‘Layang-layang merajuk’ .. itulah sisipan kami untuk tatapan para ibu bapa beberapa tahun yang lepas. Bermula dari tahun itu jugalah rasanya rajuk si layang-layang tak habis. Setiap tahun pasti akan ada sahaja trip cawangan yang tak dapat menikmati keasyikan layang-layang yang menari-nari di langit. Tapi Alhamdulillah, murid-murid yang pergi tetap rasa seronok dan terhibur berada di kawasan yang luas terbentang itu. Cikgu-cikgu bertugas juga faham dengan keadaan ini, jadi mereka sudah pun bersedia dengan aktiviti-aktivti yang akan dijalankan di sana dengan anak-anak jagaan mereka.
Bercerita tentang rajuk sang layang ni, ada juga disebabkan oleh keadaan cuaca yang semakin lama semakin tak menentu. Contohnya seperti tahun lepas, tak pasal-pasal saya dan Pn Suhaila jadi sebahagian dari Anggota RELA yang memantau ketibaan bas yang membawa murid-murid kami dalam keadaan hujan lebat. Nak berpatah balik, tak boleh memandangkan mereka sudah pun dalam perjalanan ke tapak festival, nak arahkan mereka tunggu sahaja di dalam bas, akan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Jadi dengan berbekalkan payung, saya dan Puan Suhaila bergilir-gilir memantau bas-bas yang keluar masuk, mengambil anak murid dan mengarahkan cikgu-cikgu ke khemah mana yang perlu mereka pergi.
Harapnya tahun ini, cuaca bersahabatlah dengan kami ya.. kasihan murid-murid yang hadir tetapi cuma duduk sahaja di dalam khemah kerana hujan. Tambahan pula, sejak akhir-akhir ini kawasan Pasir Gudang sering hujan. Semoga dipermudahkan urusan kami membawa murid-murid ke tapak Festival Layang-layang pada .22 dan 23 Februari nanti.
Sementara menanti tibanya hari yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak kecil ini, jom kita jengah sebentar posting terdahulu berkenaan festival ini.
Antara layang-layang yang ada pada tahun lepas. |
Duduk berkumpul di bawah khemah menanti kemunculan layang-layang. |
Hujan reda sebentar sebelum kembali lebat, kami sedang menanti kemunculan bas lawatan. |
Masing-masing teruja dengan lawatan ini. |
Saguhati no 15 bagi pertandingan mewarna. |
Masih belum banyak lagi layang-layang di langit. |
Jadi bagi ibu bapa yang masih belum menghantar lagi borang penyertaan lawatan (percuma sahaja, tiada bayaran yang dikenakan) silalah berbuat demikian. Tarikh tutupnya adalah pada 8 Februari 2017, Khamis ini. Jom sama-sama memeriahkan lagi Festival Layang-layang Sedunia 2017!
~Cik Norifah~
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.