Latihan sempoa sedang dijalankan (TNPB) |
“Tahun ni.. kita tak pastilah nak target siapa untuk pertandingan sempoa dan congak.. masih samar-samar,” teringat lagi saya pada keluhan Cikgu Azlia awal tahun yang lalu.
Bayangkan, sesi persekolahan baru sahaja bermula dalam seminggu, pihak guru besar dan juga guru-guru cawangan sudah memikirkan aktiviti dan pertandingan yang bakal diadakan sepanjang tahun 2017.
Berbeza dengan Pertandingan Uji Minda dan Bercerita yang dijalankan pada bulan Julai yang lalu, para peserta yang terpilih untuk mewakili cawangan masing-masing untuk Pertandingan Sempoa dan Congak memerlukan latihan dan penguasan teknik dengan baik. Teknik kiraan cepat dan menghafal formula sempoa, tak semua murid dapat kuasainya.
Di setiap cawangan sekarang ini para guru sedang rancak membuat latihan sempoa dan congak. Tak kurang juga yang membuat latihan tarian. Gerak tari dan pakaian untuk persembahan sibuk menari-nari dalam minda mereka yang diamanahkan dengan tugasan ini.
Masing-masing fokus dengan tugasan memantapkan lagi peserta-peserta mereka yang terpilih untuk mewakili cawangan masing-masing. Para peserta juga kelihatan teruja untuk membuat latihan. Ada yang seawal sampai ke tadika, terus keluarkan sempoa dan letak atas meja, tunggu dipanggil oleh guru-guru yang diamanahkan melatih mereka.
Alhamdulillah, setakat ini latihan intensif bagi setiap cawangan pada pandangan kami amat memberangsangkan. Dalam pada itu kami amat mengharapkan para ibu bapa juga turut sama membantu anak- anak yang terpilih ini untuk membuat latihan di rumah. Yang dikhuatiri, takut nanti ketika semasa pertandingan dijalankan, para pembaca soalan akan terbelit lidahnya membaca soalan telalu laju.
Nak lihat betapa bersemangatnya mereka membuat latihan? Jom kita!!
Sesi latihan sedang berjalan (TM) |
Peserta sedang mengisi jawapan di kertas yang disediakan (TM) |
Serius sahaja wajah-wajah mereka mendengar soalan yang dibaca (TMPB) |
Tepuk meja, bayangkan itu adalah buzzer (TNPB) |
Latihan congak (TM) |
Cukup tak jari nak kira? (TM) |
Yes!! Saya dapat jawapannya!! (TM) |
Alamak! Apa soalannya tadi cikgu? (TNPB) |
ADA BRANI?
Bila melihat kepada kesungguhan anak-anak ini membuat latihan di tadika, pihak kami amat berharap agar ibu bapa dapat juga membantu mereka membuat latihan di rumah. Sayang sekiranya kesungguhan di tadika tidak dapat diteruskan di rumah. Kita sama-sama latih anak-anak ini ya!!
~Cikgu Norifah~
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.