Bismillahirrahmanirrahim.
|
Ambil peluang bergambar di papan notis peperiksaan (TM) |
Bismillahirrahmanirrahim..
“Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.”
(Saidina Ali Bin Abi Talib)
Semoga segala ilmu yang kami curahkan kepada anak-anak murid dapat keberkatan dariNya. Itulah nikmat yang paling utama dalam proses pembelajaran anak-anak yang diamanahkan kepada kami.
Bila kenang kembali segala macam pengalaman yang kami sama-sama harungi sepanjang tahun ini, dari minggu suai kenal hinggalah ke hari ini, antara minggu –minggu terakhir dengan mereka, sibuk dengan latihan untuk persembahan di Hari Anugerah Cemerlang yang bakal berlangsung pada akhir bulan nanti, Alhamdulillah.. kami mampu tersenyum dengan rasa bangga.
Minggu lepas telahpun kami adakan Hari Terbuka Semester Akhir 2017. Kehadiran para ibu bapa dan penjaga pada kami amat memuaskan. Terima kasih kerana datang untuk luangkan masa berbincang dan berkongsi prestasi anak-anak walaupun ada diantara mereka yang tidak akan bersama kami lagi untuk tahun hadapan.
Maaf dari pihak kami sekiranya ada jawapan dari guru-guru kami yang kurang memuaskan hati para ibu bapa. Terus terang, sebagaimana gementarnya ibu bapa hendak lihat pencapaian anak-anak, begitu jugalah gementarnya para guru kami untuk berhadapan dan menjawab segala persoalan yang ibubapa sediakan untuk mereka. Kami guru-guru lama pun masih ada rasa gementar tu. Bukan mudah untuk memberi penjelasan kepada para ibu bapa sekiranya apa yang mereka harapkan tidak tercapai. Ada di antara para ibubapa yang secara terus memarahi anak-anak di hadapan guru apabila prestasinya kurang memuaskan. Ibu, ayah.. anak juga ada rasa malu dan maruah mereka sendiri, kalau nak marah, tunggulah sehingga berada di dalam kereta ataupun di rumah. Kami di sini juga sebolehnya mahu menggilap segala potensi yang ada pada anak-anak yang diamanahkan kepada kami. Mungkin ada murid yang kurang menyerlah dalam bidang akademik, tetapi dari segi pengurusan diri dan bersosial, ada peningkatannya. Cuba kita sama-sama cari sisi positif dalam diri anak-anak kita ya.
|
Sambutan yang memuaskan dari ibu bapa (TIB) |
|
Apa yang dibualkan tu ya Pn Amalina? (TIB) |
|
Ini puan boleh tengok prestasi hafalan bulanannya. (TM) |
|
Mari saya kongsikan berkenaan anak puan. (TS1) |
|
Semangat tu Cik Rabiatul terangkan pada ibu tu. (TS1) |
|
Suasana yang meriah di TIPB. |
|
Seriusnya tu Cik Yasmin. (TNPB) |
|
Adalah tu yang menggelikan hati ya. (TS1) |
|
Terima kasih atas sokongan yang diberi. Satu keluarga datang untuk hari terbuka.(TMPB) |
|
Suasana perjumpaan di TIMB. |
|
Masih sempat berposing lagi. (TIMB) |
Terima kasih kami ucapkan kepada ibubapa yang memberikan hadiah dan penghargaan kepada guru-guru yang mengajar anak-anak mereka. Bukan itu yang kami harapkan, apa yang lebih menggembirakan kami adalah apabila dapat turut sama membantu proses perkembangan anak-anak yang di bawah jagaan kami. Lebih gembira lagi apabila ada pihak ibubapa yang sudi berkongsi kasih sayang anak mereka dengan kami, rajin bercerita tentang anak-anak mereka, samada yang masih belajar di tadika mahupun yang berada di sekolah kebangsaan dan menengah. Ketika hari terbuka ini jugalah masa untuk kami berjumpa dengan para ibubapa lama, ibubapa yang pernah ada anaknya bersama dengan kami dahulu. Tiada yang lebih membanggakan para guru dari dapat tahu anak-anak murid yang sudah berbelas tahun tak jumpa masih ingat pada cikgu tadikanya.
|
Kata-kata penaik semangat untuk cikgu. (TNPB) |
|
Bunga untuk para guru. (TIB) |
|
Hadiah tanda ingatan dari guru kepada murid yang cemerlang. |
|
Terima kasih keknya ya! (TIB) |
|
Ini yang paling win! (TMPB) |
Seperti biasa, antara perkara yang ditunggu-tunggu setiap kali hari terbuka adalah papan notis keputusan anak-anak murid, tempat di mana para guru menyerlahkan kreativiti mereka. Cantik-cantik semuanya, berbaloi penat lelah guru membahagikan masa diantara tugasan wajib harian di tadika dan juga tugasan menyiapkan papan notis keputusan peperiksaan. Terima kasih dan tahniah dari kami pihak pengurusan kepada guru-guru kami. Mungkin berkat bawa pergi jalan-jalan hari itu dapat suntik semangat semua untuk hasilkan yang terbaik ya? Jalan-jalan tu sebenarnya penting untuk menaikkan semangat, sesekali nak juga tengok dunia luar dari Pasir Gudang kan? Bab kenangan bercuti tu nanti akan saya ceritakan dalam posting yang lain ya.
|
Photo booth di TS2 |
|
Papan notis di TKM |
|
Meriah papan notis TKM |
|
Tema taman permainan (TNPB) |
|
Ibu bapa sedang menelek papan notis (TNPB) |
|
Comel naga tu tersenyum (TS1) |
|
Puas tengok papan notis ni besar (TS1) |
|
Comel sahaja papan notis TIMB |
|
Kreatif cikgu-cikgu kami (TIPB) |
|
Suka tengok gelongsor tu (TMPB) |
|
Bergambar dengan semua guru TIMB |
|
Bila anak-anak murid dijadikan watak kartun (TM) |
|
Bergambar dahulu sebelum balik (TNPB) |
Masih ada
beberapa lagi aktiviti yang murid K2 lalui sebelum pergi meninggalkan tadika.
Kita masih ada lagi lawatan ke Perpustakaan Awam Pasir Gudang, Majlis Akhir Tahun
dan juga Hari Anugerah Cemerlang 2017. Sekarang ini pun murid-murid yang telah
menghantar borang penyertaan persembahan sedang rancak berlatih. Kami amat
berharap bagi baki ketiga-tiga aktiviti itu murid-murid K2 dapat turut serta.
Saya nak sambung tengok anak-anak murid buat latihan bergendang ni, jom kita
berjumpa di Hari Anugerah Cemerlang 2017.
~Cikgu Norifah~
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.