Friday, May 19, 2017

SEDAPNYA SUSU DUGRO!

Bismillahirrahmanirrahim.



Rasulullah s.a.w bersabda, “ Tidak ada satupun makanan yang boleh menggantikan makanan dan minuman melebihi susu.” (HR At Tirmizi)

“Siapa yang masih lagi minum susu bila sudah besar? Angkat tangan!!”

Jika soalan ini diajukan kepada murid-murid 5 tahun, tanpa segan silu mereka akan mengangkat tangan, tapi cubalah tanya pada murid-murid 6 tahun, hanya beberapa orang sahaja yang berani angkat tangan. Pada pandangan mereka  6 tahun itu sudah cukup besar dan malu bila kawan-kwan tahu yang mereka masih lagi menyusu.

“Kita minum susu tapi guna gelas tau..” terang mereka-mereka yang mengangkat tangan apabila sedar kawan-kawan sudah mula tersenyum simpul memandang mereka.

Begitu punya segan mereka mahu mengaku minum susu, tapi kami tahu, masih ramai lagi anak-anak tadika kami yang menyusu, baik minum di dalam gelas mahupun yang menggunakan botol. 

Buktinya, apabila pihak Dugro datang untuk membuat lawatan terujanya mereka sedikit berbeza dengan semasa kedatangan pihak Kodomo Lion beberapa bulan lepas, mana taknya, bila disebut Kodomo Lion, terbayang di mata mereka gigi yang akan diperiksa, kecut perut jadinya, bila sebut Dugro, masing-masing tersenyum, siap ada yang menjilat bibir, terbayangkan keenakkan susu Dugro agaknya.

Bermula dari minggu lepas, pihak Dugro telah datang membuat lawatan ke tadika-tadika di bawah MyBistari Group. Lawatan dimulakan di Tadika Ilmu Pintar Bestari dan Tadika Pintar Bistari Kota Masai. Melihat pada gambar-gambar yang dikirimkan oleh guru besar mereka di whatsapp group, terserlah keseronokkan anak-anak murid. Meriah murid-murid dengan aktiviti-aktiviti yang di sediakan oleh pihak Dugro untuk mereka. 

Apa agaknya yang diterangkan oleh abang Dugro ni?

Cepat dik, kawan kat belakang tu pun nak main juga!

Sedapnya susu  Dugro ni!!

Banyak aktiviti yang ada dalam buku ni.

Saya memang nak minum sikit-sikit, biar lambat habis.


Hmm.. betul tak pilihan saya ni?

Kena masukkan objek tu dalam mulut ni.

Bismillahirrahmanirrahim.. makan ye.. saya suap.

Cepat, cepat.. saya nak suap juga!!

Dah siap ye semua, biar akak check bakul masing-masing.

Sementara tu jom kita nyanyi!

Lagu Dugro ni best lah!

Cuba tengok objek-objek dalam bakul ni.

Cuba teka buah apa ni? 
Siapa tahu ini apa?



Ewah... dia siap twist lagi!
Bukan sekadar keseronokkan di tadika sahaja yang mereka perolehi, pihak Dugro juga menyediakan cenderahati untuk dibawa balik oleh para murid. Makin bertambah panjang sengihan mereka. Walaupun cuma sebuah buku, terdapat pelbagai aktiviti di dalamnya yang amat menarik.
Cenderahati dari pihak Dugro


Ada sticker di bahagian tengah buku aktiviti.

Permainan dam yang sememangnya sangat digemari murid-murid.

Teka silang kata

Jom tampal sticker di sini!

Info sihat juga ada di dalam buku aktiviti ini.

Jom kita membaca!

Hierarki makanan.

Kraftangan untuk membuat bentuk epal.

Ada maze!

Yes!! Berjaya habiskan semua aktiviti yang ada didalam buku ini!!

Mengikut perancangan awal, lawatan ke ke seluruh cawangan MyBistari Group akan berjalan selama 3 minggu, bermula 11hb Mei hingga 22hb Mei 2017. Tetapi disebabkan ada permasalahan dari pihak Dugro, lawatan yang sepatutnya diadakan pada minggu hadapan (21 dan 22 Mei 2017) terpaksa ditunda ke tarikh baru yang akan diberitahu kelak. Cawangan yang terlibat adalah Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 1 dan Tadika Intelek Minda Bestari. Maaf ya anak-anak, tak apa.. kita sama-sama tunggu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Bagi anak-anak murid yang menyanyi dan berjoget sakan bersama abang-abang dan kakak-kakak Dugro tempohari, ini cikgu kongsikan lagu supaya anak-anak boleh sambung menyanyi di rumah!


~Cikgu Norifah~





0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.