“Janganlah
berprasangka buruk kepada kata-kata yang tidak baik dari mulut seorang muslim,
sementara engkau mungkin mendapatkan kemungkinan baik daripadanya.”
-Saidina
Umar Al Khattab-
Bismillahirrahmanirrahim.
“Tak lena tidur
kita malam tadi kak, berdebar tunggu parents nak datang ni,” Cikgu Zalikha
membuka bicara apabila saya datang duduk di hadapannya.
“Dalam
ramai-ramai, parents mana yang mendebarkan?” soal saya padanya.
“Yang ini,”
jari telunjuknya disuakan ke beberapa barisan nama murid di tangga akhir
analisa pemarkahan.
Situasi
yang kami, guru-guru hadapi saban tahun. Berdebar untuk berhadapan dengan ibu
bapa yang keputusan anaknya kurang memuaskan. Rasa bersalah dan segan beraja
dalam diri kami. Selama hampir 6 bulan, anak-anak di amanahkan kepada kami,
jika boleh kami mahu semuanya mendapat keputusan yang cemerlang dan memuaskan
hati ibu bapa. Usaha dari pihak guru tak pernah putus dalam mendidik anak-anak
murid mereka.
Dari Cikgu
Zalikha, saya ke Cikgu Aliyah pula. Mahu juga dengar pandangan guru yang baru
pertama kali turut serta dalam hari terbuka. Cikgu Aliyah ini terkenal dengan
sikapnya yang bersungguh dalam bekerja dan juga bercerita. Semasa saya turun ke
bawah untuk melihat suasana hari terbuka, bersemangat saya nampak dia sedang
bercerita dengan Encik Tamizi. Teringin juga nak tahu cerita apa yang menyebabkan
Encik Tamizi tekun mendengarnya.
“Ni lah
Cikgu Ifah, kita cerita pasal anak murid kita yang bermasalah pada dia. Keluar masuk
kelas sesuka hati. Ingat tak sampai ada yang kita kejar keluar tadika dalam
hujan awal tahun dulu?” penuh gaya dia bercerita.
Saya
tersenyum dan menganggukkan kepala. Itu juga antara resam aktiviti awal tahun
kami, mengejar murid yang tak mahu masuk kelas. Teringat pula pengalaman
sendiri yang sama-sama duduk di atas bumbung kereta wira apabila murid tersebut
lari dan memanjat bumbung kereta ayahnya. Alhamdulillah selepas kejadian itu
kami jadi kamceng, berkat duduk bersembang atas bumbung kereta mungkin.
“Habis tu
ayah dia cakap apa?” berbalik semula pada cerita Cikgu Aliyah.
“Ayah dia cuma
diam, angguk-angguk kepala aje. Suruh tulis dekat borang komen pun taknak,” balas
Cikgu Aliyah.
“Ada juga
parents yang agak susah nak berbincang pasal anak mereka, kan?” tambahnya lagi.
“Biasalah tu..
cara setiap orang berbeza. Ni tak jumpa lagi jenis parents yang suka bercerita,
kita pula yang terdiam nanti,” tersengih dia mendengar kata-kata saya.
“Tapikan,
best juga hari terbuka ni. Permasalahan murid-murid kita dapat bincang terus
dengan ibu bapa, sebab ada masanya macam kurang puas berbincang di telefon.
Baru dapat tahu, ada murid yang lain perangainya di sekolah dan di rumah. Macam
tak percaya bila parents beritahu kat rumah anaknya tak banyak cakap, sedangkan
kat kelas dialah wartawan kelas. Ada yang diam, tapi bila kat rumah suka ajuk
cara cikgu mengajar, rasa macam nak pergi aje ke rumah tengok gaya mereka,” dia
menyuarakan pendapatnya.
“Sedap
berbincang kalau anak dapat keputusan ok, kalau dapat yang kurang ok tu yang
berpeluh nak menerangkannya,” sampuk Cikgu Zalikha yang duduk di meja sebelah.
“Konsep
ikhlas, Ika..” balas Cikgu Nurul yang turut serta bersama kami.
Waktu-waktu
begini tak ramai ibu bapa yang hadir, jadi cikgu-cikgu dapatlah melawat meja
rakan-rakan yang lain, berbincang tentang permasalahan yang ada.
“Ye betul..
ikhlas, tapi ada masa ikhlas tu macam lari bila dengar komen-komen yang negatif.
Kita cuba follow up dengan parents ni bila ada masalah, jawapannya ya.. cikgu
ya.. tapi bila anaknya tak dapat buat dengan baik, kita pula yang
dipersalahkan, sedihlah hati ni,” terpancar rasa sedih di raut wajahnya.
Itu antara
situasi yang dapat saya kongsikan untuk tatapan ibu bapa. Sedikit luahan dan
perasaan cikgu setiap kali berhadapan dengan ibu bapa ketika hari terbuka. Hari
yang sangat-sangat mendebarkan bagi semua tenaga pengajar di MyBistari Group. Tidak
bermakna kami tidak terbuka untuk menerima komen dan kritikan, tetapi diharap
apa yang diucapkan dan dilontarkan kepada cikgu-cikgu adalah dalam keadaan yang
berhemah dan tenang.
Seperkara lagi yang amat ditunggu-tunggu oleh ibu bapa dan guru-guru yang lain ketika hari terbuka adalah hiasan papan notis. Sudah menjadi seperti satu pertandingan, saban semester setiap cawangan akan cuba menghasilkan papan notis yang menarik dan kreatif untuk tatapan semua. Kali ini seperti tahun yang terdahulu Tadika Pintar Bistari Kota Masai 2 berjaya mengungguli juara papan notis. Tahniah kami ucapkan! Bagi cawangan yang lain, jangan putus asa, teruskan lagi usaha!! Setiap papan notis yang dihasilkan cantik dan kreatif bagi kami, cuma sang juara lebih menarik perhatian dan hati kami.
Top 3 Taman Kota Masai 2 |
Cantiknya 3D ni.. |
Thomas & Friends.. kreatif landasan dibuat dari cotton bud |
Musim salji di Taman Mawar |
Princess Sofia di Taman Kota Masai 1 |
Keseluruhan papan notis Taman Kota Masai 1 |
Boboiboy datang ke Tadika Ilmu Pintar Bestari |
Super wings di Tadika Nur Pintar Bestari |
Ana dan Elsa melawat Tadika Pintar Bistari Taman Mawar |
Rasanya cukuplah
setakat itu cerita yang dapat saya kongsikan pada entri kali ini.
Jom, kita
tengok gelagat tetamu dan juga cikgu-cikgu di hari terbuka!
Apa agaknya yang dibincangkan oleh mereka berdua ye! |
Tersenyum Cikgu Ainol kita, berpuas hati mungkin perbincangan dengan ibu murid. |
~Cikgu Norifah~
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.