Sunday, November 12, 2017

JAKARTA, KAMI DATANG

4 November 2017

Assalamualaikum, 
Dear GB..
✅❤ Fazlini
✅ ❤Umaisah
✅ ❤Nadhirah
✅ ❤Siti Aminah
Please check your h/phone ...
Perasaan mula tidak keruan apabila "Ladyboss" memberi wasap sebegitu rupa. Tanpa berlengah saya mencapai h/phone dan alagkah terkejutnya apabila mendapat perkhabaran sebegini.
Alhamdulillah, kalau 2 tahun lepas trip kami ke USS SINGAPORE, dan tahun ini rezeki kami ke JAKARTA & BOGOR, INDONESIA pula. Alhamdulillah sekali lagi, rezeki dibawa berjalan-jalan yang tidak diduga. 
Hari berganti hari akhirnya tanggal 4hb November 2017 (Sabtu) masa yang dinantikan telah tiba..Pukul  6pm kami berkumpul di Lapangan Terbang Senai dan pesawat kami di jangka terbang pada 7.35pm..

Setelah siap check in dan pemeriksaan kastam kami berehat sebentar di ruangan yang disediakan..

Jakarta, Bogor - kami datang..Bi iznillah


Masa berlalu. Jam tepat menunjukkan 8.30mlm, namun pesawat kami masih tidak lagi kelihatan. Yang ditunggu tidak juga tiba, semua penumpang nampak gelisah. Namun ada sebahagian peminat tegar bolasepak yang tidak melepaskan peluang menonton Piala Malaysia. Ruang menunggu yang sedikit hangat bertambah hangat dengan teriakan "GOL" 
Makluman dari AirAsia menyatakan pesawat akan berlepas jam 11.40 malam, namun pesawat tidak juga kunjung tiba. Kami diberikan makanan dan air sebagai tanda belas ihsan kerana menunggu sebegitu lama.  Al Fatih juga nampak kebosanan dan mengajak Pn. Zai balik kerumah..Alahai anak! 

Pn. Zai mendapatkan kepastian dari pihak Air Asia. Rupanya pesawat yang akan ke Jakarta adalah dari Penang. Disebabkan ribut dan hujan yang lebat melanda Penang waktu itu, maka pesawat terpaksa ke Langkawi dan bila semuanya stabil, barulah menurun dan mengambil penumpang di Penang menuju ke Johor Bahru. Penerbangan ke Jakarta dari Johor Bahru tiada masalah tetapi dari Jakarta ke Johor Bahru pula tidak dapat dibuat kerana telah melewati "fying hours" yang ditetapkan. Jadi untuk ke Jakarta, perlu menunggu pesawat dari Kuching. Begitulah, manusia cuma mampu merancang, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang. 


Makanan untuk orang-orang yang 'mereput' di airport
Akhirnya, kami berlepas ke Jakarta jam 1.00 pagi. dan selamat tiba di LapanganTerbang Soekarno-Hatta jam 2.00 pagi waktu tempatan (3.00 pagi waktu Malaysia)

"THE MOST FREQUENT FLYER"

Alhamdulillah, menjejakkan kaki di Jakarta.
Sempat lagi kami posing sementara menunggu Pn. Zai dan Al Fatih turun dari pesawat
Namun bas (damri) kami untuk ke Bogor sudah habis perkhidmatan. Damri hanya akan bertolak pada pukul 5 pagi, jadi kami bermalam di airport sementara menungu sehingga bas datang..Syukur kerana perkhidmatan wifi di Bandara amat memuaskan dan ini membolehkan kami update perkembangan kepada keluarga terdekat. 


Dan pada masa yang sama, Pn. Zai sempat pula mengarang MAKLUMAN berkenaan CUTI KHAS KEMENANGAN JDT sebab masing-masing ibubapa bertanyakan perihal tersebut.
Usai solat subuh 4.15 pagi, kami ke tempat Damri untuk meneruskan perjalanan dan agenda seterusnya. 

Kesian Si Comel yang kepenatan
~ NOOR FAZLINI ~ 
~ GB TADIKA NUR PINTAR BESTARI, TAMAN RINTING ~

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.