Alhamdulillah, hanya ucapan itu yang mampu dipanjatkan kepada Allah SWT. Usai sudah majlis PERTANDINGAN MENTAL ARITMETIK pada minggu lepas. Raptai yang dibuat pada hari Sabtu, 24 September dan majlis sebenar pada berikutnya.
Penat. Memanglah penat untuk menyelenggarkan sebuah majlis yang mana anak-anak 5 dan 6 tahun mengambil bahagian. Mereka ini semua perlu dilatih samada dalam pertandingan sempoa, lebih-lebih lagi bahagian persembahan....
Friday, September 30, 2011
Wednesday, September 21, 2011
NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK (TAMAN SCIENTEX 2 SAHAJA)
Gangguan lagi !! Pihak kami cuma dapat tahu dari ibubapa dan pemandu van berkenaan perkara ini. Tiada surat yang kami terima. Kami hanya dapat memberikan surat makluman mengenai perkara ini pada murid-murid sesi petang sahaja. Murid-murid sesi pagi akan dimaklumkan melalui telefon oleh GB. Berikut adalah salinan surat yang diberikan kepada murid.
KEPADA: Ibubapa /Penjaga/Pengendali pengangkutan ...
Tuesday, September 20, 2011
NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK (TAMAN KOTA MASAI SAHAJA)
Esok, 21 September, 2011 (Rabu), anak-anak TPB cawangan TKM dan TKM2 dicutikan kerana gangguan bekalan elektrik. Surat makluman tentang perkara ini telah diedarkan kepada semua murid hari ini.
Walaupun banyak aktiviti yang terganggu akibat masalah ini, pihak kami tidak dapat elakkan kerana suasana P & P yang tidak selesa kerana ketiadaan elaktrik.
Kerjasama dan perhatian dari semua ibubapa di dahului dengan terima kas...
Tuesday, September 13, 2011
SEMOGA BERJAYA
Hari ini pelajar-pelajar UPSR menduduki peperiksaan. Saya rasa ramai anak-anak didik kami dari Tadika Pintar Bistari yang sama-sama menduduki peperiksaan ini. Dah besar panjang pun mereka ini. Kadang-kadang bila berjumpa di mana-mana, lebih besar anak murid dari cikgunya walaupun baru darjah 6. Kepada semua bekas anak-anak didik kami dari semua cawangan, cikgu-cikgu TPB semuanya mendoakan agar kamu semua mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Juga kepada Akmal Adib yang semalam maknya kirimkan sms, SEMOGA BERJAYA.....
Monday, September 12, 2011
NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK (TADIKA INOVASI BESTARI SAHAJA)
Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 ...
Sunday, September 11, 2011
SAMBUTAN HARI RAYA (TKM1)
Next destination...TKM1
Sewaktu saya dan Cikgu Tamizi sampai, ada pertandingan membuat ketupat reben oleh guru-guru di sana.
Tak kanlah bila ambil gambar, ketupat tak jadi pula.....
Anak-anak asyik memerhati gelagat cikgu-cikgu menganyam ketupat.
Selepas itu aktiviti anak-anak sesi petang bermula. Setiap kelas menyanyikan lagu-lagu hari raya.
Lupa lirik lagu raya .....
Pasangan sedondon
Teringin juga rupanya Cikgu Tamizi...
SAMBUTAN HARI RAYA (TM2)
Ini pula sambutan di TM2. Semasa saya ke sana, sesi makan dahpun selesai. Ambil gambar ajelah....
...
SAMBUTAN HARI RAYA (TM1)
Awal pagi lagi, anak-anak kecil ini lelaki dan perempuan tersenyum simpul bila dipuji oleh guru-guru tentang kekacakan dan kecomelan mereka bila masing-masing memakai baju-baju raya ke tadika. Suatu suasana yang berbeza dalam kelas bila belajar tanpa uniform tadika. Namun mereka tetap tekun sehingga waktu yang dijanjikan untuk SAMBUTAN HARI RAYA DI TADIKA.
Sebelum waktu rehat, mereka belajar seperti biasa dan sambutan dimulakan semasa waktu rehat...
Saturday, September 10, 2011
GAMBAR SAMBUTAN HARI RAYA
Semalam sambutan hari raya di tadika. Saya cuma sempat masukkan gambar sahaja. Sila lihat slideshow di sebelah.&nb...
Friday, September 9, 2011
KEMBALI BERSIARAN
Dah beberapa minggu ni, sunyi sepi saja mybistari ini dan tidak diupdate. Sibuk belum raya, sibuk masa raya dan sibuk selepas raya. Lagipun myloptop dah seminggu tidur di service center. Semalam baru aje dapat balik. Alhamdulillah, semua data ada sebab yang rosaknya motherboard dan kipas. Maka terbanglah duit saya sebanyak RM1,051.92. Mahal tu. Memanglah mahal kalau hantar service center, lagipun warranty dah habis. Jumlah sebanyak itu macam...