Pihak kami telah menerima banyak pendaftaran bagi K1 (2013) bagi anak-anak yang dilahirkan pada 2008. Anak-anak ini akan bersekolah rendah pada tahun 2015. Tetapi ramai ibubapa yang tidak mengetahui bahawa anak-anak yang dilahirkan pada 1hb ~ 15hb Januari 2008 sepatutnya dimasukkan ke darjah 1 sekolah rendah pada tahun 2014 pada usia mereka 6 tahun. Jadi kepada ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana, sila semak sijil kelahiran @ mykid anak anda. Jika anak dilahirkan awal Januari, mereka sepatutnya memasuki K1 pada tahun ini (2012) dan bukannya...
Tuesday, March 27, 2012
LAWATAN KTM DIBATALKAN
Adalah dimaklumkan bahawa lawatan dengan Keretapi Tanah Melayu ke Gunung Lambak terpaksa dibatalkan. Saya menerima berita dari KTM mengatakan bahawa perkhidmatan KTM dari JB ke Kluang terpaksa dihentikan kerana terdapat kegelinciran train kargo minggu lepas yang tidak memungkinkan pihak mereka meneruskan perkhidmatan buat sementara waktu
Sebagai alternatif:
1) Satu program lawatan baru akan dirangka dan surat makluman tentang perkara ini akan diedarkan kepada semua murid K2 dalam minggu ini.
2) Lawatan akan diselaraskan bagi semua...
Sunday, March 25, 2012
DAY 1 (ISTANBUL ~ BURSA)
25 Feb 2012
Kami memulakan perjalanan dari Istanbul ke Bursa dengan coach dan menaiki jambatan yang menghubungkan antara Benua Eropah dan Benua Asia. Kebetulan hari Sabtu, jadi tiada traffic jam sepanjang perjalanan yang mengambil masa 4 jam. Sepanjang perjalanan, Abdulhamit menerangkan kepada kami tentang aturcara selama 10 hari seperti yang telah ditetapkan.
Pemandangan dari Benua Eropah yang menampakkan Tower of Galata
Dalam masa...
KONSTANTINOPEL (ISTANBUL)
Kenapa Turki? Itulah pertanyaan yang ditanyakan kepada kami bila ke Turki baru-baru ini. Bukan keinginan kami hanya untuk melihat Hagia Sophia, Masjid Biru, Istana Topkapi, Selat Tanduk Emas, Selat Bhosporus, City Wall (Kota Konstantinopel) , namun sebenarnya lebih dari itu.
Masjid Biru (luaran)
Dalam Masjid Biru
Keindahan kubah masjid yang tiada taranya
Hagia Sophia (sebelumnya gereja, kemudian masjid dan sekarang muzium)
Istana...