Monday, February 20, 2012

LAPORAN 2 BULAN

Assalamualaikum,
Wah, dah terlalu lama saya tidak menulis di Mybistari. Begitu cepat masa berlalu dan kita sekarang dahpun menghampiri bulan Mac dan Februari tahun ini adalah tahun lompat. Jarang-jarang berjumpa dengan 29 Februari kan. Dan sedar-tak sedar, umurpun dah pertengahan 40-an.
Dalam jangkamasa 2 bulan ini, sebenarnya banyak aktiviti yang dijalankan. Cuma tidak menyempat aje nak menulis dan bercerita. 
Dimulai dengan menerima anak-anak baru di permulaan tadika sesi 2012 yang sememangnya awal kami mulakan iaitu pada 2 Januari lepas. Dan sekarang ini, anak-anak dah amat dan sangat serasi dengan guru-guru mereka. Dan warga Pintar Bistari juga amat seronok dengan berita akan menerima 'ORANG BARU' pada Jun nanti. Mudah-mudahan kandungan saya sihat sampai melahirkan nanti. Terasa pulak macam baru berumur 35 tahun. Yelah, orang tua nak beranak lagi.....
Program tahunan dengan ibubapa yang pertama sekali adalah PROGRAM PENERANGAN BACALAH ANAKKU DAN SEMPOA yang kami jalankan pada 15 Januari dan alhamdulillah, mendapat sambutan yang menggalakkan dari ibubapa. Walaupun masa yang diperuntukkan terasa singkat, tapi perkongsian dengan ibubapa nampaknya banyak memberikan kesan yang positif  ke atas perkembangan anak masing-masing samada dari rekod bacaan (untuk K1) ataupun penggunaan sempoa (K2)

Program Penerangan Bacalah Anakku

Program Penerangan Sempoa

Dan pada keesokan harinya iaitu pada 16 Januari, kami menerima tetamu dari Batam, Indonesia yang datang melawat tadika. Kami hanya sempat membawa mereka melawat Taman Scientex 1 dan Taman Mawar sahaja kerana mereka kesuntukan waktu. Sempat juga saya merakamkan gambar gelagat anak-anak kita di dua cawangan tersebut. 

Taman Scientex (1) sewaktu perhimpuanan pagi

TS (1)  sewaktu kelas congak

Taman Mawar (1)


Dan bila saja memasuki bulan Februari, sudah tentu aktiviti yang ditunggu-tunggu iaitu LAWATAN KE BUKIT LAYANG-LAYANG. Walaupun baru semalam festival layang-layang berakhir, tapi ramai yang agak kecewa kerana cuaca tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Mendung dan hujan yang mana LAYANG-LAYANG MERAJUK untuk naik dan terbang. Ramai ibubapa seronok bila gambar anak mereka masuk dalam akhbar SINAR Sabtu lepas yang membuat liputan tentang festival layang-layang tersebut. 

Seperti biasa, saban tahun ada pertandingan mewarna. peringkat tadika. Wakil dari Tadika Pintar Bistari cawangan Taman Kota Masai (2), telah mendapat tempat kedua dan hadiah saguhati dalam pertandingan tersebut. Dan untuk tahun ini, kami menghantar seramai 40 peserta dalam pertandingan mewarna ini. Gambarnya nanti saya uploadkan dalam PICASA WEB ALBUM.

Gambar kelas juga telah diuploadkan dalam GALERI GAMBAR website. Silalah ke sana untuk melihat gambar-gambar anak-anak kita.

Sekianlah saya melaporkan untuk berita jam 1.30 tengahari. Insyaallah, cerita-cerita dan gambar-gambar lain akan menyusul.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.