Showing posts with label hari raya aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label hari raya aidilfitri. Show all posts

Sunday, June 2, 2019

BALIK KAMPUNG.. OOOO.. BALIK KAMPUNG!!


Bismillahirrahmanirrahim.
Kad raya hasil kerja tangan dari murid Taman Mawar.

“Selamat.. selamat hari raya,
Kami ucapkan  pada semua,
Selamat.. Selamat hari raya,
Pada yang miskin atau yang kaya,
Hari yang menyatukan kita semua,
Untuk bersyukur pada Yang maha Esa…”

Antara alunan lagu raya yang menjadi siulan dan nyanyian apabila Syawal menjelang tiba.  Lagi seronok apabila mereka dengan bersemangatnya mendendangkan lagu Balik Kampung. Kiranya itu seperti anthem raya mereka.

“Cikgu, kita puasa separuh-separuh, tapi raya tak payah separuh-separuh kan?” soal seorang murid apabila ditanya sama ada berpuasa atau pun tidak.
“Ala.. tak aci lah macam tu.. kerja nak separuh tapi nak upah penuh..” balasku.
Sempat dia menyengih panjang sebelum berlari masuk semula ke dalam kelas.

“Cikgu.. rumah kita masa puasa pertama dah sambut raya,” cerita seorang murid pula.
“Macam mana tu?” soalku.
“Buka puasa pertama mama dah masak ketupat dengan rendang, macam dah raya pertama,” jawabnya.

Dari dalam bilik Guru Besar terdengar suara seorang murid bertanya kepada gurunya,
“Cikgu, nak nyanyi time buat kerja ni boleh tak?”
“Ok.. nak nyanyi lagu apa?”
“Balik Kampung!!” jerit seorang murid.
“Oooo.. Oooo.. Balik kampung… Ooooo.. Oooo.. Balik kampung..Hati girang..!!” bersemangat sungguh anak-anak murid terus nyanyi, menyambung jeritan kawannya.

Mereka tak tahu, cikgu yang sedang pegang marker di hadapan kelas, hatinya sedang bergetar, tiket balik kampung tak beli lagi.

Itu antara kenangan semasa saya menjadi guru besar di cawangan. Perbualan berkisar tentang raya adalah antara yang sangat mereka nantikan. Pelbagai cerita berkenaan raya yang mereka akan kongsikan. Belum lagi bila mereka mula bercerita berkenaan baju dan kuih raya. Lagi bersemangat bila bercerita berkenaan main bunga api dan berkumpul dengan sanak saudara. Ada kalanya cikgu-cikgu yang pada mulanya kurang bersemangat untuk sambut raya pun akhirnya jadi teruja bila mendengar anak-anak murid bercerita berkenaan sambutan hari raya mereka.

Seperti biasa, bila menjelang hari raya, anak-anak murid dan guru-guru kami akan turut sama sibuk menghias tadika masing-masing. Walaupun  berpuasa, semangat menghias sambutan raya itu seolah-olah penghapus penat berpuasa. Di sini saya kongsikan persiapan sambutan raya di tadika-tadika kami dan juga ucapan-ucapan raya dari  anak-anak murid dan para guru.

Selamat hari raya!!

Persiapan sambutan hari raya oleh para guru (TIB) 

Bermacam aksi anak-anak murid ketika rakaman ucapan selamat hari raya. (TIB)


Ok.. ni decoration yang last! (TIB)

Praktis salam untuk hari raya nanti. (TIMB) 

Seronoknya  Cikgu Farah nak gantung ketupat.. hati-hati jangan terjatuh! (TIMB)

Sibuk dengan tugasan yang diamanahkan. (TIPB)

Alamak Cikgu Fatiha, nak leraikan macam mana ni? (TIPB)

Proses siapkan ketupat untuk hiasan. (TKM)

Jari tu jangan lupa keluarkan, nanti terlilit sekali. (TKM)

Adui.. baru teringat, langsir kat rumah tak tukar lagi.. (TKM)

Kerja sambilan mereka ni, model pelita. (TM)

Anak-anak murid turut serta menyiapkan hiasan hari raya. (TM)

Gigih warnakan ketupat untuk hiasan. (TM)

Mak, abah.. tengok ni, kami tolong hias tadika kami! (TMPB)

Haishhh.. sedap pula bau kuih ni.. (TMPB)

Haaaa.. Cikgu Aina yang susun kuih ni tadi kan? Macam ada kurang je ni.. (TMPB)

Kehadapan ibu yang berada di rumah, buat kuih raya sedap-sedap ya.. (TKM)

Kita sama-sama hias tadika ya! (TNPB)

Kenapa pelita yang ni tak mahu melekat? (TNPB)

Cikgu, kita macam nak menjala ikan je.. (TNPB)

Yang ni kita nak buat bentuk macam mana pula ya? (TS1)

Atas lagi sikit.. atas.. lagi...!! (TS1)

Cikgu!! Kami datang nak tolong hiaskan tadika!! (TS1)

Persiapan akhir menjelang hari raya. (TS2)

Kit hiasan hari raya. (TS2)

Wahhh!! Alhamdulillah lampunya berfungsi dengan baik!! (TS2)

Chef de mission kami, Pn Fiza.

Suasana ketika menghimpunkan semua guru MyBistari Group untuk rakaman ucapan hari raya.

Apa agaknya yang berlaku ketika gambar ini diambil?

Pembantu setia yang memastikan saya tak jatuh dari tangga.

Apa saja asalkan dapat rakaman yang memuaskan.

Di sini juga kami kongsikan video ucapan selamat hari raya dari keluarga besar MyBistari Group. Hebat juga anak-anak kita berlakon dan sampaikan ucapan ya!




Anak-anak murid sudahpun mula bercuti raya. Diharap dalam kesibukan kerja dan juga persiapan untuk menyambut raya, keselamatan anak-anak tetap menjadi keutamaan para ibu bapa / penjaga. 
Ramadhan pun hanya tinggal beberapa hari lagi, jom penuhkan malam terakhir ini dengan solat terawikh yang hanya berbaki sehari dua!

~Cikgu Norifah~
















Sunday, July 16, 2017

HARI UNTUK BERGEMBIRA


Bismillahirrahmanirrahim.

Rasulullah s.a.w bersabda, “ Wahai Abu Bakar, setiap kaum mempunyai hari perayaan untuk bergembira, dan hari ini adalah hari perayaan untuk kita,” (Hadith Riwayat Muslim)

Dan bergembiralah kita pada hari yang telah pihak tadika tetapkan iaitu 9hb Julai 2017 yang lalu. Bukan sahaja anak-anak murid yang bersemangat untuk hadir ke tadika pada hari Ahad yang lepas, guru-guru juga turut merasainya. Hiasan-hiasan tadika yang sudah dinaikkan sebelum cuti hari raya diperkemaskan, dan juga ada yang menambah hiasan yang sedia ada.

“Baru ada feel nak sambut raya kak!” balas cikgu apabila ditegur tentang hiasan yang meriah di halaman luar tadika.

Rasanya ini adalah salah satu hari di mana ke semua murid-murid hadir ke tadika dengan senyuman yang meleret-leret. Mana taknya, pada hari inilah masing-masing dapat melaram dengan baju raya, paling seronok apabila terkena warna baju yang dipakai sama dengan rakan sekelas, lagilah kembang kuncup hidung masing-masing. Terus terang, ketika ini, fokus tiada pada ilmu yang sedang disampaikan oleh guru-guru di hadapan kelas.

Paling seronok ketika ini adalah guru-guru yang ditugaskan menjaga pagar dan menyambut murid. Seronok melihat anak-anak murid turun dari van tadika atau kenderaan ibu bapa mereka, sambil membawa bekalan hari raya yang mahu dikongsi bersama kawan-kawan yang lain. 

“Cikgu!! Kita bawa kuih raya!!” van tak berhenti lagi, sudah mula kedengaran suara-suara teruja mereka.

Alhamdulillah, terima kasih kepada pihak ibu bapa dan penjaga kerana sudi berkongsi rezeki yang ada. Terima kasih juga kerana ada ibu bapa yang mengirimkan duit raya untuk diagih-agihkan kepada rakan sekelas anak. Cuma ingin saya ingatkan di sini, sila maklumkan kepada guru kelas sekiranya ingin meyumbang kepada rakan sekelas anak, kerana ada terjadi yang anak sangat teruja dan telah membahagi-bahagikan sampul raya di dalam van. 

Secara keseluruhannya, dari gambar-gambar dan video yang dikongsikan oleh Puan Zainun dan juga guru besar cawangan, jelas kelihatan sambutan yang meriah di setiap cawangan. Alhamdulillah.

Wajah ceria murid-murid dan guru-guru TIB

Menunggu makanan diedarkan (TIB)

Ada gaya YB tu Firas.. (TM)

Kembar yang sentiasa menceriakan suasana (TM)

Acara makan-makan sudah bermula (TS2)

Tertib menikmati juadah yang disediakan (TS2)

Guru-guru TS1 sedang mengagihkan makanan

Sedia menanti aktiviti seterusnya (TS1)

Yang bukan Islam juga teruja menyambut
hari raya (TIPB)

Mari sini cikgu betulkan tudung awak (TIPB)

Antara juadah yang disumbangkan oleh
ibubapa (TNPB)

Berselera mereka makan (TNPB)

Cantik berpakaian sedondon (TNPB)

Acara bersama guru dan murid (TNPB)

Wahh... kerusi beracun pun ada (TKM)

Terima kasih atas sumbangannya!! (TKM)

Ada juga sambutan hari lahir (TMPB)

Cikgu nak tolong saya habiskan? (TIMB)

Antara perkongsian ibubapa di laman sosial

Terima kasih atas perkongsiannya
Video sambutan hari raya

Sambutan hari raya sudahpun lepas, fokus utama sekarang ini adalah Pertandingan Uji Minda 2017 yang bakal diadakan pada 22hb Julai 2017 (Sabtu). Tak lama lagi tu, kira-kira dalam seminggu sahaja lagi. Bagi anak-anak murid yang terpilih sama ada untuk Uji Minda, Bercerita, ataupun Lego, selamat berlatih ya!! Kita jumpa nanti masa hari pertandingan!!

~Cikgu Norifah~