Sesi 2011 bagi TPB & TIB bermula pada 3o Disember 2010. Sengaja dicepat 2 hari agar ibubapa punya masa untuk menghantar anak-anak mereka ke tadika pada hari pertama. Pihak van juga ada masa untuk mencari seterusnya menghantar anak-anak ke alamat yang diberikan. Pada hari Isnin, 3 Januari 2011, anak-anak tadika dicutikan bagi membolehkan van menguruskan pelajar sekolah rendah dan menengah pulak. Agaknnya kalau dibuat serentak pada hari yang sama,...
Sunday, January 23, 2011
IMBAS KEMBALI (PRATADIKA 2011)
Dah memasuki minggu ke 4 persekolahan. Anak-anak dah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tadika bersama guru dan rakan-rakan. Sebenarnya tidak susah bagi anak-anak menyesuaikan diri, cuma bagi kita yang dewasa ini, mungkin ada sedikit kesukaran.
Imbas kembali program tadika yang tak sempat saya coretkan tempohari. Anak-anak seronok nak ke tadika, ibubapa lagilah teruja. Macam-macam perasaan yang ada pada ibubapa. Seronok ada sebab bila dah ke...
Friday, January 21, 2011
CUTI 4 HARI
Bermula dengan cuti Thaipusam, diikuti dengan cuti gantian 30 Disember 2010 dan bersambung cuti Sabtu dan Ahad, dapatlah warga mybistari (TPB & TIB) bercuti panjang sikit. Kebanyakannya balik kampung dan ada yang cuti-cuti Malaysia ke 'negeri bawah bayu' Kota Kinabalu. (Emm, sape tu yek?) Mana yang ada anak dan suami pula bekerja, inilah masa untuk santai-santai di rumah sambil melayan anak melakukan tugasan rumahtangga ataupun untuk menyelesaikan perkara-perkara yang tertunda. Pendekata, kalau pandai menguruskan masa, banyak perkara yang boleh...
Wednesday, January 19, 2011
BANTUAN NKRA
Alhamdulillah, bantuan yuran NKRA telahpun diterima dan pihak kami dalam proses untuk menghantar makluman kepada semua ibubapa yang terpilih. Dari senarai akhir, seramai 202 orang pelajar telah layak, daripada jumlah keseluruhan borang yang dihantar sebanyak 378. Nama-nama yang telah terpilih telahpun dimasukkan ke dalam laman web tadika. Sila semak di sana untuk mendapatkan maklumat lanjut sehinggalah surat-surat yang dihantar diterima oleh ibubapa yang terbabit. Nama-nama yang tidak tersenarai, bermakna secara otomatik tidak terpilih kerana pemilihan...
Tuesday, January 18, 2011
RUMAH BARU
Tahun 2011 ini, saya mendirikan rumah baru bagi Tadika Pintar Bistari, namun rumah lama masih lagi sentiasa dijenguk. Ini adalah kerana terdapat masalah kapasiti untuk memuatnaik gambar-gambar. Walaupun memakan masa, tetapi insyaallah, rumah baru ini akan cuba dihias secantik mungkin. Mungkin juga memberi nafas baru sebagai permulaan 2011 bagi perjalanan yang sangat jauh, semoga saya masih tetap teguh berdiri bersama-sama warga pendidik yang lain,...