Sunday, July 29, 2012

RECEIPT PLEASE!

Sedar tak sedar, dah seminggu kita berada di bulan Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang diberikan pahala berlipat kali ganda sekiranya kita melakukan kebaikan dan ibadah yang dituntut. Cuma bergantung kepada kita sahaja samada mahu mengaut keuntungan bulan ramadhan yang datangnya sebulan dalam setahun atau sebaliknya. Tepuk dada tanya selera! Saya taklah mahu bercerita tentang Ramadhan sebab terlalu banyak info tentang keberkatan bulan...

Tuesday, July 17, 2012

2012 PERTANDINGAN UJIMINDA, BERCERITA DAN LEGO

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Usai sudah pertandingan ujiminda, bercerita dan lego untuk tahun 2012 ini. Dan pertandingan ini membuka tirai bagi aktiviti pertandingan untuk semester kedua. Kehadiran ibubapa juga menggalakkan. Seawal 7.30 pagi dah ada yang datang dan mereka tetap menunggu hingga ke akhir majlis. Saya teruja bila melihat ibubapa yang bersemangat untuk memberi perangsang dan motivasi kepada anak-anak yang mengambil bahagian....

Tuesday, July 10, 2012

ALFATIHAH BUAT AFZAN HAIKAL

Pagi semalam, masuk SMS tentang perginya ke rahmatullah bekas pelajar TS1 (2011), Mohd Afzan Haikal Mohd. Nazri. Kami menerimanya dari keluarga allahyarham, menyatakan bahawa mayat telah dijumpai kerana mati lemas semasa pulang ke kampung. Gurubesar Cikgu Hasiah bertanyakan khabar dan keluarganya masih di kampung dan jenazahnya diuruskan di sana. Tak dapatlah kami pergi menziarahi keluarga yang ditinggalkan. Takziah dari kami, warga Pintar Bistari. Semoga kedua ibubapa allahyarham menerima ketentuan Ilahi dan meredhakan pemergiannya. Innalillahiwainnailaihirajiun. Ceritanya...

Friday, July 6, 2012

PENERIMA BANTUAN YURAN NKRA 2012

Kalau tahun-tahun sebelumnya, bantuan ini diterima pada akhir tahun tapi tahun ini cepat pulak. Pada hari ini TPB telah mengagihkan bantuan yuran NKRA untuk 2012. Dari 50 permohonan yang dihantar kepada Jabatan Pelajaran, hanya 10 orang yang berjaya menerima bantuan tersebut iaitu Taman Rinting (5 orang), Taman Kota Masai 2 (2 orang), Taman Scientex 2 (2 orang) dan Taman Scientex 1 (1 orang). Penerimanya telahpun dihubungi. Kepada yang memohon tetapi tidak dihubungi oleh pihak tadika, bermakna tak dapatlah tu sebab tahun ini peraturannya diperketatkan...