|
Beg cenderahati |
Alhamdulillah, selesai sudah lawatan anak-anak K2 ke Tropical Village, Air Hitam pada Sabtu lepas. Kesemua murid seramai 223 orang dan guru pengiring seramai 65 orang, happening gitu mereka berkonvoi dengan 5 buah bas ke Air Hitam pada hari tersebut.
Masing-masing teruja nak berlawatan sampaikan jam 6.30 pagi dah ada yang menunggu di tadika, walaupun masa berkumpulnya adalah 7.15 pagi. Bukannya apa, takut ditinggalkan bas....Saya juga agak bimbang kerana cuaca mendung aje pagi tu. Minta-minta janganlah hujan. Kesian anak-anak nak beriadah di Tropical Village.
Cikgu-cikgu juga teruja sama. Sehari sebelum, masing-masing bergotong-royong menyiapkan bekalan untuk anak-anak seperti makanan, minuman dan cenderahati. Sambil-sambil tu sempat juga berposing..
Sewaktu saya dan Cikgu Tamizi sampai ke Taman Mawar pagi tu, anak-anak ni dah bersiap sedia untuk menaiki bas. Namun begitu, masih ada juga yang terlewat. Cikgu telefon pun tak angkat, macamana ni....
|
Berdoa sebelum menaiki bas |
|
Beratur sebelum menaiki bas dengan beg masing-masing |
|
Ibu ayah berat hati melepaskan anak-anak pergi. |
|
Alhamdulillah, dapat bas yang selesa. Seronoknya nak naik bas! |
Saya tidak ikut sama menaiki bas kerana perlu membawa makanan tengahari mereka. Saya dan Cikgu Tamizi menyusul kemudian.
|
Makanan guru |
|
Makanan murid |
Dan sewaktu kami sampai di Tropical Village jam 11 pagi, anak-anak ini sedang menunggu giliran menaiki keretapi. Tak dapat naik keretapi ke Gunung Lambak, naik keretapi kat sini pun, alhamdulillah...
|
Seronok!!!! |
|
Ada yang 2 pusingan, ada yang 3 pusingan. Rezeki masing-masing. |
|
TIB menunggu giliran. Warna baju cikgu dan anak murid sedondong... |
Ada juga ibubapa termasuk nenek atuk yang sama-sama menyertai lawatan ini. Saja nak beri sokongan sambil beriadah. Sambil-sambil tu, jom kita tengok keletah anak-anak ni...
|
Wah! sempat mereka bersampan rupanya... |
|
Berpimpinan tangan menuju replika yang ada di atas bukit sana tu.. |
|
Bergambar kenangan di depan replika Menara Berkembar Petronas |
Ada juga yang masih menunggu giliran menaiki keretapi
|
Cikgu Siti, "Lambat pulaklah keretapi ni.... |
|
Cikgu Mardhiah, "Kak Siti, sabar tau. Tunggu giliran masing-masing" |
Selesai beriadah, mereka menjamu selera, nasi goreng cina dan ayam goreng sebagai makan tengahari.
|
Group TKM2 |
|
Sayang cikgu pada anak murid. "Mari sini cikgu kopekkan ayam tu!" |
|
Group Taman Mawar |
|
Group Taman Scientex 2 |
Alhamdulillah, hujan sebentar aje semasa dalam perjalanan. Jadi sewaktu di Tropical Village, mereka tidaklah kepanasan sangat. Namun begitu ada yang berpeluh-peluh. Mujur ada tuala cenderahati...dapatlah mengelap peluh tu...
Sebelum anak-anak ni pulang ke Pasir Gudang, mereka dibawa membeli cenderahati lagi di Air Hitam. Dengar khabar, ramai yang membeli bantal Angry Bird. Dapatlah dibuat alas tidur dalam bas kerana masing-masing dah kepenatan.
KESIAN CIKGU
Alhamdulillah, lawatan berakhir seperti yang dirancang. Masing-masing sampai di tadika jam 3.00 petang seperti yang dijadualkan. Tapi kesian cikgu, ada ibubapa yang datang mengambil lewat. Di Taman Rinting, pukul 4.30 baru cikgu dapat balik. Itupun kena hantar anak murid ke Jalan Bayu. Sepatutnya tidak berlaku perkara sebegini kerana ibubapa perlu mengambil anak-anak mereka di tadika. Kalau tak dapat, kenalah cari alternatif lain menyelesaikan masalah ini.
Di Taman Scientex 1, anak terpaksa dibawa balik ke rumah sewa guru dan jam 4.30 petang, barulah ibubapa datang mengambil di situ. Kesian cikgu.....
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.