Monday, December 28, 2015

PERGINYA SEBUTIR PERMATA MYBISTARI


"Ya Allah, ampunilah dia, dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia".

Amin  Ya Rabbal Allamin...

24hb Disember 2015 (Khamis)

Ketika umat Islam sedang bergembira untuk menyambut Maulidur Rasul, kami warga Mybistari menerima satu berita yang amat mendukacitakan. Salah seorang dari ahli keluarga Mybistari telah pergi meninggalkan kami kerana telah dijemput terlebih dahulu oleh Yang Maha  Esa.

Cik Nuradibah Afiqah Bt Sapiee, guru di cawangan Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 1  telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.53 pagi di Hospital Sultanah Aminah.

Allahyarhamah dimasukkan ke HSA seminggu yang lalu akibat demam denggi. Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Cahaya Masai.

Alhamdulillah.. perjalanan pengkebumian Allahyarhamah dapat dilaksanakan dalam keadaan mudah dan tenang. Berkat keikhlasan arwah dalam mendidik dan membentuk anak-anak muridnya dahulu, Allah permudahkan urusan terakhirnya di dunia ini. Semoga segala amal kebajikan dan ilmu yang disampaikan oleh arwah menjadi bekalan dan mendapat keberkatan dari Nya.

Dari Abu Hurairah, ia berkata bahwa Rasulullah (saw)  bersabda,
“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau doa anak yang soleh” (HR. Muslim)

Di sini saya ingin menekankan beberapa perkara berhubung dengan kes denggi yang sedang hebat melanda beberapa kawasan di Pasir Gudang.
  • Sentiasa pastikan keadaan di persekitaran kita berada di dalam keadaan bersih dan tiada air yang bertakung.
  • Adakan gotong royong untuk membersihkan kawasan persekitaran, sekurang-kurangnya sekali seminggu.
  • Elakkan berada di luar rumah pada waktu nyamuk aedes paling aktif menggigit iaitu pada awal pagi (6 hingga 8 pagi) dan senja (6 hingga 8 malam).
  • Tukar air dan basuh dengan bersih bekas yang boleh menakung air sekurang-kurangnya seminggu sekali.
  • Dapatkan rawatan yang betul (pergi berjumpa doktor) sekiranya demam. Jangan biasakan dengan pengambilan panadol apabila demam dengan harapan esok akan sembuh.


Bersama-samalah kita menjaga persekitaran dan juga orang-orang yang tersayang dari terkena wabak denggi.

“Ya Allah ya Tuhanku Kau ampunilah segala dosa sahabat kami ini Tempatkanlah dia di kalangan hambaMu yang beriman dan beramal soleh. Ya Allah ya Tuhanku jauhi diri sahabat kami ini daripada seksaan kubur dan azab api neraka Sesungguhnya Engkaulah Tuhanku yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Ya Allah Ya Tuhanku, Tempatkanlah sahabat kami, Nuradibah Afiqah dalam kalangan hambaMu yang mendapat keredhaanMu,dengan rahmatmu jua... tempatkanlah sahabat kami dalam salah satu syurgaMu Ya Allah.”


Damailah kau di sana dik! Kami semua menyayangimu tapi kami redha.


 ~ Cikgu Norifah ~ 

2 comments:

  1. Aaminnn...
    Moga beliau ditempatkan dikalangan hamba2Nya yg solehah...
    Aaminnn...
    Kami merinduimu dik....

    ReplyDelete
  2. Aaminnn...
    Moga beliau ditempatkan dikalangan hamba2Nya yg solehah...
    Aaminnn...
    Kami merinduimu dik....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.