Bismillahirrahmanirrahim.
![]() |
BBM yang digunakan untuk sesi PdP pelajar dari UNITAR, Cik Nursyafiqah bt Rahmad. |
“Jangan
berharap segalanya akan lebih mudah. Berharaplah segalanya akan lebih baik.”
Ada benarnya
juga kata-kata dari pakar motivasi, Jim Rohn berkenaan dengan usaha. Setiap
dari kita wajib rajin berusaha untuk mendapatkan apa yang kita mahukan.
Usaha berkenaan
dengan peperiksaan akhir tahun dari pihak ibu bapa, guru-guru dan anak-anak
murid sudah pun berakhir, sekarang ini hanya berdoa dan berserah menanti keputusan.
Jangan lupa ya, hari terbuka di setiap tadika kami pada Ahad 21 Oktober 2018. Kedatangan
para ibu bapa penjaga amat kami nanti-nantikan. Para guru juga sedang sibuk
berusaha menyemak penandaan, markah dan kedudukan murid dan juga papan notis
untuk dipamerkan pada hari terbuka nanti.
Pada masa
yang sama, guru-guru juga sedang sibuk memikirkan kostum dan juga step tarian
yang bakal diajarkan kepada anak-anak murid yang terlibat dengan persembahan
akhir tahun nanti. Huh, banyak benda nak dilakukan menjelang bulan-bulan
terakhir semester 2 2018 ini.
Sedang
sibuk menyiapkan itu dan ini, Puan Shawariah menerima satu panggilan telefon
dari pelajar Unitar yang memerlukan tempat untuk menjalankan tugasan yang
diberi. Untuk pengetahuan semua, kami
menerima dan mengalu-alukan sekiranya ada pelajar dari mana-mana institut
pengajian yang ingin membuat latihan ilmiah atau pun tugasan di tadika
kami. Kita sama-sama memudahkan urusan
mereka.
Memandangkan
murid-murid sudahpun habis menduduki peperiksaan pada minggu yang sebelumnya,
kami menyediakan ruang selama sejam bagi pelajar terbabit untuk menyelesaikan
tugasan yang diberi.
Pada 17 Oktober 2018 (Rabu), Cik Nursyafiqah Binti Rahmad dari UNITAR telahpun hadir ke tadika untuk menjalankan 'micro teaching' nya.
Seperti biasa, yang teruja pastilah anak-anak murid semua dengan kehadiran 'cikgu baru' mereka.
![]() |
Sedikit penerangan dari Cik Nursyafiqah sebelum aktiviti dimulakan. |
![]() |
Cikgu buat apa tu cikgu? |
![]() |
Saya cikgu, saya nak jawab!! |
![]() |
Aktiviti menjejaki tapak haiwan, tapak kaki haiwan apakah ini? |
![]() |
Aktiviti seterusnya, kolaj buah-buahan. |
![]() |
Cikgu.. saya nak buat.. |
![]() |
Koyak besar-besar, cepat sikit siap kerja ni, hehe. |
Biasalah, bila masih dalam proses belajar, akan ada kesilapan yang dilakukan. Tak mengapa, itulah tujuan latihan ini diadakan, agar ada mereka yang lebih faham dan biasa dengan dunia pendidikan awal kanak-kanak ini dapat menegur dan memberi maklum balas. Usaha tangga kejayaan. Sila war-warkan kepada sesiapa yang memerlukan tempat untuk latihan ilmiah berkenaan dengan pendidikan anak-anak kami ok!!
Terima kasih kami ucapkan kepada Puan Shawariah dan Puan Norafizah kerana sudi meluangkan sedikit masa memantau tugasan Cik Nursyafiqah. Terima kasih juga kami ucapkan kepada Cik Nursyafiqah kerana memilih tadika kami untuk menjalankan tugasan anda. Semoga perkongsian selama sejam itu memberi ilmu yang bermanfaat kepada kedua belah pihak.
Seperkara lagi, Ahad minggu depan, 21hb Oktober 2018 (Ahad) adalah hari terbuka semester 2 2018 bagi 5 dan 6 tahun. Guru-guru di setiap cawangan sedang sibuk berusaha menyiapkan segala keperluan untuk hari terbuka baik dari segi sijil, keputusan dan juga papan notis keputusan. Di harap segalanya dapat berjalan dengan lancar.
~Cik Norifah~
mari gabung bersama kami dijamin seru dan menghasilkan | IONQQ.GAMES.:)
ReplyDeletepin BB : 58ab14xf5 , di add ya...