Monday, August 29, 2011

BENDERA OH BENDERA!!

Bulan ini bulan Ramadhan. Bulan ini juga adalah bulan kemerdekaan. Jadi ramailah orang akan mengibarkan bendera-bendera sepanjang bulan kemerdekaan ini sebagai tanda taat setia kepada negara Malaysia.

Orang kenal bendera ini.

Jalur Gemilang
Bendera negeri Johor
Dan bendera ini juga

Bendera Negeri Pahang
Tapi ramai orang tak tahu berkenaan bendera ini kan....!


Ini adalah Al-Liwa iaitu bendera Rasulullah. Di dalam bahasa Arab bendera dinamakan Al-Liwa' (jamaknya adalah alwiyah). Liwa (bendera negara) berwarna putih. Pada Al-Liwa' terdapat tulisan La ilaha illa Allah, Muhammad Rasulullah. Pada liwa yang berlatarbelakangkan putih, tulisan tadi berwarna hitam. Bentuknya adalah empat segi.

 

Dan ini pula adalah Ar-Rayah iaitu Panji Rasulullah. Ar-Rayah berwarna dasar hitam, berbentuk empat segi, dengan tulisan di dalamnya La ilaha illa Allah, Muhamad Rasulullah berwarna putih. Ar-Rayah merupakan tanda yang menunjukkan bahawa orang yang membawanya adalah pemimpin perang. 

Dari segi ukuran, Al- Liwa adalah 'al-alam' yakni bendera yang berukuran besar. Sedangkan Ar-Rayah adalah bendera yang berukuran lebih kecil.

Negara Islam di masa Rasulullah memiliki Al-Liwa dan Ar-Rayah ini dengan spesifikasi yang disebutkan di atas. Meski bendera itu hanya secarik kain ~ yang di mata orang awam tidak berbeza dengan potongan kain kainnya, sehingga seringkali diabaikan, namun di depan musuh-musuh Islam, bendera Islam laksana palu godam peperangan yang diarahkan kepada mereka dan membuat hati musuh-mush Islam bergetar ketakutan.
Para sahabat Rasullullah saw selalu berharap bahawa diri merekalah yang akan menjadi pembawa bendera. Salah satu contohnya adalah sewaktu Perang Khaibar, di malam hari di mana keesokan paginya Rasulullah saw akan menyerahkan bendera/panji-panji kepada seseorang:

Malam harinya, semua orang tidak tidur dan memikirkan siapa di antara mereka besok akan diserahi bendera itu. (HR. Bukhari)

Bahkan Umar Bin Khattab sampai berkata:

Aku tidak mengharapkan kepimpinan kecuali pada hari ini. (HR Buhkari)

Riwayat di atas menunjukkan betapa pentingnya kedudukan bendera dan panji-panji di dalam Islam. Orang yang diserahi oleh Rasulullah saw untuk membawanya memiliki kemuliaan yang sangat tinggi. 
Dan kemudiannya Rasulullah memberikan Al-Liwa dan Ar-Rayah ini kepada Ali bin Abi Talib. Lalu Ali berkata, "Ya Rasulullah, aku akan memerangi mereka sampai mereka sama seperti kita (memeluk Islam)"
Kemudian Rasulullah saw bersabda, "Berangkatlah perlahan-lahan hingga engkau berada di halaman mereka, kemudian ajaklah mereka kepada Islam, dan khabarkan mereka hak Allah yang merupakan kewajiban mereka. Maka demi Allah, sesungguhnya jika Allah memberikan petunjuk kepada seorang manusia kerana engkau, hal ini lebih baik bagi engkau daripada unta merah." (Muntafa' alaih)

Beginilah sedikit paparan tentang bendera-bendera yang semestinya kita sebagai orang Islam perlu tahu agar kita tidak buta sejarah Islam dan kegemilangannya. Yang semakin lama semakin dijauhkan dari kehidupan kita. Wallahualam.

"SHARING IS CARING" 

Wednesday, August 17, 2011

ISTIMEWA BUAT IBU-IBU...

Di bawah ini saya kongsikan artikel buat ibu-ibu dan gadis-gadis. Semoga artikel ringkas ini dapat menambahkan lagi usaha kita dalam mendapatkan pahala yang sebanyak mungkin kerana tinggal 13 hari lagi kita dalam bulan Ramadhan ini. Usahakan sungguh-sungguh untuk bekalan kita juga. Insyaallah pasti ada ganjarannya.

CARA MENDAPATKAN LAILATUL QADAR BAGI MUSLIMAH YANG HAID DAN NIFAS.

Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan kaum muslimin. Tidak ada seorangpun ingin melepaskannya tanpa mengisi dengan ibadah. Ramadhan adalah bulan yang penuh rahmat dan ampunan. Allah menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda sebagai ganjaran ibadah hamba-Nya. Rasulullah saw bersabda yang ertinya: …
Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan sunnah, maka akan diberikan pahala sama dengan melaksanakan amalan fardhu di bulan yang lain. Dan siapa saja yang melaksanakan kewajiban di bulan Ramadhan, maka akan mendapat pahala 70 kali[1].

Pada bulan Ramadhan, ada malam yang mulia dan istimewa, iaitu satu malam yang nilainya lebih baik baik dari 1000 bulan. Firman Allah surat al Qadr; 1-3:
إِنّا أَنزَلنٰهُ فى لَيلَةِ القَدرِ ﴿١﴾ وَما أَدرىٰكَ ما لَيلَةُ القَدرِ ﴿٢﴾ لَيلَةُ القَدرِ خَيرٌ مِن أَلفِ شَهرٍ ﴿٣﴾
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan[2]
2. dan tahukah kamu Apakah malam kemuliaan itu?
3. malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.

Maksud satu malam itu lebih baik dari pada 1000 bulan adalah beramal soleh pada malam itu lebih baik daripada beramal soleh seribu bulan di bulan yang lain[3]. Sementara seribu bulan itu setara dengan 83 tahun 4 bulan. Padahal menurut Rasulullah umur umatnya rata-rata 60 tahun  sampai 70 tahun. Dan sedikit yang di atas 70 tahun. Itupun belum tentu kita mampu menggunakan secara efektif untuk beribadah. Boleh jadi di antara kita ada yang memulai ibadah secara konsisten sejak umur 15 tahun atau 20 tahun. Bahkan  ada yang terlewati, baru mulai beribadah, iaitu melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya, setelah sudah tumbuh uban di kepala. Jadi baru sedar bahawa manusia memerlukan ibadah kepada Allah setelah ada signal (isyarat) yang senantiasa mengingatkannya bahawa dia sudah tua.

Lailatul Qadar diturunkan Allah pada sepuluh hari terakhir Ramadhan. Kerananya Rasulullah pada waktu tersebut mengintai dan memburunya. Beliau  semakin menggiatkan ibadahnya untuk mendapatkan Lailatul Qadar. Mengingat keistimewaan malam Lailatul Qadar yang luar biasa itu, tentu kaum muslim ingin mendapatkannya. Termasuk muslimah juga tidak mahu ketinggalan, padahal belum tentu pada sepuluh hari terakhir dia dalam keadaan suci. Kerananya kita harus mengetahui bagaimana cara mendapatkan Lailatul Qadar, sementara kita dalam keadaan haid atau nifas.
Secara umum cara untuk memperoleh Lailatul Qadar adalah sebagai berikut: Menghidupkan malam  pada sepuluh hari terakhir. Dari Aisyah, ia berkata:
ا ن النبى ص م اذا د خل العشرالاواخر احي اليل وايقظ اهله وشد المئزر
Bahwa Nabi Saw. Apabila sepuluh hari terakhir sudah masuk, maka beliau menghidupkan malam itu, membangunkan keluarganya dan mengikat sarungnya ( HR Ahmad, Bukhari-Muslim)

Dari  hadis tersebut dijelaskan bahawa Rasulullah senantiasa menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadhan, dan membangunkan keluarganya. Ada keterangan bahawa Rasulullah membangunkan anggota keluarganya, sekalipun mereka dalam keadaan haid. Tujuannya adalah untuk menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan ibadah. Tentu saja bagi wanita yang haid hanya melakukan ibadah yang dibolehkan baginya.

Bagi muslim dan muslimah menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan ibadah seperti berikut:
1.I’tikaf[4]. Diriwayatkan oleh Ahmad, Bukhari dan Muslim, bahawa Rasulullah beri’tikaf 10 hari terakhir Ramadhan sampai beliau wafat.
2.      Shalat.
3.      Membaca Al Qur’an. Para sahabat biasa mengkhatamkan Al Qur’an sehari semalam, di antaranya Ustman bin Affan, Tamim, Said dan Zubair selama Ramadhan [5].
4.      Berzikir, memohon ampun kepada Allah dan berdoa. Dan doa yang biasa dipanjatkan Rasulullah pada malam Lailatul Qadar[6] adalah:
ا للهم انك عفو تحب العفو فاعف عنى
Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, dan suka memaafkan, maka maafkan aku.

Adapun bagi Muslimah yang sedang haid dan nifas, maka  menghidupkan malam Lailatul Qadar  adalah dengan cara berzikir, memohon ampun kepada Allah dan berdoa.

Wahai saudaraku, kerana kita muslimah, tentu  tidak bisa terus suci sepanjang Ramadhan. Kerananya jika dalam keadaan suci perbanyakkanlah  ibadah yang mengharuskan ditunaikan dalam keadaan suci.
[1] Ibn Huzaimah at Targhib II/217
[2] Malam kemuliaan dikenal dalam bahasa Malaysia dengan malam Lailatul Qadar iaitu suatu malam yang penuh kemuliaan dan kebesaran kerana pada malam itu permulaan turunnya Al Quran (Nuzul Quran).
[3] Tafsir Jalalain, tafsir surat al Qadr ayat 3
[4] Bagi wanita yang sedang istihadhah (keluar darah penyakit) boleh beri’tikaf. Lihat Nailul Author bab i’tikaf
[5] at Tibyan fi Hamalah Al Qur’an, an Nawawi hlm. 47-48
[6] HR Ahmad, Ibn Majah dan Turmudzi dalam Fikih sunnah , Sayyid Sabiq, bab Lailatul Qadar

Friday, August 12, 2011

PERTANDINGAN MEREKCIPTA KAD RAYA

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang (Damansara Assets) akan mengadakan pertandingan merekacipta kad raya pada 20hb Ogos 2011 bermula jam 2.00 petang.
Sehubungan dengan itu, Damansara Assets mengalu-alukan murid-murid yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut. Murid boleh berpasangan dengan ibu/bapa/kakak/abang untuk sama-sama merekacipta kad raya dengan kreativiti masing-masing.
Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus kepada En. Shafiee Ross (012-7361552) @ 07-2514126.

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Peserta adalah warganegara.
  2. Penyertaan terbuka kepada pasangan dewasa dan kanak-kanak bawah 12 tahun.
  3. Pihak penganjur akan menyediakan kad kosong bersaiz A4 sahaja
  4. Peserta hendaklah membawa peralatan tambahan seperti pensel warna, reben, kertas warna dll.
  5. Keputusan pengadil adalah muktamad
Hadiah-hadiah menarik menanti anda
  1. Hamper bernilai RM80.00
  2. Hamper bernilai RM60.00
  3. Hamper bernilai RM40.00
  4. 7 hadiah saguhati

Thursday, August 11, 2011

JOM KE TR


40, Jalan Balau 11, Taman Rinting
Dalam minggu ni, saya ke setiap cawangan untuk menyelesaikan ambil gambar individu K2 yang tertinggal kerana berbagai-bagai sebab. Selepas menghantar anak-anak ke SKTR (2), saya terus ke cawangan Taman Rinting untuk misi tersebut.

Seperti biasa, hari Isnin diadakan perhimpunan mingguan. 

PA Cikgu Madinah menyampaikan amanat mingguan

Senyuman yang menawan kalbu



Sessi memeriksa kuku


Nurul Hailisya Binti Hairuddin

Di bawah ini pula adalah praktikal solat yang dijalankan bersama-sama dengan guru. Bacaan dalam solat dibaca bersama-sama disertainya dengan praktiknya sekali agar selari teori dan praktikal.

Rukuk

Sujud

Tahiyyat awal
Insyaallah, mudah-mudahan sehingga habis semester nanti, anak-anak kita dapat solat dengan sendirinya. Dan perlu ada kesinambungan pendidikan di rumah agar anak-anak ini dapat pemahaman sepenuhnya tentang tatacara bersolat.

JOM KE TKM2

Hari ini saya berkesempatan ke cawangan Taman Kota Masai 2 kerana ada temujanji dengan salah seorang dari ibu pelajar. Sementara menunggu, sempat juga meninjau P & P di sana.

Mural pun dah makin pudar dimakan hari.

Sedang mencari budget untuk kerja-kerja maintenance keceriaan

GB Pn. Siti Rugayah sedang mengajar sempoa kepada murid-murid K2

Tumpuan diberikan sepenuhnya.

Latihan soalan lisan sempoa

Ok, dah boleh buat sendiri.
Kelas Cikgu Siti Ruzana K1 belajar huruf  Nn

Cikgu memantau seorang demi seorang

Tekunnya...
Cikgu Mardiah sedang mengajar subtraction K1



Contoh buku Math K2 terbitan TPB

Programme Reading (Bacalah Anakku) diajar secara individu
Saya juga mengambil gambar individu K2 yang tertinggal sewaktu sesi bergambar tempohari kerana ketidakhadirannya.

Siti Nur Balqis Binti Amran (6 Pandai)
 Sekian jalan-jalan ke TKM2.