Friday, January 21, 2011

CUTI 4 HARI

Bermula dengan cuti Thaipusam, diikuti dengan cuti gantian 30 Disember 2010 dan bersambung cuti Sabtu dan Ahad, dapatlah warga mybistari (TPB & TIB) bercuti panjang sikit. Kebanyakannya balik kampung dan ada yang cuti-cuti Malaysia ke 'negeri bawah bayu' Kota Kinabalu. (Emm, sape tu yek?) Mana yang ada anak dan suami pula bekerja, inilah masa untuk santai-santai di rumah sambil melayan anak melakukan tugasan rumahtangga ataupun untuk menyelesaikan perkara-perkara yang tertunda. Pendekata, kalau pandai menguruskan masa, banyak perkara yang boleh dibereskan.

Saya pula pagi semalam, dari pagi sehingga tengahari menghadiri majlis ilmu. Then sempat juga mencuba resepi baru 'jelly kelapa'. Menjadi juga rupanya tapi rasanya 'kureng' sikit kerana air kelapa sedikit dan isinya agak keras. Namun masih mendapat pujian dari anak-anak. Resepinya nanti akan diperturunkan. Memang enak dan pasti anak-anak akan menyukainya. Apatah lagi, dalam cuaca panas, nyaman sekali bila masuk mulut.  

Walaupun dah menghampiri penghujung bulan Januari, cukai pintu MPPG masih belum dibayar. Nak berurusan pada cuti umum, memanglah tak boleh. Jadi, alternatifnya adalah dengan membuat bayaran melalui internet. Mudah, tak perlu ke pusat bandar, tak perlu bayar parking dan tak perlu menggerakkan kereta. kemudian saya membuat bayaran cukai tanah pulak. Sama juga, menggunakan internet. Dalam setengah jam, dah selesai semuanya. Kalau dibuat secara manual, rasanya satu hari baru beres bagi kedua-dua urusan ini. Cukai pintu di pust bandar pasir gudang, then perlu berkejar ke Larkin untuk buat bayaran. Dan kebiasaannya kalau awal-awal tahun macam ni, ramai betul orang yang nak membuat bayaran. Belum tentu dapat beres. Jadi kalau ada kemudahan internet, cuba-cubalah. Di sini saya berikan link bagi kedua-dua tempat tersebut.

Esok pula hari bersekolah untuk anak-anak di sekolah kebangsaan. Sekolah gantian untuk cuti Tahun Baru Cina nanti. Setakat ini, pihak pengurusan di mybistari, tiada ura-ura cuti tambahan diberikan. Rasanya cuti yang ada tu, Khamis ~ Ahad, dah mencukupi. Lagipun anak-anak baru nak 'warm-up'. Kalau cuti lama-lama, nanti meragam pulak nak ke sekolah. "Monday blues"

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.