Thursday, September 28, 2017

DISEBALIK TABIR PECUTAN TERAKHIR

Bismillahirrahmanirrahim. “Pada awalnya berfikir menumbuhkan perasaan ingin tahu, ingin tahu melahirkan perbuatan, dan perbuatan yang dilakukan berulang-ulang membentuk kebiasaan.” (Ibnu Qayyim al-Jauziyah) Itulah yang kami peroleh sepanjang tempoh latihan menuju ke pertandingan sempoa dan congak setiap tahun. Dari kata-kata, “Cikgu.. slowlah sikit baca, laju sangat!!” pada awal latihan dan kini ayat bertukar, “Cikgu, lajulah lagi...

Thursday, September 21, 2017

LATIHAN SEMAKIN RANCAK

Peserta sedang menulis jawapan di kertas yang disediakan Bismillahirahmanirrahim. Seminggu sahaja lagi tempoh yang tinggal bagi guru-guru dan juga ibu bapa untuk melatih murid-murid yang terpilih untuk mewakili tadika masing-masing di dalam Pertandingan Sempoa dan Congak 2017. Semakin hari semakin terserlah kesungguhan guru-guru melatih anak didik mereka. Hinggakan ada guru yang leka menyoal murid, terlepas masa loceng balik sudah berbunyi. “Eh,...

Thursday, September 14, 2017

SESI LATIHAN PERTANDINGAN SEMPOA & CONGAK 2017

Latihan sempoa sedang dijalankan (TNPB) Bismillahirrahmanirrahim.  “Tahun ni.. kita tak pastilah nak target siapa untuk pertandingan sempoa dan congak.. masih samar-samar,” teringat lagi saya pada keluhan Cikgu Azlia awal tahun yang lalu. Bayangkan, sesi persekolahan baru sahaja bermula dalam seminggu, pihak guru besar dan juga guru-guru cawangan sudah memikirkan aktiviti dan pertandingan yang bakal diadakan sepanjang tahun 2017. Berbeza...

MARI GOSOK GIGI!

Penerangan dari jururawat pergigian (TS1) Bismillahirrahmanirrahim. “Bangun pagi bangun pagi, basuh muka gosok gigi, Gosok gigi,gosok gigi, lepas itu terus mandi. Gosok gigi, gosok gigi, satu hari tiga kali, Petang, malam serta pagi, putih gigi dan berseri.” Ada peminat Upin Ipin tak di sini? Kalau ada pasti tahu lirik lagu yang ada di atas tu. Lagu gosok gigi tajuknya. Bagus lagu ini kerana liriknya mengajar anak-anak cara menggosok...

Tuesday, September 5, 2017

2017 SICILIK TETAMU ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim. Sebahagian jemaah haji selepas simulasi Sabda Rasulullah saw, “Tamu Allah itu ada tiga, iaitu : orang yang berperang, orang yang melakukan ibadah haji dan orang yang melakukan ibadah umrah.” (Hadis Riwayat Nasa’i) Maka beruntunglah mereka yang telahpun mendapat peluang menjadi tetamu Allah. Terus terang bagi kami yang telah mendapat peluang menjadi tetamuNya sangat rindukan suasana di sana. Datanglah berapa banyak...