Pertama kali pertandingan lego diadakan serentak dengan pertadingan ujiminda dan bercerita. Seramai 50 peserta mengambil bahagian yang terdiri dari anak-anak K1 dari 7 cawangan TPB dan Tadika Inovasi Bestari. Lego-lego ini dimasukkan ke dalam besen agar tidak bersepah-sepah dan tidak bercampur dengan lego kawan-kawan yang lain. 50 peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan agar mereka dapat ruang yang mencukupi untuk mencipta bentuk dengan kreativiti masing-masing.
Pertandingan lego ini diadakan di luar dewan kerana kawasan di dalam dewan sudah tiada ruang lagi setelah menempatkan 300 buah kerusi bagi keselesaan ibubapa dan ahli keluarga.
 |
Tekun |
 |
Nak buat transformer ke? |
 |
Masih dalam proses |
Dengar cerita, pening juga para pengadil nak mencari pemenang kerana kreativiti anak-anak ni memang terserlah.
 |
Antara bentuk yang terpilih |
 |
Inilah hadiah pertama, kedua dan ketiga pertandingan lego |
 |
Hadiah penyertaan diberikan kepada semua peserta. |
hebat masing-masing...tapi anak saya tak tahu buat apa...apa-apa pun TQ TPB kerana dapat hadiah jugak...suka dia dapat hadiah
ReplyDelete