Saturday, May 7, 2011

KIDZANIA JAKARTA

KIDZANIA adalah sebuah pusat rekreasi berkonsep EDUTAINMENT yang unik bagi anak-anak usia 4-16 tahun. Orang tua juga teruja sama. Di kesempatan berada di Jakarta baru-baru ini, anak-anak dah menempah untuk ke sana. 



Air Asia sebagai salah satu penaja utama

 KIDZANIA dibangun khusus menyerupai replika sebuah kota yang sebenarnya, namun dalam ukuran anak-anak, lengkap dengan jalan raya, bangunan, juga berbagai kenderaan yang berjalan di sekeliling kota.

Di kota ini, anak-anak memainkan peranan orang dewasa sambil mempelajari berbagai pekerjaan. Misalnya, menjadi seorang dokter, pilot, pekerja konstruksion, detektif swasta, arkeologist, ahli bomba,  dan lebih dari 100 jenis PROFESION  dan PEKERJAAN orang dewasa lainnya.

Di KIDZANIA terdapat bangunan-bangunan yang umumnya terdapat di sebuah kota, seperti hospital, supermarket, Salon, Teater, Kawasan Industri, dan banyak lagi 


KIDZANIA adalah tempat yang AMAN, INTERAKTIF dan MEMILIKI UNSUR PENDIDIKAN YANG TINGGI dimana anak-anak mengenakan seragam dan melakukan peranan yang mereka mainkan. 
Dibimbing oleh pembimbing yang dipanggil Zupervizor, anak-anak dapat menyelami langsung dunia, profesion atau pekerjaan orang dewasa yang selama ini mereka impikan, serta belajar menghargai nilai wang, seperti di dunia yang sesungguhnya. 

Di KIDZANIA, anak-anak menggunakan mata wang rasmi, KIDZOS. Dengan bayaran masuk Rp115,000  (RM40) seorang, anak-anak akan mendapat kad bank ini di mana di dalamnya ada simpanan 50 kidzos.

Dengan demikian, selain anak-anak dapat belajar mengenai profesion, mereka juga belajar menghargai nilai wang dengan cara memilih profesion yang mereka inginkan lalu mendapatkan upah atas jerih payah mereka. Upah yang mereka dapatkan ini kemudian boleh digunakan untuk membeli barang.

Inilah tempat yang mula-mula Nana masuk, sebagai pemain drama di Kidzania Theatre. Tapi masa yang diambil lama sangat iaitu hampir satu jam. Kat sini Nana dapat 30 kidzos. Bayaran yang paling tinggi sekali di Kidzania 




Kemudian ke tiga-tiga beradik ini jadi minah kilang di Kapal Api. Lihat meraka belajar membuat kopi.  Dari mula biji kopi dokisar sehinggalah kepada serbuk kopi yang telah siap. 




Kopi yang dihasilkan sendiri boleh dibawa balik sebagai ole-ole.
Lokasi ke-2, kilang membuat teh. Kidvisor menerangkan jenis-jenis teh serta proses membuat  teh dari daun teh kepada teh yang telah siap dibungkus.


Papan tanda yang terdapat di setiap pintu masuk sesuatu aktiviti. 6 orang untuk sat u sesi. Masa yang diambil untuk satu sesi adalah 25 minit. kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas sahaja yang boleh membuat aktiviti ini dan mereka akan dibayar 5 kidzos dari pekerjaan yang mereka buat


Lokasi seterusnya, kilang membuat susu.


Apron dipakaikan oleh Zupervisor.

Tangan dicuci bagi menjamin kebersihan membuat susu

Proses demi proses diajar

Susu disteril bagi menjamin mutu keluaran.

Nah! Susu berperisa strawberry yang telah siap diproses dan sedia diminum.
Mari belajar buat mee.



Macam alat buat mee yang ada kat rumah nenek Caca
Doh dipenyet-penyet sebelum dikisar

Macam main pondok-pondok aje.

Mee yang telah siap diletakkan perisa dan disealkan.

Dimasukkan dalam plastik kedap udara

Sedia untuk dibawa balik!

Bersambung.....

SAYA SEBAGAI PEMBICARA

SEKOLAH ISLAM TERPADI (SIT) INSANTAMA
Pembicara tu apa?
Itulah yang menjadi tanda tanya waktu menerima email dari Insantama, Bogor. Pembicara itu adalah ahli panel. Saya dijemput sebagai ahli panel dalam satu program di Insantama sempena mengingati Satu Dasawarsa (10 tahun) Sekolah Islam Terpadu Insantama.
Insantama mengadakan Seminar Pendidikan Islam Internasional dengan tema "Membangun Anak Berkarakter, Mewujudkan Generasi Islam Calon Pemimpin". Insyaallah, esok, Ahad, 8 Mei 2011.

Saya diberi tajuk "Kebijakan pemerintah dalam Sistem Pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia serta model pembinaan karakter di sekolah Malaysia. Jenuh juga nak mencari bahan. Kuarantin di rumah 2 hari mencari. Alhamdulillah, dengan teknologi maklumat yang ada, senang juga mencari bahan yang dikehendaki. 
Disamping itu, 2 panel yang lain, memaparkan sistem pendidikan dari Australia dan Jerman. Kedua-duanya orang Indonesia yang pernah belajar di sana. Teruja juga nak mendengar komentar dari mereka.

Semoga langkah saya ke arah itu dipermudahkan.

PESAN CIKGU

Ummi, Ibu, Mama, Mak....

Cikgu kata hari Isnin ada periksa. Cikgu suruh buat ulangkaji. Cikgu dah beri balik semua worksheet yang adik buat dulu-dulu tu. Cikgu kata kalau tak buat ulangkaji, takut nanti adik tak dapat jawab. Cikgu kata kena buat sendiri. Tak boleh tiru kawan. Tak apalah, adik dah pun pandai baca...lagipun worksheet tu pun adik dah boleh buat sendiri. 
Cikgu kata periksa tak susah soalannya. Kalau buat ulangkaji, lagi senang, boleh jawab. Kacang aje....

Pesan cikgu, kena bawa pensel 2, 3 batang. Dan pensel tu dah kena sharpen dari rumah. Pemadam jangan lupa masukkan dalam pensel box adik. Kalau adik buat salah, nanti adik boleh padam aje. 

Cikgu kata dalam soalan periksa nanti, ada kena matchkan jawapan. Ruler jangan lupa ya bawak. Kalau adik tak ada ruler, nak match nanti bengkang bengkok. Tak cantik.

Pesan cikgu lagi, colour pencil hari-hari kena bawak sebab nanti ada yang kena warnakan. Dan semua warna kena cukup. Pensel warna pun kena sharpen dari rumah juga.

Akhir sekali pesan cikgu, tidur kena cepat. Jadi adik tak mengantuk dalam kelas waktu periksa nanti. Cikgu minta Ibu Ayah doakan agar adik dapat markah yang bagus.

YESSS! ADIK BOLEH

Thursday, May 5, 2011

TERBANG LAGI



Di kesempatan cuti 3 hari sempena Hari Pekerja, kami menziarahi Syafini di Bogor. Flight dengan Air Asia jam 7 malam. Kebetulan dapat tiket promo. Selepas ambil anak-anak di sekolah, kami terus ke LCCT. Jam 5 petang sampai di LCCT, kami punya cukup masa untuk cari free parking di kawasan berdekatan dengan LCCT. Ramai yang tidak tahu ada free parking kat situ. Kalau nak parking depan LCCT tu memanglah banyak tapi kena banyak juga keluarkan duit sebab sehari parking adalah RM37.60. Kalau dah parking sampai 3 hari tu, kiralah sendiri!  
Free parking dekat dengan bangunan Maybank selalunya penuh. Kami tidak parking kat bahu jalan, bimbang ditarik pulak. Jadi carilah yang berhampiran dengannya. Bawah pokok lagi. Nyaman aje kereta duduk kat situ selama 3 hari!

Dah malam pun. Inilah juadah kami dalam flight yang ditempah awal (pre-book meal)

Nana dengan Premium Chicken Pizza (RM9)

Caca dengan Asian Fried Rice with Chicken Satay (RM12)

Rasanya boleh tahan
Sampai di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta jam 8 malam selepas 2 jam penerbangan (perbezaan waktu 1 jam antara Indonesia dan Malaysia). Kami ambil damri (semacam bas ekspress) ke Bogor dan  kebiasaanya perjalanan ke Bogor mengambil masa 1.30 ~ 2 jam (kalau tidak macet ~ jem)
 RM12.50 seorang samada kanak-kanak dan dewasa
Sampai di Bogor jam 11 malam. Kesian Syafini dah lama menunggu!

Wednesday, May 4, 2011

SELEPAS 4 BULAN..

Ini uniform saya!

Ini uniform kami!


Selepas 4 bulan, barulah anak-anak Tadika Inovasi Bestari menerima uniform mereka. Lama tu menunggu! Gembira sungguh mereka dengan uniform baru. Yang warna oren tu adalah baju senaman. Kerana lama menunggu, saya bekalkan sepasang lagi baju senaman pada mereka secara percuma agar dapat ditukar-tukar setiap hari. Ada ibubapa yang dah serasi dengan baju senaman. Kenapa ya? Sebab tak perlu gosok!




Di bawah ini adalah baju contoh yang mula-mula diberikan pada saya. Then saya tukarkan sikit supaya nampak seri dengan menukarkan reben kepada warna merah. Kemudian tambahkan butang warna kuning pada tengah baju agar nampak menarik.

Pinjam model dari Taman Mawar jap

Desain yang hampir sama dengan TPB

SERONOK BERENDAM

Semenjak akhir minggu lepas hinggalah ke hari ini, petang aje asyik hujan. Oklah jugak tu sebab sesi swimming tiada dalam jadual pada minggu ini. Walaubagaimanapun, dalam 2 minggu lepas, hari panas terik dan kebetulan pula ada jadual swimming. Apa lagi anak-anak, seronoklah mereka berendam. Terbayang kegembiraan di wajah-wajah mereka dari gambar-gambar di bawah ini yang sempat saya rakamkan!