Wednesday, August 10, 2011

RAMADHAN DI BATAM

Dah lama dah saya dengar nama Batam ni tapi rasa biasa aje. Tiada perasaan pun nak pergi ke sana. Yang saya tahu Batam adalah salah satu dari ribuan pulau-pulau yang ada di Indonesia. Pembangunannya kebanyakan dijana oleh pelabur-pelabur luar terutama Singapura. Dan saya pun baru tahu bahawa Batam adalah FTZ (Free Trade Zone), sama macam Pulau Langkawi. Maknanya kawasan bebas cukai. Tapi adakah benar barang-barang di Batam ni murah-murah kerana tiada cukai? Waallahu'alam sebab saya ke sana pun bukan untuk agenda shopping.

Perjalanan kami bermula dari sini
Harga tiket ke Batam dengan feri adalah RM85 seorang dewasa pergi balik dan kanak-kanak RM63 seorang pergi balik. Sementara cukai pelabuhan adalah RM18 seorang samada dewasa dan kanak-kanak. Perjalanan dengan feri memakan masa selama 1.15 jam ~ 1.30jam dari Terminal Feri pasir Gudang ke Batam Centre.

Inilah feri yang kami naik. Boleh memuatkan seramai 120 orang bagi satu-satu perjalanan

Tongkang sedang menurunkan barangan kejuruteraan di tepi jeti

Kerja-kerja membuat pelantar minyak sedang dijalankan


Dalam feri. Kurang penumpang, mungkin kerana program pemutihan yang sedang dijalankan sekarang ini. jadi tak sibuklah mereka nak balik cop pasport
Tak menyangka bertemu dengan anak murid Tadika Inovasi Bestari di dalam feri.  Si Adik malu-malu kucing ya! Abang steady aje berposing..
Tongkang yang membawa pasir di perairan Singapura

Kapal-kapal besar menuju ke Singapura untuk berlabuh
Setelah perjalanan selama 1.15 jam, kami sampai ke Batam Centre. Ingatkan feri kami saja yang ada, rupanya banyak lagi feri yang lain dari Singapura dan Stulang turut menurunkan penumpang menjadikan pemeriksaan paspot di imigresen sedikit perlahan.

Batam Centre

Pak supir lewat sampai, jadilah kami macam PATI aje.
Harris Hotel yang terdapat berhampiran dengan Batam Centre. Tak le kami menginap di sini kerana harganya mahal. 

Kami menginap di Sky Inn hotel di Batu Aji dengan bayaran Rp150,000 (RM50) sahaja. Berbaloi sebab bilik jenis deluxe dan hotel baru yang bersih dan moden.
Anak-anak kami tinggalkan di hotel sementara kami menyelesaikan urusan kami di sana. Lagipun mereka kepenatan berpuasa dan pusing kepala mabuk laut. 
Tinggal di hotel ini ok sebab makanan pun senang dapat untuk berbuka dan bersahur kerana terdapat restoran sebaris dengan hotel. Makanan pun jenis yang kami suka iaitu ayam bakar. Emm, sedap tapi tak sempat nak ambil gambar!

Batam ini agak teratur pembagunannya. Tidak 'macet' seperti Bogor dan Jakarta. Tiada orang minta duit sewaktu kereta nak parking dan cross jalan.
Namun begitu, musykil juga orang-orang iras Melayu dan Indonesia selamba aje makan di tempat umum. Saya tidak dapat membezakan samada mereka ini muslim atau tidak @ muslin yang tidak berpuasa. Saya bingung memikirkannya....@#$%%^&

Keesokan harinya, dibawa oleh seorang sahabat di sana ke jambatan ini. Salah satu antara 7 jambatan yang menghubungkan pulau-pulau kecil di situ.


Pulau-pulau kecil yang berdekatan antara satu sama lain

Terdapat juga kelong

Hari masih pagi dan tak ramai yang lepak atas jambatan. Memakir kenderaan di atas jambatan ini tidak menjadi kesalahan


Lubang di atas jambatan boleh menampakkan air yang biru kehijauan.

Pemandangan yang cantik

Pembinaan hotel rancak dijalankan bagi memenuhi keperluan pelancong asing
Itu ajelah tempat yang sempat kami pergi sebab perlu bergegas ke Batam Centre untuk pulang dengan feri jam 11.20 WI. 
Tempat jualan tiket dan mengambil boarding pass di Batam Centre
Nak balik pun kena cukai pelabuhan sebanyak Rp60,000 (RM20) seorang.

Walaupun negara Indonesia, tetapi Singapore Dollar banyak digunakan dalam transaksi. Musykil lagi saya. !@@#$%%

Dua jam sebelum berlepas pulang, hujan turun dengan lebatnya berserta dengan ribut petir. Juga bermakna laut akan bergelombang waktu kami balik nanti. Kecut perut saya!
 
Di dalam feri turut bocor. Air mengalir keluar melalui lubang lampu. Mujurlah penumpang tidak ramai, jadi banyak pilihan tempat untuk duduk
Alternatifnya, Caca mengambil alas kepala kusyen untuk menadah air bocor. Bijak, bijak!

Alhamdulillah, kami selamat sampai ke Pasir Gudang jam 2 petang dan sepanjang perjalanan pulang, tak berani saya meninjau keluar kerana bimbang mabuk laut kerana gelombang yang kuat.

Batam, insyaallah kami datang lagi dengan misi yang lain pula!

Tuesday, August 9, 2011

RAMADHAN DAN BISNES SYARIAH



Artikel ini saya tujukan kepada pengusaha-pengusaha Muslim tidak kira apa yang diusahakannya. Mudah-mudahan artikel ini dapat dijadikan panduan dan teladan dalam menjalankan bisnes samada di bulan Ramadhan dan bulan-bulan seterusnya.  . 

RAMADHAN: Momentum Perubahan Menuju Bisnes Penuh Berkat dan Barakah 

Alhamdulillah, kita telah memasuki sepertiga bulan ramadhan 1432H. Di dalamnya setiap Muslim – tentu termasuk pengusaha Muslim di dalamnya dituntut untuk berkorban dengan menahan rasa lapar, dahaga dan sejumlah amal lainnya demi meraih darjah takwa (2: 183). Takwa adalah puncak hikmah dari ibadah shaum (puasa) dalam bulan Ramadhan.
Menurut Al-Jazairi, frasa “agar kalian bertakkwa” bermakna: agar dengan shaum itu Allah SWT mempersiapkan kalian untuk boleh menjalankan semua perintahnya dan menjauhi semua larangannya (Al-Jazairi, 1/80). Bahasa sederhananya, dengan shaum itu kita difahamkan, diingatkan dan disedarkan bahawa bukan harta yang diinginkan Deen kita, tetapi ketaatan kita sepenuhnya pada aturanNya!
Bagi pengusaha, Ramahdan sudah semestinya menjadi momentum perubahan menuju bisnes yang sesuai dengan aturan Allah SWT. Kita biasa menyebutnya sebagai bisnes yang penuh ‘berkat’ dan ‘barakah’. Berkat bermakna bisnes kita menghasilkan keuntungan yang terus tumbuh dan ada kesinambungannya. Sementara ‘barakah’ adalah mendapat keredhaan Allah.
Setidaknya ada tiga hal yang dikukuhkan dan diingatkan Ramadhan pada kita, pengusaha Muslim

1) Ramadhan Mengukuhkan Orientasi Akhirat Pada Bisnes Kita

Allah berfirman kepada malaikat yang diserahi urusan rezeki bani Adam: “Hamba manapun yang kalian dapati cita-citanya hanya satu, iaitu semata-mata untuk kehidupan akhirat, jaminlah rezekinya di langit dan di bumi; dan hamba manapun yang kalian dapati mencari rezekinya dengan jujur kerana berhati-hati dalam mencari keadilan, berilah ia rezeki yang baik dan mudahkanlah ia; dan jika ia telah melampaui batas kepada selain itu, biarkanlah ia sendiri mengusaha apa yang dikehendakinya. Kemudian ia tidak akan mencapai lebih dari apa yang Aku tetapkan untuknya,” (HR: Abu Na’im dari Abu Hurairah ra)
Hadis ini merupakan janji Allah kepada orang-orang yang selalu berorientasi akhirat dalam setiap perbuatannya.

2) Ramadhan Mengingatkan Kita Bahawa Hanya Nafkah Yang Halal Lagi Baik (Halalan Toyyibah) Yang Membawa Keberkatan Dan Nikmat Hidup

Iman Muslim meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah saw bersabda, “Wahai manusia, sesungguhnya Allah tidak akan menerima sesuatu kecuali yang baik (thoyyib) dan sesungguhnya Allah memerintahkan kaum Mukmin sebagaimana halnya Ia memerintahkan para Rasul. Kemudian, Ia berfirman, “Wahai para Rasul, makanlah dari rezeki yag baik-baik, dan berbuat baiklah kalian. Sesungguhnya Aku Mengetahui apa yang engkau ketahui.” Selanjutnya beliau bercerita tentang seorang lelaki yang berada dalam perjalanan yang sangat panjang, hingga pakaiannya lusuh dan berdebu. Lelaki itu lantas menadahkan dua tangannya ke atas langit dan berdoa, “Ya Tuhanku, Ya Tuhanku....”, sementara itu makanan yang dimakannya adalah haram, minuman yang diminumnya adalah haram, dan pakaian yang dikenakannya adalah haram; dan ia diberi makanan dengan makanan-makanan yang haram. Lantas, bagaimana mungkin doanya dikabulkan?” (HR Muslim)
Al Qadliy berkata, “hadis ini merupakan salah satu pilar agama Islam dan tonggak dari hukum-hukum Islam. Ada 40 hadis yang menjadi bagian tidak terpisahkan dari hadis ini. Di dalam hadis ini ada perintah kepada kaum Muslim untuk berinfak dengan rezeki yang halal serta larangan untuk berinfak dengan rezeki yang haram.  Hadis ini juga menerangkan bahawa minuman, makanan, pakaian dll harus halal dan jauh dari syubhat; dan siapa saja yang berdoa, hendaklah ia memenuhi syarat-syarat tersebut dan menjauhi minuman, makanan dan pakaian haram.” (Imam Nawawi, syarah shahih Muslim, Hadis No 1686).

3) Ramadhan mengingatkan kita bahawa bisnes yang halal dan thayyib memuliakan kita di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya, dunia itu diperuntukkan kepada 4 orang:  
1) Seorang hamba yang diberi harta dan ilmu oleh Allah SWT dan menghubungkan siraturrahim dan dia mengetahui bahawa ada hak Allah di dalam hartanya. Ini adalah seutama-utama kedudukan.
2)  Seorang hamba yang diberi ilmu oleh Allah namun tidak diberi harta, kemudian dia berniat seraya berkata, ‘ Seandainya aku punya harta, sungguh aku akan beramal sebagaimana si fulan (yang kaya). Dengan niatnya itu, maka pahala keduanya adalah sama.
cc  Seorang hamba yang tidak diberi ilmu, namun hanya diberi harta oleh Allah. Lalu, dia membelanjakan hartanya tanpa dengan pengetahuan dan tidak dijadikan sebagai wasilah untuk bertakwa kepada Allah SWT dan menyambung silaturrahim, dan dia juga tidak tahu bahawa di dalamnya ada hak Allah SWT, maka ini adalah serendah-rendahnya kedudukan.
4)     Seorang hamba yang tidak diberi harta dan ilmu oleh Allah SWT dan ia berkata,  ‘Seandainya saya memiliki harta, maka saya akan beramal sebagaimana sifulan (yang ke 3 tadi). Maka dosa keduanya adalah sama. (Hadis riwayat Al-Tirmidzi)

Makin jelas bagi pengusaha yang ingin meraih ‘berkat dan barakah’ bahawa Islam telah memotivasi umatnya untuk bekerja - tentu saja termasuk berbisnes – dengan serius, dengan tetap memperhatikan dan melaksanakan ketentuan syariat Allah SWT dan kaedah sebab akibat atas segala usahanya. Halal dan baik lakukan, haram lagi laknat tinggalkan. Allah pun akan membalasnya dengan “reward” kemudahan rezeki dan kemudahan urusan bisnes kita. Subhanallah, Ramadhan inilah momentum perubahan bisnes kita. Insyaallah.  

HOTLINE


 Berikut adalah HOTLINE Polis Diraja Malaysia sebagai rujukan. Mungkin berguna bila-bila masa apatah lagi bila menjelang musim perayaan akan datang dimana ramai yang akan balik kampung sementara pihak polis setia menjalankan tugas menjaga keselamatan dan keamanan. 

IPK Johor                               (07- 225 4422)
IPD Seri Alam                         (07-386 4222)
DCC (Hotline)                         (07-387 1422)
Balai Polis Masai                      (07-251 1222)
Balai Polis Seri Alam                (07-388 6422)
Balai Polis Pasir Gudang           (07-251 3222)
Balai Polis Taman Scientex        (07-256 1422)
Balai Polis Taman Pasir Putih     (07-252 4122)
Balai Polis Taman Johor Jaya    (07-353 2124)
Balai Polis Ulu Tiram                 (07-861 1222)
Balai Polis Desa Cemerlang       (07-861 6122)
Balai Trafik Seri Alam               (07-386 1422)

JAGA KESELAMATAN

Semalam saya menghadiri taklimat dari IPD Sri Alam berkenaan langkah-langkah pencegahan jenayah dan keselamatan di tadika dan taska. Lebih dari 100 orang pengusaha tadika dan taska bawah pentadbiran IPD Sri Alam menghadiri taklimat ringkas ini yang dipengerusikan oleh DSP Saifi Abdul Hamid.  

DSP Saifi Abd, Hamid (berbaju seragam)

Sebahagian dari pengusaha tadika dan taska

 Taklimat ini juga adalah rentetan tentang tragedi yang berlaku di Muar baru-baru ini. Kalau ada yang terlepas pandang tentang cerita ini, boleh baca keratan akhbar di bawah. 

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan saat-saat cemas 30 kanak- kanak dan empat guru yang menjadi tebusan seorang lelaki bersenjatakan tukul besi dan parang di Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang, Sungai Abong, Muar pada 7 Julai lalu.
Lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai kurang siuman dan seorang penagih dadah itu menceroboh masuk tadika tersebut pukul 9.15 pagi sebelum mengurung semua penghuninya.
Setelah rundingan gagal, sepasukan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis menyerbu masuk pukul 3.40 petang dan suspek yang ditembak di kepala mengalami kecederaan parah sebelum meninggal dunia di hospital pukul 9.15 malam hari yang sama.

Terbaru adalah tragedi minggu lepas di Taman Kota Masai di mana seorang ibu meninggalkan anak sebentar di dalam kereta dan kereta itu dilarikan oleh pencuri. Saya tidak tahu sangat tentang cerita ini, jadi tidak bolehlah nak memandai mereka-reka cerita. 

Melihatkan keadaan sekarang, kita jadi tidak selamat. Di mana-manapun jenayah berlaku samada di dalam apatah lagi di luar rumah. Pihak yang sentiasa mencari peluang akan sentiasa mengintai kecuaian dan kelalaian dari kita untuk melakukan perkara-perkara yang kadang-kadang kita rasakan tak sepatutnya berlaku. 
Inilah dunia sekarang di mana terdapat manusia yang tidak takut dengan hukuman buatan manusia. Sekiranya hukum syarak tertegak, insyaallah kejadian seperti ini tidak berlaku kerana hukum syarak itu berbentuk zawajir (pencegah) dan jawabir (penebus dosa). Kalau nak tahu tentang zawajir dan jawabir ni, sila baca buku "HUKUM UQUBAT DALAM ISLAM".
Sebagai ibubapa, pendidikan di rumah juga penting. Berikan kesedaran pada anak bagaimana untuk menjauhkan diri dari orang-orang yang tidak dikenali. Mungkin video ikhidmat masyarakat ini dapat dijadikan panduan. Selamat menonton. 




Saturday, August 6, 2011

LEBUHRAYA PASIR GUDANG ~ DESARU


Hujung minggu ni, orang-orang Kota Tinggi dan gugusan felda dan yang seangkatan dengannnya, kalau nak balik berbuka bersama keluarga bolehlah mencuba lebuhraya baru ini. Kami sekeluarga dahpun merasmikannya sewaktu baru saja ianya dibuka pada pengguna. Waktu tu tiada bayaran tol. Free sebulan. Tak silap saya, sekarang ni dah dikenakan tol sebanyak RM5.90 sehala untuk jarak 25 minit dari tol ke tol. Mahal tu tapi berbaloi kerana tidaklah menempuh jalan lama yang jauh tu. Dan dek kerana jauh, dah berbelas tahun saya tak ke Desaru. Lama tu. Dan kawasan Bandar Penawar juga pesat membangun. Dan banyak sekolah-sekolah yang bagus di tempatkan di sana. 
Mana nak pergi? Kiri @ kanan?

Ke kanan ajelah
Lebuhraya yang tak seperti lebuhraya. Lebuhraya 2 hala dengan kualiti jalan tak seperti lebuhraya

Jambatan yang menghubungkan Pasir Gudang dan Desaru
Jambatan ini merentasi Sungai Johor. Ada yang kata menggerunkan naik jambatan ini. Bagi yang tak pernah naik jambatan Pulau Pinang, mungkin betul kenyataan tapi kalau yang dah, apalah sangat ya PG ~ Desaru ni.
Biasalah, kiri kanan pemandangan ladang kelapa sawit. Juga terdapat kelong-kelong ikan berhampiran dengan sungai. Dan setelah melewati tol, mana tujuan seterusnya....
Ke kanan

Pantai Desaru yang menjadi tumpuan

Tidaklah secantik pantai-pantai di Pantai Timur sana!

Panas terik membuatkan kami tidak berlama di situ
Neng ngelis..! Panas ya...

Namun ada berseronok dengan hari keluarga. Wanita bermain bola di pantai. Hebat sungguh!

Tarikan lain dengan harga yang mahal

Sudah mahu pulang? Oh, tidak lagi....
 Kami ke destinasi seterusnya yang tidak jauh dari situ...
Desaru Fruit Farm
Dan ini yang menyambut kami!
Sebiji

2 biji
Berbiji-biji

Dengan aroma yang menusuk hidung!
Dan ini juga menyambut ketibaan kami!
Sooo sweet! Sooo romantic!
Juga buah-buahan dari ladang berhampiran

Sedap ni buat colek!

Guava

Buah durian belanda penawar penyakit kanser

Buah naga (macamana ya dapat nama ni?)

Ramai yang tak tahu nama buah ni. Inilah buah markisa. Sedap dijadikan jus

Enak sekali dimakan sewaktu hari panas
Baru dipetik dari ladang

Bilalah nak masak pisang ni...

Musuh Cikgu Tamizi. Penyakit angin
Di samping makanan-makanan lain yang harganya agak mahal sebab menjadi tumpuan pelancong dari Singapura

Madu ginseng RM150 sebotol. Pergh...
 Jalan-jalan dan lawatan muhibbah kami ke Desaru dah sampai ke penghujungnya.

Kereta dah semakin banyak

Betul-betul di tengah jambatan

Terima kasih ya Pak Supir kerana bawa kami jalan-jalan!

Thursday, August 4, 2011

DUGAAN BERPUASA

Hari ni dah masuk hari ke 4 umat Islam berpuasa. Anak-anak di tadika yang berpuasa terutamanya sesi petang nampak keletihan. Kering aje bibir, pucat aje muka. Namun begitu ada yang steady sampai ke balik. 
Waktu petang mereka amat seronok. terutamanya bila dibawa ke pasar ramadhan. Mak ayah dan beri green light untuk pilih apa yang dihajati. Maka kiri kananlah penuh ditangan makanan dan minuman. Bila dah sampai waktu berbuka, mereka ini mengambil tugas membaca doa berbuka yang telah diajar olej cikgu-cikgu di tadika.
Beginilah ragamnya. Sama seperti cerita Upin dan Ipin di bawah ini. Selamat menonton!
 

MENARA TELEKOMUNIKASI

10A, JALAN MAWAR 1 merupakan office pertama saya sewaktu mula-mula menceburkan diri dalam perniagaan. Sampai sekarang signboardnya masih ada di lokasi berkenaan. Di situlah saya mula belajar-belajar berniaga dengan membuka kelas tuisyen, kelas komputer dan juga sebagai pusat bahasa. Kalau B. Inggeris, saya akan 'hire; cikgu dari luar. Antaranya adalah Cikgu Adrian (seorang peguam) yang memang minat mengajar dan kelas Bahasa Inggerisnya memang menyeronokkan. Dan seorang lagi adalah Cikgu Rozreen, juga seorang peguam dan sekarang pun dahpun mempunyai lawyer firm sendiri di Taman Molek.
Kalau untuk Bahasa Jepun, sayalah cikgunya. Hai, watashiwa sensei desu.   
Di office ini jugalah tempat kami berehat setelah balik dari tadika. Waktu tu di awal penubuhan, cuma berjalan satu sesi sahaja dan muridnya adalah beberapa orang sahaja. Dan di sinilah saya berjumpa dengan anak comel ini.
Masuk ke office ini bersama bapanya. Anak comel ini malu-malu untuk bersalaman. Kulit yang putih melepak, mewarisi kulit bapanya. Dengan rambutnya yang lurus sampai ke bahu dan muka yang bersih. Muka anak-anak yang masih belum menanggung dosa. Masih terbayang wajah itu hingga ke saat ini.

"Saya nak tanya pasal tadikalah cikgu. Nak daftar tahun depan", kata sang ayah memulakan bicara.
Anak saya ni dah pandai baca. Belajar kat rumah aje". Sambungnya lagi 

Saya menguji anak kecil itu dengan memberikan sebuah majalah dan menyuruhnya membaca artikel pendek. Lalu dibacanya dengan lancar sekali. Saya tidak ingat ayat-ayat yang lain itu tapi yang masih tetap segar adalah perkataan "menara telekomunikasi" yang dibacanya dengan begitu lancar sekali. Wow, saya tergamam. Anak sekecil ini telah dapat membaca selancar ini pada usia belumpun 4 tahun waktu itu. 

Bila memasuki tadika, kepetahan dan kecerdikan anak kecil ini terserlah. Kami sentiasa membawa anak kecil ini dan juga kawan-kawannya yang lain (termasuk Kak Nini) ke demontrasi mental aritmetik @ sempoa di sekolah-sekolah kebangsaan sebab waktu itu saya aktif mempromo kelas mental aritmetik.
Cerita tentang anak kecil ini juga pernah masuk majalah dan suratkhabar dan dah tentunya menjadi kebangggan kedua ibu bapanya, En. Azli dan Pn. Raja Fauziah. 
Tapi ini cerita 12 tahun lepas. Masih segar lagi dalam ingatan saya. Kini anak kecil itu yang bernama Farhah Fakhira Azli sudah tiada lagi di dunia ini. Telah pulang menghadap Rabbnya setelah seminggu koma selepas mengalami kemalangan jalanraya berhampiran kawasan litar. Bagaimanapun, kakaknya yang pulang bercuti dari Australia waktu itu dan memandu kereta selamat dan ibunya mengalami luka-luka bahagian muka dek pecahan cermin dan juga terseliuh kaki sudah semakin sembuh sewaktu kami menziarahi keluarga allahyarhamah minggu lepas.   Memang benar janji Allah,

Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (TMQ Al-Munafiqun (63):11)

Melihat menara telekomunikasi, teringat cikgu akan kamu. Farhah Fakhira Azli, semoga kamu berasemadi bersama orang-orang yang soleh dan solehah. 

Al-fatihah juga buat sahabat perjuangan saya telah pulang ke rahmatullah minggu lepas. Allahyarhamah tabah mengharungi penyakit kanser yang dihidapinya selama 7 tahun. Namun dalam kesakitan itu, beliau masih istiqamah dalam dakwah dan perjuangan Islam. Semoga Allah merahmati beliau.

Firman Allah SWT: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya”. [TMQ Ali 'Imran (3) : 185].

SAYA DAN ANDA BILA LAGI? 
                                                        MUHASABAH DIRI