Tuesday, November 15, 2011

PENERIMA HADIAH HAC

Selain peserta persembahan, penerima hadiah juga seronok menerima hadiah masing-masing. Saya paparkan beberapa gambar di sini. Selainnya saya masukkan dalam slideshow di sebelah kiri. Tahniah kepada menerima hadiah kecemerlangan dalam kelas masing-masing sewaktu peperiksaan semester 2 lepas samada untuk K1 dan K2. Juga kepada penerima ANUGERAH KHAS iaitu anak-anak K1 yang telah menamatkan 3 buku reading program iaitu Bacalah Anakku (BM), ReadEasy (English) dan Bacalah Jawi (Jawi) dalam masa hanya 10 bulan.









Tahniah juga kepada penerima hamper yang bertuah.







Tahniah sekali lagi buat mereka semua.

Monday, November 14, 2011

HARI ANUGERAH CEMERLANG (HAC) 2011

13 NOV, 2011 (AHAD)
HAC. Aktiviti kami yang terbesar pada setiap tahun. Bermakna besar juga belanja yang dikeluarkan untuk HAC ini. Dengan menyewa stadium dan pentas, cenderahati anak-anak, piala, PA system, peralatan dan makanan, hampir-hampir 10K juga yang dibelanjakan. Tapi alhamdulillah, ramai ibubapa yang menyumbang wang. Sikit banyak, bukan ukurannya. Yang penting keikhlasan walaupun hanya RM10.00. Dapat jugalah menampung perbelanjaan HAC ini. Juga sebanyak 22 hamper yang disumbangkan oleh ibubapa bagi cabutan bertuah tahun ini. Alhamdulillah, kecil ataupun besar, bukan ukurannya. Kami menerimanya dengan senang hati. 
Seawal jam 7.00 pagi, dah ada yang datang. Semangat gitu walaupun HAC bermula jam 9.00 pagi. Sudah pasti yang mengambil bahagian dalam persembahan yang paling bersemangat. Lihatlah persiapan-persiapan cikgu dan anak murid yang sempat saya rakamkan pada hari tersebut.









Cikgu-cikgu pun dah bersedia di posisi masing-masing untuk menjalankan tugasan.
GB TKM2 Pn. Siti Rugayah dan GB Tadika Ilmu Pintar Bistari (Tumpat, Kelantan), Pn. Junainah Abu Bakar bergambar kenangan
2 Puan Pengerusi Majlis, Pn. Norafizah (tm1) dan Pn. Ratnawati (TS1)
  Dan juga ada yang membuat touch-up yang terakhir sebelum majlis bermula. 

Ikat, jangan tak ikat!
Seperti biasa, Tuan Pengerusi berucap panjang lebar mengenai perjalanan tadika sepanjang tahun serta mengumumkan perkara-perkara penting.


"Dengan ini saya mengumumkan pembukaan cawangan baru di Tumpat, Kelantan pada tahun 2012 yang diberi nama TADIKA ILMU PINTAR BISTARI"

"Saya juga mengumumkan guru yang bertuah untuk menjadi tetamu Allah untuk umrah tahun depan adalah GB Siti Qaidah (TKM1) dan Cikgu Madinah (TR)"
Majlis kami berakhir sepenuhnya jam 3.00 petang. Yang paling lama dalam sejarah menjayakan aktiviti HAC.  Kami juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih kepada semua ibubapa yang menunggu sehingga saat akhir. Walaupun masing-masing kepenatan, tapi ALHAMDULILLAH, majlis usai dalam keadaan lancar.
Dan seperti biasa, post-mortem HAC akan diadakan Sabtu ini. Sekiranya para ibubapa ada yang nak memberikan sebarang komen, dipersilakan komen di bawah inie atau email terus kepada saya di  pintarbistari@ymail.com. 
 

RAPTAI HARI ANUGERAH CEMERLANG

12 NOV. 2012 (Sabtu)
Raptai di Stadium Perbadanan Pasir Gudang yang dijangkakan bermula jam 2.00 petang terpaksa diadakan lewat setengah jam kerana terdapat para peserta yang lewat datang dek hujan yang lebat membasahi bumi Pasir Gudang. Namun begitu, raptai penuh berjalan dengan lancar. Selain kami, terdapat ramai juga ibubapa yang datang memberi sokongan pada anak-anak mereka. Disebabkan tahun ini terdapat 27 persembahan yang diselangselikan dengan 19 penyampaian hadiah kecemerlangan dan anugerah khas, raptai ini usai agak lewat. Hampir Maghrib kami baru beredar dari stadium. Macam biasa, pengarah program membuat post-mortem raptai bagi memastikan program esok berjalan lancar. 

Khusyuk mendengar taklimat terakhir walaupun kepenatan.
 
Dan pada masa yang sama, para suami menolong menaikkan backdrop HAC tahun ini yang bertemakan "Underwater World" hasil kretiviti guru-guru Taman Mawar 1 & 2.
Sedikit demi sedikit

Sikit lagi...

Dan akhirnya...
Hadiah-hadiah juga telah siap disusun.
Di antara hamper-hamper sumbangan dari ibubapa untuk cabutan bertuah tahun ini. Bertuah sungguh siapa yang dapat hamper yang besar-besar tu kat belakang tu!
Dan keesokan harinya, inilah pentas dan backdrop yang dihias indah! Rupanya ada orang yang overtime sampai jam 1.00 pagi!


Friday, November 11, 2011

PERGUNUNGAN UHUD

Kemudian kami beredar ke kawasan pergunungan Uhud. Tempat terjadinya Perang Uhud di mana bapa saudara Nabi saw, Hamzah dan 70 orang dari kaum muslimin lain terbunuh dalam perang ini yang berlaku setelah 2 tahun hijrah Nabi saw ke Madinah. 
Perkuburan para syuhada Perang Uhud
Abu Daud dan Al-hakim meriwayatkan tentang keutamaan para syuhada yang terbunuh di Perang Uhud. Rasulullah bersabda, "Ketika saudar-saudara kalian terbunuh di Uhud, Allah meletakkan arwah mereka dalam perut seekor burung merpati hijau yang mendatangi sungai-sungai di syurga, memakan buah-buahannya dan bersarang di lampu yang terbuat dari emas yang tergantung di naungan Arasy, tatkala mereka merasakan kenikmatan makan, minum dan tempat bermalam. Mereka berkata, "Siapa yang mahu menyampaikan kepada saudar-saudara kami bahawa kami di syurga hidup dan diberikan rezeki, agar mereka tidak meninggalkan jihad dan mundur daripada peperangan?'.  Lalu Allah berfirman, "Aku yang mewakili kalian untuk menyampaikan kepada mereka." Lalu Nabi bersabda, Maka Allah menurunkan ayat 169 dari surah Al-Imran: 

 A169
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. (petikan dari buku Sejarah Madinah Al-Munawarah


Dalam Perang Uhud ini juga Rasulullah saw terluka di bahagian wajah. Gigi antara gigi seri dan gigi taringnya tercabut. Ada di antara para syuhada diperlakukan buruk oleh orang-orang kafir. Perut mereka dibelah. Telinga dan hidung mereka dipotong-potong. Bahkan Hindun Binti Utbah dan wanita-wanita Quraisy menjadikan hidung dan telinga syuhada ini sebagai gelang kaki dan tangan mereka. Hindun juga menghadiahkan gelang kaki, gelang tangan dan anting-antingnya kepada budak bernama Wahsyi, yang membunuh Hamzah bin Abdul Mutalib, sebagai imbalan atas berjayanya dia membunuh Hamzah.  (Petikan dari Sirah Ibnu Hisyam, Jilid 2)

Abdullah bin Jahsy juga turut syahid. Beliau merupakan salah satu keluarga elit Quraisy dan termasuk anak saudara Rasululah saw dari jalur ayahnya. Hidungnya dipotong-potong-potong dan tubuhnya dirobek-robek. Sebelum Perang Uhud, beliau pergi ke satu tempat bersama Saad bin Abi Waqash. Di tempat itu, keduanya bersepakat, bahawa salah seorang dari mereka berdoa, sementara yang sorang lagi mengaminkan. Di antara doa Abdullah bin Jahsy adalah " Ya, Allah, pertemukanlah aku dengan lawan yang sangat kuat dan cepat marah. Aku akan memerangi dia di jalanMu dan dia pun memerangiku. Lalu dia menangkapku, lalu memotong telinga dan hidungku. Jika aku bertemu denganMu kelak, Engkau bertanya, "Hai Abdullah, mengapa hidung dan telingamu terpotong?, Lalu aku menjawab, hidung dan telingaku terpotongdi jalanMu dan rasulMu. Engkau pun berfirman, "Engkau berkata benar" (Diriwayatkan oleh al-Hakim dan al-Baghawi)
Betapa agung dan indahnya doa Abdullah. Jiwanya adalah jiwa yang menjual apa saja yang dimiliknya kepada Tuhannya dan sesuatu yang pahit menjadi manis baginya. Doa seperti itu hanya mungkin keluar dari seorang yang menikmati dan merasakan manisnya jalan kebenaran demi menegakkan Islam. Tidak ada satu yang dia dambakan, kecuali mendapat keredhaan Allah SWT. Tidak ada perkara yang dia dambakan selain bertemu denganNya dalam keadaan taat dan gugur di jalanNya.    (Petikan dari buku: Pesan-pesan Mengugah: Dr.Najih Ibrahim)


Thursday, November 10, 2011

MASJID QUBA

Selama 8 hari di Madinah, ziarah ke tempat-tempat menarik dan bersejarah diatur oleh pengelola haji. Antaranya adalah tempat ini.
Masjid Quba sekarang
Inilah masjid yang pertama sekali didirikan di Madinah oleh Rasulullah saw setelah berhijrah ke sana. Allah swt telah menyebutkan tentang masjid ini dalam Al-Quran surah At Taubah: 108

A108
Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)

Ketika Nabi saw berhijrah ke Madinah, setiap sahabat menginginkan Rasulullah saw tinggal di rumah mereka. Beliau menangani masalah ini dengan melepaskan tali untanya, dan membiarkannya mencari tempat berhenti. Akhirnya unta itu berhenti di tempat unta milik Sahal dan Suhail, dua anak yatim Amru bin 'Auf. Beliau kemudian membeli tanah itu dan di atasnya didirikan masjid. Sementara di sekitarnya dibangun petak-petak rumah beliau dan keluarganya. Baginda membangunkan masjid dan rumah bukan untuk menyakiti orang. Bentuknya sangat sederhana, tidak memerlukan biaya yang banyak dan tidak memerlukan kerja besar. Masjidnya berupa halaman luas yang 4 sisi temboknya dibangun dari batu merah dan tanah liat. Sebahagian atapnya dari pelepah kurma dan bahagian yang lain dibiarkan terbuka. Salah satu serambinya dikhususkan untuk tempat bermukimnya kaum fakir yang tidak memiliki tempat tinggal. Di waktu malam, masjidnya tidak diberi cahaya lampu kecuali pada waktu shalat 'Isya. Penerangnya diambil dari jerami yang dibakar di tengah-tengah masjid.  (Dipetik dari buku Ad Daulah Al Islamiyyah : Taqiyuddin An-Nabhani, ms, 60 ~ 61)

Masjid Quba juga menjadi pusat perhatian kaum muslimin dan para penguasa. Diriwayatkan bahawa Saidina Umar telah memperbaharuinya, begitu juga Saidina Uthman telah meluaskannya dan memundurkan mihrabnya ke arah selatan. Begitu juga Saidina Umar bin Abdul Aziz ketika dia menjabat sebagai gabenur Madinah (87 ~ 89H), ia mengukirnya, memperluaskannya dari sisi bahagian utara, lalu membuat menara untuk adzan yang pertama kali. Setelah itu pembaharuan demi pembaharuan terus terjadi, hingga tiba pada masa Sultan Mahmud II (1245H) dan masa pemerintahan putranya Abdul Majid. 


 Pada tahun 1388H, Raja Faizal bin  Abdul Aziz memerintahkan agar masjid ini diroboh dan dibangunkan semula dengan model bangunan moden dan indah serta meluaskan sisi utara. Pada 1405, Raja Fahd memerintahkan lagi agar diperluaskan sehingga keluasan keseluruhan mencapai 13,500 meter persegi. Masjid ini memiliki 56 kubah kecil dan 6 kubah besar, serta 4 menara adzan. Bahagian tengahnya yang terbuka ditutup dengan terpal yang bergerak secara elektrik. Masjid Quba ini dapat menampung lebih kurang 20,000 jemaah shalat (petikan dari buku Sejarah Madinah Al-Munawarah, ms 108 ~ 111)
 
Antara menara adzan yang kelihatan

Masjid berwarna putih berlatarbelakangkan langit yang membiru
Dan sudah tentu terdapat ramai peniaga-peniaga yang sentiasa memujuk jemaah membeli kurma basah dan tasbih mutiara. Dan bermulalah agenda shopping-shopping jemaah ini.  

KENANGAN BERSAMA

Sempena hari Anugerah Cemerlang yang akan diadakan pada hari Ahad nanti, kami ada menyediakan booth untuk memberikan peluang ibubapa bergambar dengan anak masing-masing. Di bawah ini saya sediakan contoh-contoh gambar yang boleh ibubapa pilih. Sekiranya berminat, silalah datang ke booth Pintar Bistari Ahad nanti.Kami menyediakan pakej-pakej yang menarik untuk dipilih dengan bayaran yang berpatutan.
Untuk pilihan yang lain. sila lihat slideshow di sebelah kiri. 


Wednesday, November 9, 2011

SAQIFAH BANI SAIDAH

Saqifah Bani Saidah? Apa yang istimewanya tempat ini dan tidak dinafikan ramai di antara jemaah-jemaah dari Malaysia yang tidak mengetahui sejarah Saqifah Bani Saidah. Kat mana letaknya? Apakah sejarahnya di zaman Rasulullah saw dan apakah peristiwa penting yang berlaku di Saqifah Bani Saidah. Nanti saya ceritakan. Kena buka buku sirah dulu untuk ingat balik cerita.

Kawasan Saqifah Bani Saidah
 Suatu pagi di Madinah, kami membawa Syafini ke Saqifah Bani Saidah. Tunjukkan dia kawasan tersebut dan bercerita tentang peristiwa yang berlaku di situ agar dia tidak buta sejarah Islam. Dan di situ kami berjumpa dengan pekerja Bangladesh yang fasih berbahasa Melayu yang bekerja membersihkan kawasan Saqifah Bani Saidah. Beliau pernah bekerja di Malaysia selama 7 tahun dan tidak dinafikan amat fasih berbahasa melayu. Walaupun mendapat pendapatan lumayan di Malaysia, beliau beralih arah ke Madinah dengan alasan hendak berada di tempat suci umat Islam. Tapi katanya akan pergi semula ke Malaysia untuk bekerja setelah habis kontrak di Saudi kerana katanya majikan Saudi tak bayar gaji, sambil menunjukkan jari "Malaysia bagus"....
Bersambung......

SEKITARAN MASJID NABAWI

Bagi yang sudah pernah ke Madinah, bangunan-bangunan di sekitaran ini telah biasa kita lihat. Cuma yang bezanya kali ini adalah tiada lagi penjual-penjual kurma di pintu-pintu masuk di Masjid Nabawi. Kalau sebelum ini, mereka sabar menunggu pelanggan yang keluar masuk masjid sambil menjual kurma yang pelbagai. Sekarang ini ke mana mereka ditempatkan agaknya ya!

Perbagai kedai yang menjual pelbagai barangan di bahagian bawah hotel.

Kedai-kedai emas yang mengamit-gamit jemaah-jemaah wanita

Salah satu pintu masuk ke Masjid Nabawi. Dikhaskan untuk lelaki sahaja.

Batang pokok kurrma dijadikan hiasan tembok

Pemandangan menghala ke hotel penginapan kami

MADINAH AL-MUNAWWARAH

Tempat suci umat Islam setelah Mekah. Dah banyak juga perubahan dari sefi fizikal di sekitaran masjid nabi dibandingkan 4 tahun lepas. Dan yang paling ketara ada payung-payung ini yang dipasang di ruang-ruang luar Masjid Nabawi. Kalau dulu, payung-payung tersebut hanya dipasang di dalam Masjid Nabawi menghala ke Raudhah, tapi sekarang ini telah merata-rata di sekeliling masjid. Ini memberikan kemudahan kepada jemaah bila bersolat di ruang luar pada keadaan cuaca yang panas. 



 Payung-payung ini hanya akan dibuka lebih kurang jam 11 pagi dan akan  ditutup setelah Asar, bila hari telah tidak panas lagi.
Asyik memerhatikan payung-payung menguncup.

Kubah hijau, di bawahnya terdapat makam Rasulullah saw

Payung masih dalam proses pemasangan. Bangunan hotel di belakang adalah penginapan kami sewaktu haji 2005/2006

NOSTALGIA HAJI 2009

Labbaikallahumalaibaik...........begitulah laungan suara-suara yang kedengaran pada setiap kali musim haji mengingatkan saya pada musim haji tahun 2009. Saya dan Cikgu Tamizi kali ke-2 pergi haji tapi kali ini kami membuat badal haji Allahyarham Ziza Amirul Shafiq  dan ayah saya. Nak dijadikan rezeki, kami baru mendaftar pada bulan Julai 2009 dan November tahun yang sama, Allah mempermudahkan urusan kami. Kesempatan yang ada, kami membawa Syafini sekali sementelah diapun telah wajib haji walaupun menggunakan wang dari ibu abah. 
2 tahun berlalu, terasa seperti baru semalam kami melalui perjalanan haji tersebut.
Kali pertama tahun 2005/2006, penerbangan kami dari KL terus ke Madinah. Sewaktu itu kami menggunakan khidmat TH Travel. Penerbangan terus ke Madinah tidak memenatkan kerana dari lapangan terbang ke penginapan di Madinah cuma memakan masa setengah jam sahaja. Tapi pada haji 2009, kami ke lapangan terbang Jeddah dulu, baru mengambil bas ke Madinah. Dah tentunya mengambil masa yang agak lama. Perjalanan sahaja dah mengambil masa 8 jam, tidak termasuk urusan-urusan yang lain. Tapi yang masih segar dalam ingatan saya sewaktu dalam perjalanan tersebut adalah keenakan nasi mandy yang diedarkan sewaktu dalam bas, walaupun hanya dibungkus dalam polisterin. Sungguh enak! Atau adakah kerana waktu itu kami kelaparan, wallahualam.
Di lapangan terbang haji Jeddah sementara menunggu bas ke Madinah