Bismillahirrahmanirrahim.
“Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau buat mudah. Dan segala kesedihan dan kesulitan, bila Engkau kehendaki pasti akan menjadi lebih mudah.”
Aamin ya Rabbal Alamin. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya bagi kami sepanjang membawa amanah yang berat dari tadika ke Sanrio Hello Kitty dan pulang semula ke tadika. Mana tak terasa debarannya, untuk lawatan kali ini kami pergi tanpa bonda tercinta, Pn Zainun, mahu tak mahu terpaksalah kami uruskan segalanya sendiri. Betullah bak kata orang bijak pandai, kita takkan tahu kemampuan diri kita selagi kita tak terasa tertekan atau tercabar.
Beza suasananya bila bawa murid-murid 5 tahun berjalan-jalan, sifat keanak-anakkan itu masih tebal dalam diri mereka, masih kurang matang berbanding dengan murid-murid 6 tahun. Ada yang menangis tidak mahu menyertai lawatan, sehingga kelihatan seperti ibu bapa yang lebih teruja dengan lawatan ini berbanding anak-anaknya. Tetapi bila sahaja terlihat bas yang akan mereka naiki, terus hilang tangisan mereka, terdiam memandang bas yang besar itu. Itu belum lagi bila mereka sudah mula menaiki bas dan memandang ibu bapa di luar dari tingkap bas, tersenyum lebar, ketawa keseronokkan sambil melambai-lambai ke arah orang tuanya. Itulah anak-anak, mudah menangis, mudah juga ketawa.
Walaupun perjalanan pergi kami di waktu cuaca hujan lebat, Alhamdulillah, kami selamat sampai ke Sanrio Hello Kitty dalam lingkungan waktu yang dirancang. Anak-anak murid kemudiannya ditempatkan di dalam bilik kaca di level 1 untuk memudahkan urusan membahagikan kumpulan dan memakaikan tag masuk. Selesai urusan itu, satu demi satu kumpulan berarak masuk ke Hello Kitty, masing-masing dengan senyuman lebar terukir di bibir. Cikgu-cikgu juga tersenyum, tapi kami tahu, debaran di hati cikgu lain, tak sama dengan anak-anak murid, gelak tawa dan keterujaan anak-anak murid ini sebenarnya juga mengundang kerisauan para guru, takut akan ada yang terlalu gembira hingga tak dapat nak kawal diri dan akan membuat sesuatu di luar kawalan.
|
Berkumpul di dalam bilik kaca untuk dipakaikan tag masuk. |
|
Ok semua, tengok sini cikgu nak ambil gambar yang dah pakai tag!! |
|
Destinasi murid-murid yang pertama, berkumpul di sini untuk mengambil gambar |
|
Sesi bergambar sedang dijalankan. |
Mujurlah tempat lawatan kali ini di dalam satu bangunan, jadi hujan lebat yang sedang rancak turun di luar tidak menjadi masalah bagi kami. Lawatan di mulakan dengan sesi bergambar dahulu. Murid-murid semuanya ditempatkan di level 1 untuk bergambar di ruangan yang disediakan. Setelah selesai bergambar barulah ke tempat-tempat yang telah ditetapkan.
Bagi kami, apabila berada di level 1 (Hello Kitty) kesabaran amatlah diperlukan kerana setiap aktiviti yang ingin dilakukan memerlukan waktu yang agak lama. Untuk masuk ke dalam satu bilik perlu beratur terlebih dahulu menunggu giliran. Beruntung bagi kumpulan yang diarahkan ke level ini pada permulaan lawatan kerana tidak ramai lagi pengunjung yang datang, tetapi bagi kumpulan yang seterusnya, mereka harus beratur panjang dan lama kerana untuk hari itu bukan lawatan dari MyBistari Group sahaja, tetapi juga dari sekolah-sekolah lain. Kasihan juga melihatkan anak-anak murid yang sudah terduduk kepenatan menunggu giliran bagi mereka untuk melakukan aktiviti.
|
Beratur menunggu giliran untuk bergambar. |
|
Berehat sebentar menanti ruang aktiviti yang kosong. |
|
Menunggu masa untuk cawan ini berpusing-pusing. |
|
Kejap lagi giliran kami pula yang masuk!! |
|
Masih sempat berposing walaupun penat menunggu giliran. |
|
Alhamdulillah, sampai juga giliran kami masuk. |
|
Bilalah Cik Kitty ni sudi nak bagi kami masuk dalam rumah dia ni? |
|
Sesi menghias biskut dah siap, sekarang sesi merasa biskut tu pula. |
|
Cantiknya sofa Hello Kitty ni. |
|
Kenapalah kolam ni tak besar macam kolam kat tadika kita cikgu? |
|
Uhhhh.. selesanya baring atas katil ni, jangan sampai tertidur ya!! |
|
Masih di dalam rumah Hello Kitty. |
|
Cikgu-cikgu pun tak nak lepaskan peluang bergambar di sofa yang cantik ni, |
|
Bergambar dahulu sementara tunggu mana-mana ruang aktiviti yang kosong. |
|
Lajunya kami berpusing!! |
|
Tempat ni cantik cikgu! |
|
Saya tujukan lagu ni khas untuk ibu yang sedang menanti saya di rumah. |
|
Sini dah tak muat cikgu, kalau nak main juga tunggu giliran yang seterusnya. |
Keadaan di level dua dan tiga berbeza pula, kerana di sana lebih santai dan relaks. Terdapat banyak tempat untuk murid-murid bermain dan tiada had berapa kali untuk main dikenakan. Selagi mereka mahu, mereka boleh ulang main sebanyak yang boleh. Bukan setakat murid-murid sahaja yang teruja, guru-guru yang membawa mereka juga turut teruja. Alhamdulillah, untuk kali ini tidak ramai murid yang takut dengan maskot-maskot yang ada di taman tema tersebut, jika ada yang takut pun dapat dikawal oleh guru yang menjaga dan akhirnya ketakutan itu hilang. Malah ada yang sangat teruja, seolah-olah tak dapat dibendung lagi keseronokkan apabila melihat Barney, Pingu, Kitty dan Daniel. Mungkin selalunya hanya lihat di kaca tv dan juga mainan-mainan di kedai, bila nampak secara langsung seperti itu hati jadi tak tentu arah.
|
Seronok dapat bergambar dengan Sir Topham Hatt, sampai kaki Sir dipeluknya. |
|
Bergambar dengan Thomas!! |
|
Nak kemana kita hari ini ya? |
Rasanya masih belum terlewat lagi untuk memperingatkan para ibu bapa berkenaan dengan Peperiksaan Semester 1 yang sedang berlangsung minggu ini. Jangan lupa buat ulangkaji ya!!
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.