Bismillahirrahmanirrahim.
Dari Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda :
“Barangsiapa yang menempuh suatu perjalanan dalam rangka untuk menuntut ilmu maka Allah akan mudahkan baginya jalan ke syurga. Tidaklah berkumpul suatu kaum di salah satu masjid di antara masjid-masjid Allah, mereka membaca Kitabullah serta saling mempelajarinya kecuali akan turun kepada mereka ketenangan dan rahmat serta diliputi oleh para malaikat. Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat”
Pada hari Sabtu, 21hb Januari 2017 yang lalu program Sesi Penerangan Bacalah Anakku dan Sempoa telah pun berjaya dilaksanakan. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk hadir dan sama-sama meramaikan majlis ilmu ini. Program yang saban tahun kami adakan ini adalah untuk memberi penerangan lebih lanjut dan berkongsi teknik-teknik membaca dan juga penggunaan sempoa kepada ibu bapa.
Alhamdulillah penyertaan untuk Sesi Bacalah, ibu bapa memberikan sambutan yang amat menggalakkan. Saya berkesempatan hadir pada awal pagi untuk menyediakan bahan dan memasang pa sistem, kagum saya pada ibu bapa yang hadir awal ke TS Hotel, sanggup mengorbankan waktu cuti mereka demi pendidikan anak-anak.
Pengisian slot pada pagi itu dimulakan dahulu dengan sedikit motivasi dari Encik Ahamed Tamizi. Maklumlah, kalau nak terus masuk ke teknik-teknik membaca di awal pagi, takut masih ada mereka-mereka yang masih belum panas enjinnya. Jadi masa itu diisi dengan slot motivasi yang bertajuk “Peranan Ibubapa Dalam Pembentukan Keperibadian Anak”. Banyak permasalahan dan info yang dikongsikan bersama dengan para ibu bapa. Sesi Penerangan Bacalah Anakku berakhir pada pada pukul 12.30 tengah hari. Terima kasih kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa bersama kami.
En. Tamizi menunjuk ajar cara bacaan sukukata. |
Kehadiran dari pihak bapa juga amat memberangsangkan. |
Khusyuk mendengar penerangan dari En. Tamizi. |
Gandingan orang kuat MyBistari Group. |
Sesi motivasi dari En. Tamizi |
Cik Farah dan Puan Atikah sedia menunggu kehadiran tetamu. |
Masa rehat dipergunakan untuk beramah mesra sesama guru dan para ibu. |
Sesi kedua bermula pada pukul 2.15 petang. Agak mendukacitakan kami, penyertaan dari ibu bapa bagi Sesi Penerangan Sempoa tidak begitu menggalakkan, penyertaan hanya 43 peserta, dan tidak kesemuanya yang hadir pada petang itu. Mungkin ada perkara penting yang tidak dapat dielakkan.
Ada ibu bapa yang agak terkejut dengan pengajaran sempoa yang diajar oleh Encik Tamizi, tapi kami terangkan yang ini dikira kursus jangka yang sangat pendek. Apa yang dipelajari petang itu boleh dikatakan merangkumi subjek sempoa sepanjang semester, barulah mereka menarik nafas lega. Bermacam ragam ketika aktiviti sempoa dijalankan. Berbanding dengan sesi pada waktu pagi tadi, slot sempoa ini memerlukan para ibu bapa untuk duduk sama dan belajar mengira menggunakan sempoa. Biasalah, ada yang baru pertama kali memegang sempoa jadi bermacam gaya pegangannya. Teknik untuk memegang pensel juga adalah salah satu cabaran bagi mereka, tak mengapa, kami cikgu-cikgu yang mengajar sempoa pun mengalami masalah yang sama ketika mula-mula kenal sempoa.
Walaupun cuma beberapa jam sahaja belajar, ibubapa sudah boleh mengira secara mental dengan membayangkan manik-manik sempoa. Hebat...
Sudah semakin lancar kiraannya. |
Antara para bapa yang datang untuk belajar sempoa. |
Penerangan dari En. Tamizi. |
Terima kasih di atas komen dan cadangan yang diberikan. Kami akan cuba perbaiki segala kekurangan dalam pengisian slot kami. Terima kasih sekali lagi kerana sudi meluangkan masa hujung minggu untuk hadir ke majlis ilmu kami.
~Cikgu Norifah~
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.