Showing posts with label sambutan hari raya. Show all posts
Showing posts with label sambutan hari raya. Show all posts

Thursday, June 28, 2018

JOM BERHARI RAYA!


Bismillahirrahmanirrahim.

Selamat hari raya dari kami murid 5 Pintar (TM)

“Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga Allah menerima amalan dari kami dan amal dari kalian.”

Sedar tak sedar sudah dua minggu kita menyambut Aidilfitri. Sekejap sahaja rasanya kita berpuasa. Alhamdulillah, kita semua dapat laluinya dengan tenang dan Insyallah dalam keberkatan. Bila ditanya kepada guru-guru, bagaimana keadaan murid-murid menjalani ibadah puasa tahun ini? Rata-rata memberitahu kebanyakan anak murid semakin matang dari tahun ke setahun.  Untuk beberapa hari sahaja mereka perlu diingatkan tentang apa yang perlu dilakukan apabila tiba waktu rehat. Ada juga yang tidak berpuasa, tetapi telah diajar dan diingatkan oleh ibu bapa mereka untuk menghormati rakan-rakan mereka yang berpuasa.

Sudah seminggu juga anak-anak murid memulakan sesi persekolahan semula.  Tetapi nampak gayanya tak semua murid dan guru bersemangat untuk kembali semua ke sekolah. Senang cerita badan di tadika, tetapi hati masih dalam mood raya. Mana tak nya, ada murid yang hadir ke tadika memakai baju raya. Bersemangat sungguh! Sabar ye dik, memang akan kita adakan sambutan hari raya di tadika.

“Nak bawakan apa ya untuk sambutan hari raya Syaurah nanti?” itulah soalan yang hampir sepanjang minggu juga diajukan oleh teman sebelah meja saya, Puan Shawariah. 

Ini baru yang sepejabat dengan saya, belum lagi ibubapa lain yang berada di dalam whatsapp group, rasanya bermacam-macam soalan juga yang diajukan kepada guru yang berkenaan dengan sambutan hari raya. 

Anak-anak bersemangat fikirkan hendak pakai baju raya yang mana satu untuk dipadankan dengan kasut raya, ibu bapa pula sibuk memikirkan apa yang hendak dibekalkan kepada anak-anak.

Ada juga yang berjanji dengan rakan sekelas untuk mengenakan warna yang sama, jangan tak tahu, anak-anak zaman ini anak-anak yang advanced. Jika dahulu kita berjanji dengan kawan untuk memakai baju hijau, tak kisahlah warna hijau yang mana, tetapi sekarang ini bila sebut sahaja hijau, mereka sesama sendiri sudah mula bersoal jawab.

“Kita ada dua hijau, hijau lime dengan emerald. Nak guna yang mana?”

“Yang emerald lah.. sebab kita ada hijau moss, macam nak dekat sama kan warnanya?”

Maka, terngangalah cikgu yang mendengar perbualan tersebut. Hebat anak-anak zaman sekarang ini. Namun begitu, ada juga yang tidak mahu datang ke tadika dan menangis apabila sampai ke tadika. Janggal mungkin rasanya apabila ke tadika tetapi tidak memakai baju senaman atau uniform tadika. Terpaksalah si ibu memujuk sehingga ke perkarangan sekolah. Tangisan pun reda bila melihatkan semua kawan-kawannya berbaju raya.

Seperti yang diadakan saban tahun, sambutan hari raya di MyBistari Group telahpun selamat diraikan pada 27 Jun 2018. Sambutan diadakan di setiap tadika di bawah MyBistari Group dan ianya berlangsung selepaswaktu rehat bagi setiap sesi.

Terima kasih kami ucapkan kepada para ibubapa dan penjaga yang mengirimkan kuih raya dan juga juadah untuk dikongsi bersama.

Kami kongsikan sebahagian gambar-gambar kemeriahan sambutan hari raya di setiap tadika.

Cikgu Azreen yang kami serapkan semula
ke bahagian pengurusan, ilmunya lebih kami perlukan untuk melancarkan
perjalanan semester 2 di bahagian pengurusan.

Gelagat anak-anak apabila kami suruh beraksi di depan kamera. (TM)

Jom kita bergambar kelas!! (TM)


Haaa..!! Siapa berani nak kacau Cikgu Syikhah kami? Sila mara ke depan
berhadapan dengan kami dahulu!! (TIB)

Selamat hari raya, ucapan kami ikhlas dari hati (TIB)

Alamak, habuk kek masuk mata sayalah (TIB)

Muka kekenyangan semuanya (TIB)
Hari ini birthday dia ni!! (TIMB) 
Lagi.. tiup biar besar lagi!! (TIMB)



Saya dah berdiri atas kerusi ni pun tak cukup tinggi lagilah cikgu,
kenapa cikgu tinggi sangat?

Banyaknya kuih muih yang sedap-sedap (TIMB)
Sediakan barang sebelum pertandingan dimulakan (TIPB)

Sedap pula bila makan ramai-ramai macam ni kan cikgu! (TIPB)

Cikgu Alia tengah beri penerangan tu.. jom kita senyum ada yang ambil
gambar kita! (TIPB)

Setia menanti acara seterusnya. (TIPB)
Cikgu, saya rasa perut saya pun dah kembung
macam belon ni cikgu.. (TKM)

Gaya macam tiup trumpet aje tu Cikgu Juliana (TKM)

Bestnya hari ini!! (TKM)
Kami bukan nak lawan tangan ye, kami tengah tunggu makanan
dihidangkan (TMPB)

Ye.. kami ikut trend semasa! (TMPB)

Takpe, cikgu ambil dari tepi je, tak nak overshadow awak semua. (TMPB)
Perlahan-lahan ye suapkan cikgu air tu.. (TNPB)

Hmmm.. macam pernah tengok lah awak ni..tapi dimana ya?(TNPB)

Rebut kerusi edisi hari raya. (TNPB)

Alhamdulillah.. banyaknya rezeki (TNPB)
Ok, cuba namakan kedua-dua jenis hijau ini. Siapa betul nanti kami
beri hadiah kuih raya (TS1)

Bergambar kenangan hari raya (TS1)

Dah tak larat makan ni cikgu, banyak juadahnya.. (TS1)
Kita bergambar dalam kelas sahajalah, kat luar nanti dah sibuk dengan
aktiviti lain. (TS2)

Muka bahagia Cikgu Marlina, memang dialah selamanya akan ditugaskan di bahagian
makanan. (TS2)

Lagu ini saya tujukan khas untuk ibu saya, Cikgu Faridah dengan ucapan
jangan nakal-nakal masa bekerja, ingatlah orang tersayang. (TS2)

Seronoknya berhari raya!!! (TS2)
Alhamdulillah, sambutan dapat diraikan dalam keadaan meriah dan teratur. Terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada pihak ibubapa dan penjaga yang sudi berkongsi juadah dan juga kuih raya dengan anak-anak di tadika. Kami amat-amat menghargainya.

Jangan lupa mingu ini akan diadakan sesi fotografi murid. Pastikan murid memakai uniform yang lengkap. Bagi yang lelaki dan perempuan yang tidak bertudung, pastikan rambut kemas dan tersisir rapi.  Cikgu Azreen akan ke cawangan-cawangan yang telah ditetapkan mengikut jadual yang ada dinyatakan di dalam surat makluman. 

Jom praktis senyum manis-manis untuk bergambar!!

~Cikgu Norifah~








Sunday, July 16, 2017

HARI UNTUK BERGEMBIRA


Bismillahirrahmanirrahim.

Rasulullah s.a.w bersabda, “ Wahai Abu Bakar, setiap kaum mempunyai hari perayaan untuk bergembira, dan hari ini adalah hari perayaan untuk kita,” (Hadith Riwayat Muslim)

Dan bergembiralah kita pada hari yang telah pihak tadika tetapkan iaitu 9hb Julai 2017 yang lalu. Bukan sahaja anak-anak murid yang bersemangat untuk hadir ke tadika pada hari Ahad yang lepas, guru-guru juga turut merasainya. Hiasan-hiasan tadika yang sudah dinaikkan sebelum cuti hari raya diperkemaskan, dan juga ada yang menambah hiasan yang sedia ada.

“Baru ada feel nak sambut raya kak!” balas cikgu apabila ditegur tentang hiasan yang meriah di halaman luar tadika.

Rasanya ini adalah salah satu hari di mana ke semua murid-murid hadir ke tadika dengan senyuman yang meleret-leret. Mana taknya, pada hari inilah masing-masing dapat melaram dengan baju raya, paling seronok apabila terkena warna baju yang dipakai sama dengan rakan sekelas, lagilah kembang kuncup hidung masing-masing. Terus terang, ketika ini, fokus tiada pada ilmu yang sedang disampaikan oleh guru-guru di hadapan kelas.

Paling seronok ketika ini adalah guru-guru yang ditugaskan menjaga pagar dan menyambut murid. Seronok melihat anak-anak murid turun dari van tadika atau kenderaan ibu bapa mereka, sambil membawa bekalan hari raya yang mahu dikongsi bersama kawan-kawan yang lain. 

“Cikgu!! Kita bawa kuih raya!!” van tak berhenti lagi, sudah mula kedengaran suara-suara teruja mereka.

Alhamdulillah, terima kasih kepada pihak ibu bapa dan penjaga kerana sudi berkongsi rezeki yang ada. Terima kasih juga kerana ada ibu bapa yang mengirimkan duit raya untuk diagih-agihkan kepada rakan sekelas anak. Cuma ingin saya ingatkan di sini, sila maklumkan kepada guru kelas sekiranya ingin meyumbang kepada rakan sekelas anak, kerana ada terjadi yang anak sangat teruja dan telah membahagi-bahagikan sampul raya di dalam van. 

Secara keseluruhannya, dari gambar-gambar dan video yang dikongsikan oleh Puan Zainun dan juga guru besar cawangan, jelas kelihatan sambutan yang meriah di setiap cawangan. Alhamdulillah.

Wajah ceria murid-murid dan guru-guru TIB

Menunggu makanan diedarkan (TIB)

Ada gaya YB tu Firas.. (TM)

Kembar yang sentiasa menceriakan suasana (TM)

Acara makan-makan sudah bermula (TS2)

Tertib menikmati juadah yang disediakan (TS2)

Guru-guru TS1 sedang mengagihkan makanan

Sedia menanti aktiviti seterusnya (TS1)

Yang bukan Islam juga teruja menyambut
hari raya (TIPB)

Mari sini cikgu betulkan tudung awak (TIPB)

Antara juadah yang disumbangkan oleh
ibubapa (TNPB)

Berselera mereka makan (TNPB)

Cantik berpakaian sedondon (TNPB)

Acara bersama guru dan murid (TNPB)

Wahh... kerusi beracun pun ada (TKM)

Terima kasih atas sumbangannya!! (TKM)

Ada juga sambutan hari lahir (TMPB)

Cikgu nak tolong saya habiskan? (TIMB)

Antara perkongsian ibubapa di laman sosial

Terima kasih atas perkongsiannya
Video sambutan hari raya

Sambutan hari raya sudahpun lepas, fokus utama sekarang ini adalah Pertandingan Uji Minda 2017 yang bakal diadakan pada 22hb Julai 2017 (Sabtu). Tak lama lagi tu, kira-kira dalam seminggu sahaja lagi. Bagi anak-anak murid yang terpilih sama ada untuk Uji Minda, Bercerita, ataupun Lego, selamat berlatih ya!! Kita jumpa nanti masa hari pertandingan!!

~Cikgu Norifah~