Bismillahirrahmanirrahim.
 |
Kad raya hasil kerja tangan dari murid Taman Mawar. |
“Selamat..
selamat hari raya,
Kami
ucapkan pada semua,
Selamat..
Selamat hari raya,
Pada yang
miskin atau yang kaya,
Hari yang
menyatukan kita semua,
Untuk
bersyukur pada Yang maha Esa…”
Antara
alunan lagu raya yang menjadi siulan dan nyanyian apabila Syawal menjelang
tiba. Lagi seronok apabila mereka dengan
bersemangatnya mendendangkan lagu Balik Kampung. Kiranya itu seperti anthem
raya mereka.
“Cikgu,
kita puasa separuh-separuh, tapi raya tak payah separuh-separuh kan?” soal seorang
murid apabila ditanya sama ada berpuasa atau pun tidak.
“Ala.. tak
aci lah macam tu.. kerja nak separuh tapi nak upah penuh..” balasku.
Sempat dia
menyengih panjang sebelum berlari masuk semula ke dalam kelas.
“Cikgu..
rumah kita masa puasa pertama dah sambut raya,” cerita seorang murid pula.
“Macam mana
tu?” soalku.
“Buka puasa
pertama mama dah masak ketupat dengan rendang, macam dah raya pertama,”
jawabnya.
Dari dalam bilik Guru Besar terdengar suara seorang murid bertanya kepada gurunya,
“Cikgu, nak
nyanyi time buat kerja ni boleh tak?”
“Ok.. nak
nyanyi lagu apa?”
“Balik
Kampung!!” jerit seorang murid.
“Oooo..
Oooo.. Balik kampung… Ooooo.. Oooo.. Balik kampung..Hati girang..!!”
bersemangat sungguh anak-anak murid terus nyanyi, menyambung jeritan kawannya.
Mereka tak
tahu, cikgu yang sedang pegang marker di hadapan kelas, hatinya sedang
bergetar, tiket balik kampung tak beli lagi.
Itu antara
kenangan semasa saya menjadi guru besar di cawangan. Perbualan berkisar tentang
raya adalah antara yang sangat mereka nantikan. Pelbagai cerita berkenaan raya
yang mereka akan kongsikan. Belum lagi bila mereka mula bercerita berkenaan
baju dan kuih raya. Lagi bersemangat bila bercerita berkenaan main bunga api
dan berkumpul dengan sanak saudara. Ada kalanya cikgu-cikgu yang pada mulanya
kurang bersemangat untuk sambut raya pun akhirnya jadi teruja bila mendengar
anak-anak murid bercerita berkenaan sambutan hari raya mereka.
Seperti
biasa, bila menjelang hari raya, anak-anak murid dan guru-guru kami akan turut
sama sibuk menghias tadika masing-masing. Walaupun berpuasa, semangat menghias sambutan raya itu
seolah-olah penghapus penat berpuasa. Di sini saya kongsikan persiapan sambutan
raya di tadika-tadika kami dan juga ucapan-ucapan raya dari anak-anak murid dan para guru.
Selamat
hari raya!!
 |
Persiapan sambutan hari raya oleh para guru (TIB) |
 |
Bermacam aksi anak-anak murid ketika rakaman ucapan selamat hari raya. (TIB) |
 |
Ok.. ni decoration yang last! (TIB) |
 |
Praktis salam untuk hari raya nanti. (TIMB) |
 |
Seronoknya Cikgu Farah nak gantung ketupat.. hati-hati jangan terjatuh! (TIMB) |
 |
Sibuk dengan tugasan yang diamanahkan. (TIPB) |
 |
Alamak Cikgu Fatiha, nak leraikan macam mana ni? (TIPB) |
 |
Proses siapkan ketupat untuk hiasan. (TKM) |
 |
Jari tu jangan lupa keluarkan, nanti terlilit sekali. (TKM) |
 |
Adui.. baru teringat, langsir kat rumah tak tukar lagi.. (TKM) |
 |
Kerja sambilan mereka ni, model pelita. (TM) |
 |
Anak-anak murid turut serta menyiapkan hiasan hari raya. (TM) |
 |
Gigih warnakan ketupat untuk hiasan. (TM) |
 |
Mak, abah.. tengok ni, kami tolong hias tadika kami! (TMPB) |
 |
Haishhh.. sedap pula bau kuih ni.. (TMPB) |
 |
Haaaa.. Cikgu Aina yang susun kuih ni tadi kan? Macam ada kurang je ni.. (TMPB) |
 |
Kehadapan ibu yang berada di rumah, buat kuih raya sedap-sedap ya.. (TKM) |
 |
Kita sama-sama hias tadika ya! (TNPB) |
 |
Kenapa pelita yang ni tak mahu melekat? (TNPB) |
 |
Cikgu, kita macam nak menjala ikan je.. (TNPB) |
 |
Yang ni kita nak buat bentuk macam mana pula ya? (TS1) |
 |
Atas lagi sikit.. atas.. lagi...!! (TS1) |
 |
Cikgu!! Kami datang nak tolong hiaskan tadika!! (TS1) |
 |
Persiapan akhir menjelang hari raya. (TS2) |
 |
Kit hiasan hari raya. (TS2) |
 |
Wahhh!! Alhamdulillah lampunya berfungsi dengan baik!! (TS2) |
 |
Chef de mission kami, Pn Fiza. |
 |
Suasana ketika menghimpunkan semua guru MyBistari Group untuk rakaman ucapan hari raya. |
 |
Apa agaknya yang berlaku ketika gambar ini diambil? |
 |
Pembantu setia yang memastikan saya tak jatuh dari tangga. |
 |
Apa saja asalkan dapat rakaman yang memuaskan. |
Di sini juga kami kongsikan video ucapan selamat hari raya dari keluarga besar MyBistari Group. Hebat juga anak-anak kita berlakon dan sampaikan ucapan ya!
Anak-anak murid sudahpun mula bercuti raya. Diharap dalam kesibukan kerja dan juga persiapan untuk menyambut raya, keselamatan anak-anak tetap menjadi keutamaan para ibu bapa / penjaga.
Ramadhan pun hanya tinggal beberapa hari lagi, jom penuhkan malam terakhir ini dengan solat terawikh yang hanya berbaki sehari dua!
~Cikgu Norifah~
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.