Esok hari terbuka di semua cawangan TPB dan juga TIB. Gunakan peluang yang ada untuk berbincang tentang prestasi anak-anak bersama-sama cikgu kelas. Sekiranya berpuashati, ucapan terima kasih sudah memadai. Andai sebaliknya, berbincanglah dengan hikmah.
Anak-anak dicutikan esok. Apa kata bawa mereka bersama-sama. Tentunya lebih seronok. Walaupun dah tahu keputusan melalui laman web tapi datanglah juga untuk bertemu cikgu-cikgu. Kami dah buat persiapan yang seadanya bagi menyambut kedatangan ibubapa. Ini saja peluang yang ada. Setahun hanya 2 kali.
Koleksi gambar Hari Terbuka |
Saya dan Cikgu Tamizi, insyaallah akan turut sama melawat tadika. Ke mana dulu, masih belum buat keputusan. Insyaallah, kalau ada rezeki, dapatlah kita berjumpa esok ya.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.