Feb 2012 (Rabu).

  1. Ini adalah kerana pihak tadika baru sahaja menerima surat pekeliling daripada bertarikh 28 Disember 2011 seperti  berikut :

·         Tarikh gangguan      : 22  Februari 2012 (Rabu)
·         Sebab gangguan     : Senggaraan Kejanggalan Membaiki Thermoscanning Alatsuis,
  alatubah & LVDB.
·         Masa                      : 10.00 am hingga 7.00 pm
           
  1. Sekian, untuk makluman. Terima kasih.

              Yang benar,
   Hjh. Zainun Binti Mat Lazim
              Pengurus

Monday, February 20, 2012

SESI BERGAMBAR 2012

Gambar-gambar kelas bagi sesi 2012 ini telah saya masukkan dalam Mybistari. Untuk mendapatkan gambar yang lebih jelas, sila klik slideshow di sebelah kiri ini dan anda akan disambungkan ke PICASA WEB ALBUM. Selamat mencuba.  

TAMAN MAWAR (1)

TAMAN MAWAR (2)

TADIKA INOVASI BESTARI
TAMAN RINTING
TAMAN KOTA MASAI (1)
TAMAN KOTA MASAI (2)
TAMAN SCIENTEX (1)
TAMAN SCIENTEX (2)

LAPORAN 2 BULAN

Assalamualaikum,
Wah, dah terlalu lama saya tidak menulis di Mybistari. Begitu cepat masa berlalu dan kita sekarang dahpun menghampiri bulan Mac dan Februari tahun ini adalah tahun lompat. Jarang-jarang berjumpa dengan 29 Februari kan. Dan sedar-tak sedar, umurpun dah pertengahan 40-an.
Dalam jangkamasa 2 bulan ini, sebenarnya banyak aktiviti yang dijalankan. Cuma tidak menyempat aje nak menulis dan bercerita. 
Dimulai dengan menerima anak-anak baru di permulaan tadika sesi 2012 yang sememangnya awal kami mulakan iaitu pada 2 Januari lepas. Dan sekarang ini, anak-anak dah amat dan sangat serasi dengan guru-guru mereka. Dan warga Pintar Bistari juga amat seronok dengan berita akan menerima 'ORANG BARU' pada Jun nanti. Mudah-mudahan kandungan saya sihat sampai melahirkan nanti. Terasa pulak macam baru berumur 35 tahun. Yelah, orang tua nak beranak lagi.....
Program tahunan dengan ibubapa yang pertama sekali adalah PROGRAM PENERANGAN BACALAH ANAKKU DAN SEMPOA yang kami jalankan pada 15 Januari dan alhamdulillah, mendapat sambutan yang menggalakkan dari ibubapa. Walaupun masa yang diperuntukkan terasa singkat, tapi perkongsian dengan ibubapa nampaknya banyak memberikan kesan yang positif  ke atas perkembangan anak masing-masing samada dari rekod bacaan (untuk K1) ataupun penggunaan sempoa (K2)

Program Penerangan Bacalah Anakku

Program Penerangan Sempoa

Dan pada keesokan harinya iaitu pada 16 Januari, kami menerima tetamu dari Batam, Indonesia yang datang melawat tadika. Kami hanya sempat membawa mereka melawat Taman Scientex 1 dan Taman Mawar sahaja kerana mereka kesuntukan waktu. Sempat juga saya merakamkan gambar gelagat anak-anak kita di dua cawangan tersebut. 

Taman Scientex (1) sewaktu perhimpuanan pagi

TS (1)  sewaktu kelas congak

Taman Mawar (1)


Dan bila saja memasuki bulan Februari, sudah tentu aktiviti yang ditunggu-tunggu iaitu LAWATAN KE BUKIT LAYANG-LAYANG. Walaupun baru semalam festival layang-layang berakhir, tapi ramai yang agak kecewa kerana cuaca tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Mendung dan hujan yang mana LAYANG-LAYANG MERAJUK untuk naik dan terbang. Ramai ibubapa seronok bila gambar anak mereka masuk dalam akhbar SINAR Sabtu lepas yang membuat liputan tentang festival layang-layang tersebut. 

Seperti biasa, saban tahun ada pertandingan mewarna. peringkat tadika. Wakil dari Tadika Pintar Bistari cawangan Taman Kota Masai (2), telah mendapat tempat kedua dan hadiah saguhati dalam pertandingan tersebut. Dan untuk tahun ini, kami menghantar seramai 40 peserta dalam pertandingan mewarna ini. Gambarnya nanti saya uploadkan dalam PICASA WEB ALBUM.

Gambar kelas juga telah diuploadkan dalam GALERI GAMBAR website. Silalah ke sana untuk melihat gambar-gambar anak-anak kita.

Sekianlah saya melaporkan untuk berita jam 1.30 tengahari. Insyaallah, cerita-cerita dan gambar-gambar lain akan menyusul.