Praktikal solat di Taman Mawar |
Bismillahirrahmanirrahim.
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Surah Ibrahim, Ayat 40)
Memandangkan Semester 2 2017 ini sudah menghampiri garisan penamat, beberapa aktiviti telah pun dirancang untuk murid-murid di tadika. Tapi kebanyakkan aktiviti ini kami khususkan pada murid-murid K2, maklumlah ini adalah tahun terakhir mereka bersama-sama kami.
Dalam sibuk mereka mengadakan latihan persembahan untuk Hari Anugerah Cemerlang 2017, sempat juga kami selitkan aktiviti lawatan ke Perpustakaan Awam Pasir Gudang. Aktiviti yang sedang berlangsung ini dimulakan dahulu dengan Tadika Nur Pintar Bestari, tak dapatlah kami nak adakan lawatan secara serentak semua cawangan, kapasiti tempat dengan jumlah murid tidak bersesuaian. Nanti kita ceritakan ye pengalaman mereka yang mengunjungi perpustakaan. Untuk kali ini saya ingin kongsikan gelagat anak-anak ini semasa praktikal solat diadakan di tadika masing-masing.
Bersemangat sungguh mereka. Siap ada yang minta ibu bapa belikan telekung dan kopiah yang baru untuk dibawa ke tadika. Ada yang berani tawar diri untuk jadi imam solat, tak sempat cikgu cakap apa-apa lagi sudah ke depan bersedia untuk imamkan solat. Ada juga yang malu-malu, terpaksa dipujuk untuk menjadi imam, tetapi bila sudah mula solat, keyakinan dirinya semakin tinggi.
Sejuk hati kami melihat anak-anak ini solat berjemaah, mari kita sama-sama saksikan gelagat mereka.
Kita ambil wuduk dulu ya! (TIMB) |
Cikgu ada untuk tunjuk ajar cara yang betul berwuduk. (TIPB) |
Ada yang tahu caranya, jadi cikgu cuma memantau sahaja. (TIMB) |
Sudah lengkap memakai telekung, tunggu cikgu panggil untuk praktikal solat. (TIPB) |
Walaupun jumlah muridnya sedikit, aktiviti ini tetap dijalankan (TADIKA INTELEK MINDA BESTARI) |
Khuysuk solatnya. (TMPB) |
Sejuk hati bila lihat mereka begini. (TKM) |
Tadah tangan mendoakan kesejahteraan ibu bapa. (TIMB) |
Luruskan saf!!! (TS2) |
Tertib sujudnya. (TS1) |
Alhamdulillah, ramai yang mengaminkan doa imam. (TS1) |
Guru memantau perjalanan praktikal solat. (TM) |
Alhamdulillah, penangan praktikal solat yang dijalankan di tadika, ada murid yang memberitahu sudah mula melakukan ibadah solat di rumah. Diharap berterusan ya, jangan pada awal sahaja yang bersemangat. Ibu bapa pun silalah berikan sokongan dan dorongan kepada anak-anak untuk sama-sama menunaikan solat, supaya mereka tahu dan faham kewajipan menunaikannya sejak dari kecil lagi.
Selain daripada aktiviti ini, guru-guru menjalankan aktiviti lain bersama murid-murid, contohnya membuat sandwich telur dan juga sandwich coklat. Itu akan saya kongsikan di posting yang lain.
Bagi ibu bapa, jangan lupa untuk luangkan sedikit masa memberi komen ya! Ianya amat kami hargai!
~Cikgu Norifah~
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.