Sunday, December 20, 2015

PRA TADIKA 2016 BERAKHIR

Assalamualaikum.

Hip Hip horray!!!

Pejam celik pejam celik, bagai tak terasa masa berlalu begitu pantas. Pra Tadika yang dijalani oleh anak-anak comel ini telah sampai ke penghujungnya.

Sekejap sahaja rasanya, menyambut mereka di pintu van, menenangkan mereka bila ayah dan ibu melambai pergi, memujuk mereka agar tidak menangis.. kenangan yang indah, hanya guru-guru tadika sahaja yang tahu akan nikmatnya.

Sepanjang beberapa minggu bersama kami menjalani Pra Tadika, kami mula mengenali karektor anak-anak ini. Ada yang suka bermanja, ada yang garang, ada yang matang, jauh berbeza dengan usianya yang baru lima tahun dan yang paling hebat, ada yang tolong encik boss dan penyelia pantau tadika, bagus.. ada ciri-ciri kepimpinan di situ.

Bukan mudah bagi kami guru-guru tadika untuk membentuk mereka, yelah.. ada yang baru belajar melepaskan pampers (ada kan..hehe), pegang pensel, apatah lagi mewarna dan membaca. Tetapi, kami cuba yang sehabis baik untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka kerana kami tahu bukan mudah bagi pihak ibu bapa untuk memberikan kepercayaan dan tanggungjawab dalam mendidik anak-anak mereka. Terima kasih sekali lagi dari pihak kami, kerana memberi kepercayaan itu kepada kami.

Pelbagai kenangan yang telah kami perolehi sewaktu Pra Tadika dari tahun-tahun sebelumnya sehingga kini dan pastinya kami sebagai guru-guru, tak kira yang baru mahupun yang lama, sentiasa berdebar menanti tibanya hari pra, di mana guru lama pun terasa mereka seperti guru baru.

Kenapa terasa baru?

Kerana, kami berhadapan dengan murid-murid yang kami tidak tahu sikapnya.Bukan seorang atau dua orang tetapi paling kurang, sepuluh orang dalam satu kelas. Kami perlu kenal ibu bapa yang teruja dengan anak-anak mereka yang baru mula sekolah (dapatkah kami capai target yang diharapkan oleh ibu bapa?)

Hati ni takkan tenang selagi belum pukul 1 tengahari. Kenapa? Kerana kami menantikan panggilan dari ibu bapa. Risau.. ada tersalah buku ke… tak ambil bacalah ke.. pemadam hilang.. makanan tak bersentuh.. bergaduh dengan kawan.. atau yang amat-amat merisaukan bagi anak-anak yang baru belajar naik van untuk balik ke rumah…tersalah naik van. Itulah yang sangat merisaukan kami, kerana tanggungjawab itu, kami genggam erat-erat.

Penat?

Iya, tetapi seronok. Seronok berada di  dalam dunia kanak-kanak ni. Keletah mereka sentiasa menghiburkan. Silalah cemburu dengan kami, yang sentiasa ada ‘pereda’ kepenatan sewaktu bekerja. Pergi sahaja ke kelas dan peluk anak-anak ini, hilang penatnya, hehe.


Di sini kami kongsikan situasi hari terakhir Pra Tadika 2016 di TPB Tmn Mawar

Mood di pagi hari.. senyum ah sikit sayang

Hari terakhir cuma berdua sahaja, Damia kurang sihat


Dah pandai buka kasut dan susun sendiri, alhamdulillah!!

Hati hati naik tangga, jangan lupa pegang sisi tangga ye


Masa kosong dipergunakan sebaiknya

Sebelum pukul 9, jom baca dulu!!

Alhamdulillah, faham arahan cikgu, baca doa sama-sama





Murid-murid dah faham, tak sabar sabar menanti sesi kaftangan

Tekun menampal kertas warna, cikgu panggil pun tak menyahut

Pandai susun atur, jangan sampai terkeluar ye..



Murid-murid dan cikgu sama gembira melihat hasilnya

Tadaaaaaaaaaaaaaa!!


Kita makan dulu...
Sebelum makan kena baca doa dahulu

Ambil gambar saya juga cikgu!!

Sudah mula serasi dengan kawan-kawan sekelas

Aktiviti seterusnya, kita mewarna.. yummy.. sedapnya donut

"Cikgu, saya suka makan donut!"

Alhamdulillah, dah pandai tulis nama sendiri..

Dah faham selok belok belajar, dapat buku, terus tulis nama

Sesi perhimpunan balik. Sayang pula rasanya nak lepaskan mereka, walhal dalam masa kurang dari seminggu akan berjumpa semula

Pandai dah beratur dan tadah tangan

"Cikgu, best tau naik van" 
Dulu kakaknya, sekarang adiknya pula

Si kembar minta bergambar sebelum naik van

Salam cikgu, insyaallah kita jumpa lagi!!

Hahaha!! Cikgu tinggal!!

Ada ketua si tudung hijau sedang memantau kawan-kawannya naik van

Babai cikgu, rindu rindukanlah kami ye!!

Sekali lagi, bagi ibu bapa yang terlibat dalam Pra Tadika 2016, terima kasih kerana meminjamkan permata hati kepada kami selama dua jam setiap hari. Tapi ingat, bermula 29hb Disember 2015, mereka akan jadi milik kami selama tiga jam setengah setiap hari. Kami tunggu..

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.