Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

SEMOGA BERJAYA

Hari ini pelajar-pelajar UPSR menduduki peperiksaan. Saya rasa ramai anak-anak didik kami dari Tadika Pintar Bistari yang sama-sama menduduki peperiksaan ini. Dah besar panjang pun mereka ini. Kadang-kadang bila berjumpa di mana-mana, lebih besar anak murid dari cikgunya walaupun baru darjah 6. 
Kepada semua bekas anak-anak didik kami dari semua cawangan, cikgu-cikgu TPB semuanya mendoakan agar kamu semua mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Juga kepada Akmal Adib yang semalam maknya kirimkan sms, SEMOGA BERJAYA..

Wednesday, July 27, 2011

RUMAH UNTUK DIJUAL

Bukan saya nak jual rumah yang saya duduk sekarang untuk berpindah ke rumah baru dan juga bukan saya buat bisnes baru jadi broker rumah. Saya cuma mengkhabarkan permintaan seorang kawan untuk menwar-warkan bahawa beliau hendak menjual rumahnya di Taman Bukit Dahlia (Jalan Sejambak 2). Rumah Semi-D (berbandung 2 tingkat) dengan harga RM360 ribu. Katanya harga boleh runding lagi.
Sekiranya ada yang berminat nak membeli, bolehlah hubungi saya. Nanti saya berikan no telefon beliau untuk anda berurusan. Pembinaan perumahan Taman Bukit Dahlia sekarang ini memang rancak dijalankan dan harga-harganya (bagi saya) memang agak mahal jika dibandingkan dengan kawasan Scientex dan Kota Masai dan yang seangkatan dengannya. Mungkin kerana lokasi yang strategik, maka harganya pun mahal juga.  
Mungkin ada yang bertanya, kenapa cikgu tak nak beli?
Takpelah!. Saya duduk rumah teres 3 bilik ni aje. Lagipun bilangan isi rumahpun dah mengecil. 2, 3 tahun lagi akan makin mengecil bila anak-anak dah belajar jauh. Lagipun syukur dengan apa yang ada. BAITI JANNATI.  

Saturday, May 28, 2011

APA AKAN JADI DENGAN KAMPUNGKU?

Ini adalah rumah ayah saya di Kampung Sungai Karang Darat, Kuantan. Berdekatan dengan Kawasan Perindustrian Gebeng. Rumah ayah dan Gebeng cuma 10.2km sahaja. Ada apa dengan Gebeng? Untuk pengetahuan, di sinilah akan dibina projek Lynas iaitu sebuah syarikat Australia yang akan memproses nadir bumi dan berisiko membebaskan radiasi kepada penduduk sekitaran. Jika projek ini tidak dibatalkan oleh pihak berkuasa, kesengsaraan kesihatan akibat radiasi akan dialami oleh penduduk setempat khasnya. Seperti apa yang berlaku di Bukit Merah . Janganlah atas nama pembangunan, rakyat jelata yamg menerima impak dari logi pemprosesan ini.
Jika mahu tahu tentang projek-projek ini, bacalah artikel-artikel dalam blog KELAB GREENBOC 
Dan yang menarik, saya akan paparkan video orang putih cakap melayu (tak adapun 'sleng kuatang) berkenaan isu ini. Saya ketepikan isu-isu politik yang lain agar kita sama-sama mendapat iktibar daripadanya.