Semalam, 2 guru saya, Cikgu Qaidah (TKM1) dan Cikgu Madinah (TS1) telah berangkat menunaikan umrah selama lebih kurang 2 minggu di sana. Kami guru-guru semua mendoakan agar mereka berdua dikurniakan umrah yang maqbullah dan kesihatan yang baik sepanjang berada di sana. Almaklumlah, cuaca di sana sekarang ini agak panas dan sudah tentunya berhabuk kerana kalau di Mekah tu, banyak hotel diruntuhkan dan dibangunkan semula hotel yang baru dah menjadi pemandangan yang biasa. Syukur, muda-muda lagi dah dapat mengerjakan umrah. Itu namanya rezeki.
Sama seperti tahun lepas, pada tahun ini juga, saya menggunakan khidmat Andalusia Travels & Tours untuk menghantar cikgu-cikgu mengerjakan umrah. Pakej 13H / 11M dengan harga RM4690.00 seorang. Semasa pergi, mereka akan transit di Muscat, Oman dan balik nanti dapatlah peluang untuk bermalam di Muscat selama 1 malam lagi. Alhamdulillah, dapat lagi tengok tempat orang.
Bila mengingatkan Madinah Al-Munawarrah dan Mekah Al-Mukarramah, terbayang-bayang saja persekitaran di sana dan Kaabah seolah-olah melambai menyurah datang. Insyaaallah, ada rezeki, kami akan menyusul.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.