“Dan
hendaklah kamu tolong-menolong dalam perkara-perkara kebaikkan dan ketaqwaan
dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara-perkara kejahatan dan
permusuhan (Al-Maidah : 2)
Baru-baru
ini sebelum kita bercuti panjang sempena Tahun Baru Cina, Cikgu Azreen telah
diamanahkan untuk bergerak ke semua tadika dibawah naungan MyBistari Group.
Selama 4 hari berturut-turut Cikgu Azreen bergerak ke semua cawangan untuk
mengambil gambar kelas dan juga gambar individu murid-murid 5 tahun.
Bagi
murid-murid 6 tahun, cuma gambar kelas sahaja yang diambil, tetapi bagi
murid-murid 5 tahun, mereka akan mengambil gambar kelas dan juga gambar
persendirian untuk dimuat naik di Asis. Gambar yang diambil pada semester 1 ini
bukan untuk jualan, tetapi untuk paparan di laman web tadika sebagai sesi
pengenalan kepada murid-murid dan guru-guru sesi 2017.
Contoh gambar Tadika Inovasi Bestari
Contoh gambar Tadika Intelek Minda Bestari
Contoh gambar Tadika Ilmu Pintar Bestari
Contoh gambar Tadika Pintar Bistari Taman Kota Masai
Contoh gambar Tadika Pintar Bistari Taman Mawar
Contoh gambar Tadika Minda Pintar Bestari
Contoh gambar Tadika Nur Pintar Bestari
Contoh gambar Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 1
Contoh gambar Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 2
Bukan mudah
untuk mengambil gambar setiap murid, apatah lagi gambar secara berkumpulan.
Tumpuan perhatian mereka berbeza-beza bagi setiap murid. Kadangkala untuk
sebuah kelas terpaksa diambil beberapa kali shots untuk dapatkan hasil yang
terbaik. Nampak mudah sahaja tugas Cikgu Azreen, tetapi percayalah, ianya tidak
semudah yang difikirkan.
Saya pose macam ni boleh tak cikgu?
Comel tak kalau saya senyum macam ni?
Guru - guru sedang cuba menyusun atur murid-murid.
Sesi penggambaran TNPB dilakukan di ruangan luar hadapan tadika.
"Seluar ni berlipat-lipat, mari cikgu betulkan."
Ok.. kita semua dah bersedia untuk bergambar!!
Terima kasih kami ucapkan kepada guru-guru yang
membantu untuk mempermudahkan urusan sesi pergambaran.
Di sini kami kongsikan pautan ke laman web untuk para ibu bapa melihat gambar anak masing-masing. Untuk memuat turun gambar juga dibolehkan pada laman web ini.
Minggu ini juga akan diadakan lawatan ke Festival Layang-Layang Sedunia 2017 bagi murid-murid K2. Di sini saya peringatkan lagi tarikh lawatan bagi setiap cawangan. Harap maklum, hanya murid-murid K2 yang menghantar borang lawatan sahaja yang dibenarkan menyertai lawatan ini.
Sila pakaikan anak-anak baju senaman. Jangan lupa bekalkan anak-anak dengan air masak / air mineral dan topi ya! Oppsss.. duit saku tak perlu bawa, takut nanti hilang di sana. Jom sama-sama kita meriahkan Festival Layang-Layang Sedunia tahun ini!!
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.