Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

JAGA KESELAMATAN

Semalam saya menghadiri taklimat dari IPD Sri Alam berkenaan langkah-langkah pencegahan jenayah dan keselamatan di tadika dan taska. Lebih dari 100 orang pengusaha tadika dan taska bawah pentadbiran IPD Sri Alam menghadiri taklimat ringkas ini yang dipengerusikan oleh DSP Saifi Abdul Hamid.  

DSP Saifi Abd, Hamid (berbaju seragam)

Sebahagian dari pengusaha tadika dan taska

 Taklimat ini juga adalah rentetan tentang tragedi yang berlaku di Muar baru-baru ini. Kalau ada yang terlepas pandang tentang cerita ini, boleh baca keratan akhbar di bawah. 

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan saat-saat cemas 30 kanak- kanak dan empat guru yang menjadi tebusan seorang lelaki bersenjatakan tukul besi dan parang di Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang, Sungai Abong, Muar pada 7 Julai lalu.
Lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai kurang siuman dan seorang penagih dadah itu menceroboh masuk tadika tersebut pukul 9.15 pagi sebelum mengurung semua penghuninya.
Setelah rundingan gagal, sepasukan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis menyerbu masuk pukul 3.40 petang dan suspek yang ditembak di kepala mengalami kecederaan parah sebelum meninggal dunia di hospital pukul 9.15 malam hari yang sama.

Terbaru adalah tragedi minggu lepas di Taman Kota Masai di mana seorang ibu meninggalkan anak sebentar di dalam kereta dan kereta itu dilarikan oleh pencuri. Saya tidak tahu sangat tentang cerita ini, jadi tidak bolehlah nak memandai mereka-reka cerita. 

Melihatkan keadaan sekarang, kita jadi tidak selamat. Di mana-manapun jenayah berlaku samada di dalam apatah lagi di luar rumah. Pihak yang sentiasa mencari peluang akan sentiasa mengintai kecuaian dan kelalaian dari kita untuk melakukan perkara-perkara yang kadang-kadang kita rasakan tak sepatutnya berlaku. 
Inilah dunia sekarang di mana terdapat manusia yang tidak takut dengan hukuman buatan manusia. Sekiranya hukum syarak tertegak, insyaallah kejadian seperti ini tidak berlaku kerana hukum syarak itu berbentuk zawajir (pencegah) dan jawabir (penebus dosa). Kalau nak tahu tentang zawajir dan jawabir ni, sila baca buku "HUKUM UQUBAT DALAM ISLAM".
Sebagai ibubapa, pendidikan di rumah juga penting. Berikan kesedaran pada anak bagaimana untuk menjauhkan diri dari orang-orang yang tidak dikenali. Mungkin video ikhidmat masyarakat ini dapat dijadikan panduan. Selamat menonton. 




Thursday, August 4, 2011

DUGAAN BERPUASA

Hari ni dah masuk hari ke 4 umat Islam berpuasa. Anak-anak di tadika yang berpuasa terutamanya sesi petang nampak keletihan. Kering aje bibir, pucat aje muka. Namun begitu ada yang steady sampai ke balik. 
Waktu petang mereka amat seronok. terutamanya bila dibawa ke pasar ramadhan. Mak ayah dan beri green light untuk pilih apa yang dihajati. Maka kiri kananlah penuh ditangan makanan dan minuman. Bila dah sampai waktu berbuka, mereka ini mengambil tugas membaca doa berbuka yang telah diajar olej cikgu-cikgu di tadika.
Beginilah ragamnya. Sama seperti cerita Upin dan Ipin di bawah ini. Selamat menonton!
 

Friday, July 29, 2011

INGAT!

Cuti hujung minggu dan bersambung dengan cuti awal ramadhan Isnin nanti memberikan peluang kepada ramai ibubapa bawa anak-anak balik kampung. Apatah lagi dah nak masuk 'bulan cerah' ni (pay day). Kalau nak makan angin @ cuti-cuti Malaysia, juga boleh asalkan poket penuh. Tapi ingat, berjimat-jimatlah ya dalam situasi ekonomi tak menentu. Amerika dah menunggu masa nak muflis (sila ikuti berita semasa 2 Ogos nanti) dek kerana dasar ekonomi kapitalis, tempiasnya kita juga dan seantero dunia akan turut merasa.
Bila berkereta, ingatkan anak-anak (termasuk semua penumpang) tentang kepentingan menggunakan tali pinggang keledar. Ingat! Jangan kerana takutkan polis sahaja, baru pakai tali pinggang keledar walhal ianya patut dijadikan sebagai satu disiplin sebaik saja menaiki kenderaan. 
Untuk anak-anak, semoga pesanan khidmat masyarakat ini dapat memberikan pendedahan tentang menggunakan tali pinggang keledar. INGAT tu! 


JANGAN TAK PUASA TAU!

Bersahut-sahutan suara anak-anak berlatih membaca niat puasa di TPB dan TIB. Tak kira samada K1 dan K2. Cepat aje anak-anak ini dapat menghafal doa puasa ni walaupun baru diajar. Memang terang hati-hati mereka ini, bergantung kepada bagaimana kita mencorakkannya.
Insyaallah, tiada aral akan mula berpuasalah kita minggu depan. Tapi yang menarik untuk direnungi, anak bulan ramadhan belum menampakkan diri tapi sample-sample kuih raya dah banyak beredar-edar di pasaran samada di rumah-rumah dan perjiranan mahupun di tempat-tempat kerja. Saya juga sempat merasa beberapa sample yang diberikan  kawan-kawan. Bermacam-macam nama, berbagai-bagai rasa, bermacam-macam bentuk dan berbagai-bagai harga. Saya hanya merasa aje, tak adalah menempah sebab kuih-kuih raya buat sendiri. Nak makan tart nanas, jemputlah ke rumah.
Berbalik kepada ramadhan, ada ibubapa yang gusar dan risau kot-kot anak tadika ini tidak dapat berpuasa. Menahan diri dari makan dan minum sepanjang siang hari bukannya satu tugasan yang mudah bagi anak-anak ini. Tapi cubalah latih mereka ini semenjak awal ramadhan lagi. Tak dapat sehari, separuh haripun dah memadai. Tapi bagi kami guru-guru di tadika memang amat menggalakkan anak-anak K2 untuk belajar berpuasa.
Saya juga gusar kot-kot mak-mak ni yang tidak dapat menahan ragam dan rengekan anak-anak yang berpuasa ni. 
Susah-susah benar, berbukalah, tak payah berpuasalah! Hee.. meragam aje
Janganlah sampai begitu! Mendidik dan melatih anak-anak ni memerlukan kesabaran 120%. Banyak tu, dahpun lebih dari limit. Tapi insyaallah, tiap usaha ke arah kebaikan akan ada ganjarannya dan akan berlipat kali ganda di bulan ramadhan ini. Cuba-cubalah minta tolong pakcik google carikan tips-tips mengajar anak berpuasa di alam maya ni.
Dan untuk anak-anak, semoga cerita upin dan ipin dapat memberikan semangat buat mereka. 

SELAMAT BERPUASA DARI SELURUH WARGA MYBISTARI