Tak sempat duduk dan tarik nafas.. itulah yang kami rasai di sini. Bermula dari bulan Februari 2017 sehinggalah ke akhir tahun sebenarnya jadual anak-anak murid dan para guru akan padat dengan aktiviti-aktiviti tadika. Agenda bulan Februari terisi dengan lawatan murid-murid K2 ke Festival Layang-Layang Sedunia, habis dengan festival, masuk ke bulan Mac sekali lagi lawatan yang melibatkan murid-murid K2, kali ini ke Tropical Village. Untuk bulan April pula, lawatan K1 ke Sanrio Hello Kitty Town sedang setia menanti kami. Berjalan sahajalah ya, cikgu-cikgu.
Ada juga diantara kenalan merangkap para ibu bapa yang menghantar anaknya ke tadika kami bertanya,
“Memang untuk 5 tahun ni, sampai bila-bila ke Hello Kitty sahaja ke?”
“Taknak cuba bawa ke Legoland?”
“Angry Birds Park dekat JBCC pun ok jugalah, Cikgu Norifah..”
Iya.. memang buat masa ini tempat lawatan bagi 5 tahun adalah di Hello Kitty. Sebelum membuat apa-apa keputusan, kami memikirkan dahulu buruk baiknya tempat-tempat yang akan dilawati, lebih-lebih lagi ini melibatkan murid 5 tahun.
Sanrio Hello Kitty Town pada kami setakat ini adalah tempat yang paling sesuai untuk aktiviti lawatan ini. Berbanding dengan Legoland yang lebih luas dan terbuka, Hello Kitty Town adalah sebuah tempat yang tertutup dan pembahagian aktiviti di setiap level dalam bangunan itu pada kami amat bersesuaian. Murid-murid lebih selesa dan keaktifan mereka semasa bermain lebih mudah dikawal guru. Permainan dan aktiviti yang disediakan di Hello Kitty juga pada kami bersesuaian dengan peringkat umur anak-anak ini. Memang betul Angry Birds Park itupun adalah di dalam kawasan tertutup, tetapi ada beberapa jenis permainan yang pada kami kurang bersesuaian dengan tahap umur anak-anak ini. Jadinya pilihan yang terbaik pada kami adalah Hello Kitty Town.
Jom kita imbas kembali betapa cerianya anak-anak murid tahun lepas semasa lawatan diadakan!
Jom kita imbas kembali betapa cerianya anak-anak murid tahun lepas semasa lawatan diadakan!
Pakai tag dahulu sebelum masuk ya! |
Ikut betul-betul cara nak buat kotak. |
Khusyuk mendengar cerita. |
Gambar kenangan sedang disusun oleh Puan Fiza. |
Bergambar dahulu sebelum memulakan permainan. |
Antara watak kartun yang ada di sini. |
Ok, boleh terus dimakan ye biskut ni! |
Kitty dan Daniel sedang beraksi di atas pentas. |
Contoh gambar cenderahati. |
Terpaku melihat aksi Kitty. |
Jom kita susun bongkah ni ramai-ramai!! |
Mari baca cerita tahun lepas
Sudah cukup teruja tak dengan gambar-gambar yang saya kongsikan? Hehe.. bagi ibu bapa murid K1 yang telah menghantar borang penyertaan, terima kasih kami ucapkan kerana mengizinkan anak-anak anda menyertai lawatan kami pada kali ini. Insyaalah untuk tahun ini lawatan ke Sanrio Hello Kitty Town akan diadakan pada hari Jumaat ini, 21hb April 2017. Sama-samalah kita nantikan gelagat dan cerita mereka ya!! Semoga segala urusan kami nanti dipermudahkanNya..
~Cikgu Norifah~
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.