Wednesday, July 11, 2018

CANTIK TAK GIGI KAMI?


Bismillahirrahmanirrahim.

Model gigi dan berus gigi

Adalah Rasulullah saw tidak tidur melainkan siwak berada di sisinya, apabila Baginda bangun dari tidur, baginda memulakan dengan bersiwak.” (HR A-Bukhari)

5hb Julai 2018 yang lalu seawal yang boleh saya bergerak ke Tadika Nur Pintar Bestari, ada pemeriksaan gigi di sana, tak mahu saya terlepaskan peluang untuk sama-sama mendengar penerangan berkenaan penjagaan gigi dan juga turut terlibat dalam aktiviti pemeriksaan gigi murid-murid.

Ketika sampai di sana para jururawat pergigian sudahpun memulakan taklimat dengan anak-anak murid.  Terlepas saya untuk sama-sama menyambut kehadiran mereka. Tak mengapalah, masih juga berpeluang untuk berkongsi rasa teruja mendengar taklimat dari jururawat pergigian tersebut.

Susun atur borang murid mengikut kelas.

Semakan terakhir sebelum pemeriksaan gigi dijalankan.

Borang yang perlu diisi sekiranya murid ada masalah kesihatan.

Alhamdulillah, sepanjang penerangan berkenaan penjagaan gigi dan cara memberus gigi dan lidah dengan betul, anak-anak murid memberikan tumpuan yang sebaiknya. Apatah lagi apabila jururawat menggunakan model berus gigi dan ubat gigi yang besar, makin bersemangat mereka memberikan tumpuan.
Bukan sekadar murid, guru juga tekun mendengar taklimat.

Bersemangat jururawat pergigian memberi penerangan.

Ok, tunggu sebentar.. mana yang saya nak tunjuk kat awak ye..

Alamak, saya tak nampak lah gambar tu..


Mari kita belajar cara gosok gigi yang betul.

Nganga luas-luas

Tak perlu masukkan jari dalam mulut, buat gaya sahaja ya!

Cukup besar tak ni kami nganga?

Jom gosok gigi dengan cara yang betul!!

Selepas sahaja penerangan berkenaan penjagaan gigi dan menggosok gigi yang betul, murid-murid diatur mengikut kelas mereka untuk pemeriksaan gigi. Pelbagai emosi yang mereka tunjukkan ketika ini, ada yang teruja, ada yang menangis, ada juga yang berdiri tegak, seram sejuk menanti giliran dipanggil jururawat.

Para jururawat meneliti borang pergigian sementara guru menyusun atur murid.

Kenapa serabut sangat muka tu Cikgu Syafiqah? dah susun murid kemudian
mereka bergerak tak ikut susunan ke?

Bila agaknya giliran saya ni?

Ok dah sedia semua?

Mari ke mari untuk saya check giginya.

Nganga luas luas ye..

Banyaknya cop makcik..

Cikgu ni, ambil gambar masa pose saya tak menarik lah.

Beratur.. jangan berebut, nanti tersilap borang pula.

Contoh surat susulan ke Klinik Pergigian Masai bagi murid-murid yang giginya bermasalah.

Bagi ibubapa yang anak-anaknya hulurkan surat pemeriksaan susulan di Klinik Pergigian Masai, pergi ya jangan tak pergi. Jadi segala permasalahan yang jururawat pergigian nyatakan di surat susulan itu dapat diselesaikan. Pergi tau jangan tak pergi.


Penerangan dari pihak Klinik Pergigian Masai


Bila duduk bersembang dengan anak-anak murid dan bertanyakan tentang aktiviti hari ini, mencurah-curah ilmu yang mereka perolehi terhambur keluar dari mulut-mulut mereka yang comel. Tapi bila mereka sedar yang tingkah mereka dirakam, serta merta mulut terkunci rapat. Malu agaknya.

Sesi bersoal jawab dengan anak-anak murid.


Saya dapat cop!!

Gigi kami cantik sebab tu dapat cop!

Yeay!! Cantikkan gigi kami!!
Begitulah kisahnya sepanjang aktiviti pemeriksaan gigi yang dijalankan di Tadika Nur Pintar Bestari. Apa pula kisah di cawangan lain ye? Bagaimana pula dengan persiapan Pertandingan Uji Minda yang bakal diadakan pada 21hb Julai ni nanti? Nak tengok anak-anak kita buat latihan di cawangan? Insyaallah nanti akan kami kongsikan.

Kita tunggu..

~Cik Norifah~



Thursday, June 28, 2018

JOM BERHARI RAYA!


Bismillahirrahmanirrahim.

Selamat hari raya dari kami murid 5 Pintar (TM)

“Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga Allah menerima amalan dari kami dan amal dari kalian.”

Sedar tak sedar sudah dua minggu kita menyambut Aidilfitri. Sekejap sahaja rasanya kita berpuasa. Alhamdulillah, kita semua dapat laluinya dengan tenang dan Insyallah dalam keberkatan. Bila ditanya kepada guru-guru, bagaimana keadaan murid-murid menjalani ibadah puasa tahun ini? Rata-rata memberitahu kebanyakan anak murid semakin matang dari tahun ke setahun.  Untuk beberapa hari sahaja mereka perlu diingatkan tentang apa yang perlu dilakukan apabila tiba waktu rehat. Ada juga yang tidak berpuasa, tetapi telah diajar dan diingatkan oleh ibu bapa mereka untuk menghormati rakan-rakan mereka yang berpuasa.

Sudah seminggu juga anak-anak murid memulakan sesi persekolahan semula.  Tetapi nampak gayanya tak semua murid dan guru bersemangat untuk kembali semua ke sekolah. Senang cerita badan di tadika, tetapi hati masih dalam mood raya. Mana tak nya, ada murid yang hadir ke tadika memakai baju raya. Bersemangat sungguh! Sabar ye dik, memang akan kita adakan sambutan hari raya di tadika.

“Nak bawakan apa ya untuk sambutan hari raya Syaurah nanti?” itulah soalan yang hampir sepanjang minggu juga diajukan oleh teman sebelah meja saya, Puan Shawariah. 

Ini baru yang sepejabat dengan saya, belum lagi ibubapa lain yang berada di dalam whatsapp group, rasanya bermacam-macam soalan juga yang diajukan kepada guru yang berkenaan dengan sambutan hari raya. 

Anak-anak bersemangat fikirkan hendak pakai baju raya yang mana satu untuk dipadankan dengan kasut raya, ibu bapa pula sibuk memikirkan apa yang hendak dibekalkan kepada anak-anak.

Ada juga yang berjanji dengan rakan sekelas untuk mengenakan warna yang sama, jangan tak tahu, anak-anak zaman ini anak-anak yang advanced. Jika dahulu kita berjanji dengan kawan untuk memakai baju hijau, tak kisahlah warna hijau yang mana, tetapi sekarang ini bila sebut sahaja hijau, mereka sesama sendiri sudah mula bersoal jawab.

“Kita ada dua hijau, hijau lime dengan emerald. Nak guna yang mana?”

“Yang emerald lah.. sebab kita ada hijau moss, macam nak dekat sama kan warnanya?”

Maka, terngangalah cikgu yang mendengar perbualan tersebut. Hebat anak-anak zaman sekarang ini. Namun begitu, ada juga yang tidak mahu datang ke tadika dan menangis apabila sampai ke tadika. Janggal mungkin rasanya apabila ke tadika tetapi tidak memakai baju senaman atau uniform tadika. Terpaksalah si ibu memujuk sehingga ke perkarangan sekolah. Tangisan pun reda bila melihatkan semua kawan-kawannya berbaju raya.

Seperti yang diadakan saban tahun, sambutan hari raya di MyBistari Group telahpun selamat diraikan pada 27 Jun 2018. Sambutan diadakan di setiap tadika di bawah MyBistari Group dan ianya berlangsung selepaswaktu rehat bagi setiap sesi.

Terima kasih kami ucapkan kepada para ibubapa dan penjaga yang mengirimkan kuih raya dan juga juadah untuk dikongsi bersama.

Kami kongsikan sebahagian gambar-gambar kemeriahan sambutan hari raya di setiap tadika.

Cikgu Azreen yang kami serapkan semula
ke bahagian pengurusan, ilmunya lebih kami perlukan untuk melancarkan
perjalanan semester 2 di bahagian pengurusan.

Gelagat anak-anak apabila kami suruh beraksi di depan kamera. (TM)

Jom kita bergambar kelas!! (TM)


Haaa..!! Siapa berani nak kacau Cikgu Syikhah kami? Sila mara ke depan
berhadapan dengan kami dahulu!! (TIB)

Selamat hari raya, ucapan kami ikhlas dari hati (TIB)

Alamak, habuk kek masuk mata sayalah (TIB)

Muka kekenyangan semuanya (TIB)
Hari ini birthday dia ni!! (TIMB) 
Lagi.. tiup biar besar lagi!! (TIMB)



Saya dah berdiri atas kerusi ni pun tak cukup tinggi lagilah cikgu,
kenapa cikgu tinggi sangat?

Banyaknya kuih muih yang sedap-sedap (TIMB)
Sediakan barang sebelum pertandingan dimulakan (TIPB)

Sedap pula bila makan ramai-ramai macam ni kan cikgu! (TIPB)

Cikgu Alia tengah beri penerangan tu.. jom kita senyum ada yang ambil
gambar kita! (TIPB)

Setia menanti acara seterusnya. (TIPB)
Cikgu, saya rasa perut saya pun dah kembung
macam belon ni cikgu.. (TKM)

Gaya macam tiup trumpet aje tu Cikgu Juliana (TKM)

Bestnya hari ini!! (TKM)
Kami bukan nak lawan tangan ye, kami tengah tunggu makanan
dihidangkan (TMPB)

Ye.. kami ikut trend semasa! (TMPB)

Takpe, cikgu ambil dari tepi je, tak nak overshadow awak semua. (TMPB)
Perlahan-lahan ye suapkan cikgu air tu.. (TNPB)

Hmmm.. macam pernah tengok lah awak ni..tapi dimana ya?(TNPB)

Rebut kerusi edisi hari raya. (TNPB)

Alhamdulillah.. banyaknya rezeki (TNPB)
Ok, cuba namakan kedua-dua jenis hijau ini. Siapa betul nanti kami
beri hadiah kuih raya (TS1)

Bergambar kenangan hari raya (TS1)

Dah tak larat makan ni cikgu, banyak juadahnya.. (TS1)
Kita bergambar dalam kelas sahajalah, kat luar nanti dah sibuk dengan
aktiviti lain. (TS2)

Muka bahagia Cikgu Marlina, memang dialah selamanya akan ditugaskan di bahagian
makanan. (TS2)

Lagu ini saya tujukan khas untuk ibu saya, Cikgu Faridah dengan ucapan
jangan nakal-nakal masa bekerja, ingatlah orang tersayang. (TS2)

Seronoknya berhari raya!!! (TS2)
Alhamdulillah, sambutan dapat diraikan dalam keadaan meriah dan teratur. Terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada pihak ibubapa dan penjaga yang sudi berkongsi juadah dan juga kuih raya dengan anak-anak di tadika. Kami amat-amat menghargainya.

Jangan lupa mingu ini akan diadakan sesi fotografi murid. Pastikan murid memakai uniform yang lengkap. Bagi yang lelaki dan perempuan yang tidak bertudung, pastikan rambut kemas dan tersisir rapi.  Cikgu Azreen akan ke cawangan-cawangan yang telah ditetapkan mengikut jadual yang ada dinyatakan di dalam surat makluman. 

Jom praktis senyum manis-manis untuk bergambar!!

~Cikgu Norifah~