Saturday, October 29, 2011

HARI TERBUKA SEM 2

Saya paparkan gambar sahaja untuk tatapan semua. Seronok lihat gelagat ibubapa dan anak-anak. Namun paling seronok bila ada yang berkata, Oooo, ini rupanya Pn. Zainun! Almaklumlah saya ni low profile. Buat kerja belakang tabir sahaja. Di Taman Kota Masai 2 Ibubapa ada hal. Wakilkan kakak sahaja Saling bermaafan Di Kota Masai 1 Sempat juga cikgu buat demo sempoa Sokongan 1 keluarga Seronok dengan gambar masing-masing. Mural...

TADIKA INI TIDAK BAGUS

Terasa amat penat. Almaklumlah seharian ke cawangan-cawangan berjumpa ibubapa sempena hari terbuka. Itupun tak sempat saya menjengah ibubapa yang datang ke Taman Mawar, kerana selepas ke Taman Rinting, terus aje berbelanja cenderahati untuk anak-anak sempena Hari Anugerah Cemerlang (HAC) nanti.Usai solat maghrib dan membaca beberapa lembar Al-Quran, mata sepertinya tidak boleh dibuka lagi. Ah, landinglah sekejap, detik hati. Take 5 sementara menunggu...

Thursday, October 27, 2011

HARI TERBUKA

Esok hari terbuka di semua cawangan TPB dan juga TIB. Gunakan peluang yang ada untuk berbincang tentang prestasi anak-anak bersama-sama cikgu kelas. Sekiranya berpuashati, ucapan terima kasih sudah memadai. Andai sebaliknya, berbincanglah dengan hikmah. Anak-anak dicutikan esok. Apa kata bawa mereka bersama-sama. Tentunya lebih seronok. Walaupun dah tahu keputusan melalui laman web tapi datanglah juga untuk bertemu cikgu-cikgu. Kami dah buat...

MACAM-MACAM RASA

Berbaris-baris senarai username di lamanweb tadika semenjak awal pagi tadi. Debaran ibubapa untuk melihat keputusan anak-masing-masing telah tercapai. Macam-macam rasa ada. Sudah pastilah seronok bila melihat kedudukan anak di ranking yang terbaik. Tidak kurang ada yang kecewa kerana keputusan anak tidak memberangsangkan. Peperiksaan di tadika bukanlah segah seperti UPSR, PMR ataupun SPM. Penilaian bukan hanya kepada markah-markah di dalam kertas...

Saturday, October 22, 2011

KEPUTUSAN DAN USERNAME

Keputusan peperiksaan semester 2 masih belum diuploadkan di laman web tadika. Bagi membolehkan ibubapa melihat dan meneliti keputusan anak-anak, username perlu digunakan semasa login. Sila gunakan username yang sama seperti username semester 1 dulu, termasuk juga anak-anak K1 yang telah bertukar kelas dari kelas biasa ke kelas bistari. Sila rujuk senarai username di lamanw...

Friday, October 21, 2011

PROGRAM DI INOVASI

Wah, dah lama saya tidak menulis. Rindu rasanya nak berkongsi cerita. Kali ini saya akan bercerita tentang Tadika Inovasi Bestari. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Tadika Inovasi Bestari (TIB) adalah sebahagian dari Tadika Pintar Bistari. Kalau dah sebahagian, kenapa namanya tak sama ya?TIB mula beroperasi pada awal tahun ini dengan jumlah murid hanya 36 orang. Bagi saya ini permulaan yang baik bagi sebuah tadika yang baru. Terdapat 2 kelas K1...

Friday, October 7, 2011

DAH SEDIA?

Isnin sehingga Khamis minggu depan, anak-anak akan menghadapi peperiksaan semester 2. Kebanyakan silibus dahpun habis dan sepanjang minggu ini, cikgu-cikgu sibuk membuat ulangkaji di dalam kelas masing-masing sebagai persiapan peperiksaan. Sebenarrnya tak perlulah dirisaukan sangat tentang peperiksaan anak-anak tadika ni, insyaallah kalau mereka dapat buat worksheet, dapatlah mereka buat dalam peperiksaan nanti.Semua worksheet semester 2 telahpun...

Tuesday, October 4, 2011

CIKGU-CIKGUKU

Ini semuanya gambar-gambar cikgu saya yang diambil selepas pertandingan MA lepas. Semoga anak-anak didik dapat melepaskan rindu pada cikgu mereka bila melihat gambar-gambar ini. Biasanya setiap event, warna pakaian kami sama tapi sempena tema hari raya kali ini, maka inilah baju raya masing-masing. Berwarna-warni. Cikgu Juliana, Azyanti & Siti Aminah (TIB) Cikgu Kamila, Anita, Siti Khadijah, Sufiah, Hazila, Norhaidah & Norashikin (TS2) Cikgu...