Friday, March 9, 2012

SELAMAT BERCUTI

Hari ini Jumaat, hari terakhir anak-anak di tadika sebelum bercuti seminggu bermula Isnin depan. Dan saya yakin, ramai ibubapa yang telah membuat perancangan awal membawa anak-anak "cuti-cuti Malaysia". Paling tidakpun, balik kampung jenguk atuk nenek sementelah cuti panjang begini jarang yang dapat. 
Sekadar nak bawa anak-anak bercuti kat Malaysia ni, banyak tempat yang menarik dan kalau musim cuti sekolah macam ini, dah tentunya tempat-tempat tumpuan tersebut susah untuk mendapatkan tempat penginapan. Melainkan perancangan awal telah dibuat, tentunya tidak menjadi masalah besar. 
Beberapa cadangan dari saya untuk membawa anak-anak berjalan-jalan. Antaranya:
Menaiki feri dari Pulau Pinang ke Seberang Perai. Tentunya menyeronokkan anak-anak dengan pengalaman baru.
Sambil melihat Jambatan Pulau Pinang
Atau ke Pulau Langkawi...
Melihat keindahan Pantai Cenang
Menaiki cable-car di Gunung Mat Chincang, Langkawi
Sambil-sambil meneropong pulau-pulau dan keindahan sekelilingnya.
Ini hanya sebahagian koleksi lama kami. Mungkin ada ibubapa yang punya koleksi yang lebih baik dan bagus. Apa salahnya berkongsi. 

Namun begitu, perlu diingatkan kepada anak-anak tentang worksheet yang perlu mereka siapkan yang diedarkan oleh cikgu masing-masing pada hari ini. Program reading juga perlu dibaca di rumah setiap hari. Doa-doa dan surah-surah hafalan perlu dipraktikkan setiap masa. Kerana dari pengalaman dan pengamatan saya, selepas naik cuti, anak-anak ni "blurr" @ lupa setelah seminggu bercuti. Harap-harap tidak terjadilah pada anak-anak Pintar Bistari.

Walaupun dalam cuti, tapi cikgu-cikgu ada program di tadika. Kami akan mengadakan Program Pemantapan Syahsiyah dari Rabu hingga Sabtu depan. Sekiranya ibubapa ada urusan dengan pihak tadika, silalah datang ke sana. Cawangan yang lain ditutup kerana kami semuanya akan berkumpul di Taman Mawar.


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.