Tuesday, November 13, 2012

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2012


Ahad, 11 November 2012 jam 1.30 petang, usai sudah Hari Anugerah Cemerlang kami yang ke 14. Tahun ini kami berarah angin dengan menukar lokasi program iaitu di UniKL, Seri Alam. Agak jauh bagi yang tinggal di Pasir Gudang tapi bagi yang tinggal di Taman Rinting dan Taman Seri Alam, mungkin satu bonus bagi mereka. Tempat baru, ada juga yang tersasar dari tujuan walaupun telah diberikan peta lokasi dalam surat jemputan. Saya dan Cikgu Tamizi sendiri telah meletakkan tanda arah, tapi disebabkan hujan lebat pada petang Sabtu tersebut, ada yang telah tertanggal. Dan yang lebih menyedihkan tanda arah kami telah ditutup dengan tanda arah majlis perkahwinan entah siapa-siapa. Berkata dalam hati, macam dah tak ada tempat lain. Kat bawah ada space, kat atas ada space, kat tiang lain pun masih ada lagi, atas tanda arah kami juga ditampalnya. Redhakan aje!!

Di atas ini adalah backdrop kami pada tahun ini. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya di mana kami menyiapkan backdrop dengan menggunakan kertas lukisan yang dilukis oleh guru-guru dengan menggunakan kreativiti masing-masing. Ini adalah disebabkan kami tidak dibenarkan menampal backdrop pada dinding. So gunakan laptop dan shoot pada screen. Oleh kerana cahaya dalam dewan agak terang, jadi backdrop ini tidak jelas kelihatan dan nampak hambar sekali. Nak buat macamana kan?



Backdrop HAC 2011 di Stadium Pasir Gudang
Beginilah keadaan dewan pada hari kejadian. Ayah ibu, datuk nenek, adik, kakak dan abang datang memberikan sokongan. Alhamdulillah, 1000 kerusi yang diperuntukkan masih tidak mencukupi. Ditambah dengan kerusi di bahagian belakang dewan. Dan ada yang teruja berterusan, berdiri sampai ke akhir majlis. 





Sudut yang berlainan, para guru sibuk menyediakan murid untuk acara persembahan masing-masing. Sempat  lagi berposing ya!!!








Sudah siap didandan


Penerima anugerah pelajar cemerlang menunggu giliran dipanggil. Sabar ya sayang!!




Inilah piala-piala yang akan diberikan kepada anak-anak ini di atas segala kesungguhan mereka belajar di MyBistari. Di antara 210 keping ini, 1 pasti akan menjadi milikmu!



Julung-julung kalinya Anugerah Pelajar Cemerlang Keseluruhan K2 diberikan. Tahniah!!
 
Milik Rabiatul Maisarah Binti Abd.Rahman dari Cawangan Taman Scientex 2. Tahniah juga kepada ibunya.

Beg Pak Habib kat belakang tu milik Guru Cemerlang 2012, Pn. Asmira dari Cwangan Taman Mawar

Dan buat para tetamu, hadiah cabutan bertuah diberikan. Terima kasih kepada semua penyumbang samada dalam bentuk hamper atau wang.



Beginilah catatan peristiwa di penghujung tahun 2012. Sebagai pengakhir bicara, terimalah pantun penutup HAC 2012.


Bunga seroja di atas para,

Jatuh ditimpa buah berangan,

Andaikata ada tersilap bicara,

Kemaafan jua kami pohonkan.



Diatas dahan burung tempua,

Melihat rusa tepi perigi,

Salam perpisahan untuk semua,

Di lain masa bersua lagi.

Monday, September 10, 2012

AGENDA SEPTEMBER 2012

Assalamualaikum,

Sepertiga September telah meninggalkan kita. Syawal juga dah kepenghujung tapi sana sini masih ada jemputan rumah terbuka. Sebulan berpuasa dan sebulan juga berpesta makan. Kalau tidak dijemput untuk rumah terbuka, jauh sekali untuk berziarah. Inilah realiti kehidupan di waktu ini. Makin kita dijauhkan dengan kehidupan Islam. Wallahua'alam.

Anak-anak di tadika telah menjalani pembelajaran seperti biasa, Bila telah memasuki semester 2 ini, alhamdulillah, kemajuan anak-anak ini makin terserlah. Apatah lagi anak-anak di kelas Bistari. Bagi September ini, event besar adalah Pertandingan Mental Aritmetik dan Congak yang akan berlangsung pada 23 September (Ahad) nanti di Dewan Raya Masai. Dianggarkan seramai 220 orang murid yang akan turut serta dalam pertandingan tersebut dalam berbagai kategori.



Bagi memeriahkan majlis, tarian juga akan dipersembahkan oleh anak-anak K1. Maka mereka ini sibuk berlatih langkah-langkah tarian mengikut muzik yang telah ditetapkan. Mesti comel anak-anak ni yang dah sedia comel.


 Rasanya akan bertambah gamat pertandingan tahun ini kerana buat pertama kali akan diadakan pertandingan sempoa untuk ibubapa. Ibubapa yang menang akan bertanding dengan anak-anak yang menang. Jom kita lihat siapa yang lebih hebat. Insyaallah akan ada hadiah yang hebat juga. Jangan menidakkan keupayaan ibubapa-ibubapa ini kerana mereka dahpun diberikan penerangan dan latihan sempoa yang secukupnya pada bulan Januari dan Mei lepas.

Gambar-gambar ini sebagai buktinya. Lihatlah betapa khusyuknya mereka...



 Bukan saja kaum ibu, kaum bapa juga apa kurangnya...



Selasa hingga Khamis ini, UPSR akan berlangsung. Bagi semua bekas murid Tadika Pintar Bistari, cikgu mengharapkan kamu semua dapat melakukan yang terbaik dalam UPSR nanti. Termasuk juga anak ke-3 saya Syafina yang menduduki UPSR ni. Dan sewaktu saya posting entri ni, Nana masih sibuk. Bukannya sibuk menelaah di saat akhir tapi sibuk di dapur membuat kek oreo utk cikgu dan kawan2nya esok. Tak apalah, sahur nanti bolehlah ibu makan kek Kak Nana ya. Mungkin ini air tangan terakhir sebelum berangkat belajar ke seberang laut (hee, hee...) Ke Indon saja pada hari Isnin minggu depan, 17 September. Bon voyage!

Nah, inilah hasilnya. Kira okeylah ni. Masa ibu sebaya Kak Nana, tak ada peluang nak buat macam ni. Sibuk tolong nenek mengumpul susu getah. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Semoga semua murid 6 Perdana dapat 5A


Insyaallah, usaha tangga kejayaan

Pada Khamis, 13 September nanti, anak-anak K2 juga akan ambil ujian 4. Soalannya dah siap. Senang aje. Ibu-ibu, bapa-bapa, dont worry, be happy .

Tengok kat luar ajelah ya!


Friday, August 31, 2012

JAMUAN RAYA 2012

29 Ogos 2012 (Rabu)

Salam Aidil Fitri dari saya dan keluarga seandainya belum terlewat lagi.


Bahang berhariraya masih lagi dirasai, apatah lagi oleh anak-anak. Biasalah kalau di Pasir Gudang ini, ziarah hari raya masih lagi rancak dan biasanya terbabas sehingga akhir Syawal. Awal Syawal kebanyakannya berhariraya di kampung dan bila balik ke Pasir Gudang semula, barulah sempat menziarah. Itupun hanya berkesempatan pada hujung minggu sahaja.

Nana dan Caca bergambar kenangan di pagi raya.

Sebahagian dari adik-adik saya bersama ayah dan mak
Kemeriahan hari raya tidak habis di sini. Pada Rabu lepas, semua cawangan membuat jamuan raya serentak selepas waktu rehat. Pakaian anak-anak ini berwarna-warni, penuh keceriaan. Seronok sekali sekala belajar di kelas tanpa uniform tadika. Pelbagai juadah juga disumbangkan oleh ibubapa. Alhamdulillah, rezeki anak-anak. 
Selepas menyelesaikan halaqah saya pagi itu, saya hanya berkesempatan untuk ziarah ke Tadika Inovasi Bestari di Taman Bukit Dahlia dan Taman Mawar 1. Yang lain-lain, Cikgu Suhaila dan Cikgu Norifah main peranan. Sewaktu di TIB, sempat jugalah beberapa gambar saya ambil. Comel-comelnya anak-anak ini.

Bersama GB, Cik Siti Aminah

Bersama Cikgu Juliana yang menunggu hari. Semoga selamat melahirkan.

Pn. Suhaila tidak melepaskan peluang
 Seperti biasa, pasangan berbaju sedondong



Untuk sesi petang, mereka belajar dulu, baru berjamuan. 




Berikut ini gambar-gambar kenangan di Taman Mawar 1. Lihat apa yang dah berlaku? Kelas solek menyolek?




Inilah hasilnya.. Anak sapelah yang comel lote ni....





Pada masa yang sama, lihatlah aksi anak-anak di depan kamera ini. Cute semuanya dengan baju raya.